Bertemu lagi,
B
ersyukur kerana masih dipanjangkan hayat usia kita. Hari ini,sebagaimana yang anda juga tahu adalah penghulu segala hari. Banyak keberkatan yang ada pada hari ini. Baiklah……………. mengambil berkat hari Jumaat, satu ilmu yang cuba untuk aku kongsikan ini adalah berkenaan dengan kebahagian hidup. Semua manusia inginkan kebahagian dalam hidup. Namun apakah kebahagian yang kita kecapi hari ini menepati ciri2 kebahagian hidup yang dituntut oleh agama kita??

PERTAMA : pasangan hidup yang soleh. Sebabnya sudah tentulah sifat solehnya itu akan mewujudkan suasana aman tenteram dalam rumah kita sekaligus menciptakan keluarga yang soleh.
“Solehkah kita untuk pasangan kita?? persoalan tu macam kena kat batang hidung aku sendiri. Anda, bagaimana?? Saya pasti anda soleh untuk pasangan anda…”
KEDUA : Kebahagian yang dituntut adalah memiliki qalbu yang yang sentiasa mensyukuri. Mensyukuri nikmat yang diperoleh dan redha dengan segala apa ujian dan musibah daripada Yang Mencipta. Jika sifat ini ada dalam diri kita, nescaya kita mudah memahami sifat2 ALLAH.
KETIGA : Memiliki usia yang berkat. Semakin alam kubur memanggil kita semakin banyak amal yang kita lakukan. Semakin banyak amal yang kita lakukan semakin rindu kita untuk bertemu denganNYA. Memetik bait indah dalam lagu “Sepohon Kayu”
“….. walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya”
KEEMPAT : iaitu memiliki anak yang soleh dan solehah. Amal ibadah kita seharian adakah mencukupi untuk membalas cinta ibu bapa kita? sememangnya kita sendiri dituntut dan dipertanggungjawab kepada ibu bapa kita untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Sebagaimana yang anda tahu, doa anak2 yang soleh dimakbulkan ALLAH.
KELIMA : berada dalam ruang lingkup rakan-rakan yang mampu menambahkan keimanan kita dan bukannya yang merosakkan jiwa dan pegangan agama kita. Rasulullah sendiri menganjurkan kita agar selalu berdamping dengan orang2 yang soleh.
KEENAM : sentiasa terangsang untuk mendalami ilmu-ilmu Allah. Membezakan antara seseorang adalah ilmu yang dimiliki. Ilmu itu pula seharusnya diamalkan dan dikongsi bersama bukannya diRAHSIAkan.
KETUJUH : memiliki harta yang halal. Tiada guna jika harta yang bertimbun tetapi datangnya dari sumber yang haram dan berbahagilah anda dengan harta yang sedikit tetapi dari sumber yang halal. namun begitu, tidak beerti Islam melarang umatnya daripada mengejar kekayaan.
Orang yang memiliki harta yang halal, doanya mudah dimakbulkan
Sumber ilmu tersebut telah saya garapkan mengikut pemahaman dan penulisan saya. Penulis asal artikel tersebut ialah Mohd Zuhairi Zainudin, Perunding Motivasi Self Dynamic and Management Training Consultant. Semoga kita sama2 menuju ke arah 7 kebahagian dalam hidup.
Salam hormat.
Popularity: 33% [?]
Search your domain name wishing to have. Get Free NOW!!
Saya lebih senang dikenali sebagai Afzai Afandi. Mula menceburi bidang internet ini sejak akhir tahun 2005.Kini saya memandang perniagaan internet ini merupakan satu bentuk perniagaan yang amat bersesuaian dengan diri saya.Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang banyak tetapi mampu untuk menghasilkan pulangan yang lumayan.
zool
November 22nd, 2008 at 1:00 pm
AMIN.. semoga aku berjaya mendapat sedikit sebanyak tips dan pengajaran…
zool’s last blog post..Pisang Goreng
kampungBoy
November 22nd, 2008 at 3:34 pm
Pe sumber, mstlah daripada yang halal, barulah tahan lm…n the most imporatant is Keberkatan
kampungBoy’s last blog post..Pakej Evolusi Internet Dilancarkan….
AfzaiAfandi
November 22nd, 2008 at 6:40 pm
zOOL : mudah2an. Niat yang baik biasanya dipermudahkan.
KampungBoy : berkat membawa selamat. Selamat di dunia wal akhirat
titan
November 23rd, 2008 at 3:23 am
setuju.
titan’s last blog post..Edisi Siasat: Buat Duit dengan Teliad
mazuki selangor2u dot com
November 23rd, 2008 at 11:27 am
AMIN…semoga sama-sama kita dapat rezeki yang halal….
Richie
November 23rd, 2008 at 3:56 pm
mari kita baca,dan praktikkan..
AfzaiAfandi
November 23rd, 2008 at 5:17 pm
mazuki : rezeki yg halal tu satu kemestian buaat kita.
richie : itu yg sebaiknya. baca dan prktikkan. Kalau sekadar baca dan simpan jer dalam kepala..pahtu takder apa2 tindakan, tiada guna ilmu yg kita peroleh tu..
apapun salam perkenalan.
farahaznil
December 2nd, 2008 at 10:05 pm
ho ho ho..bagaimana pula klu org tu membujang smpi ketua??nmpk gayanya tak dpt lah dia kecapi ke tujuh2 kebahagian ni nnt…huhhuu
farahaznil’s last blog post..Aku menang contest lagi.
drwauwa
February 17th, 2009 at 2:04 am
InsyaALlah mudah-mudahan kita semua akan menikmati ketujuh-tujuh kebahagiaan tersebut…..Amin.