Semoga sihat semuanya,

B
aru balik dari solat Jumaat tadi. aku tertarik dengan intipati khutbah Jumaat. Isu tentang Yoga dan juga Pengkid. Mengapa kedua2nya diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkannya.

“Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa. Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan tuhan”.

Selain itu, amalan kesihatan Yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Mengikut khatib yang membaca khutbah itu, umat Islam hari ini sudah cukup memadai dengan senaman-senaman tubuh yang diajar oleh Nabi kita…kenapa perlu kita guna pakai senaman Hindu?? Solat 5 waktu ditambah dengan solat sunat pun memadai untuk penjagaan kesihatan kita.

Keputusan mengharamkan senaman ini juga tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia bertujuan menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

Satu lagi masalah sosial yang semakin menular di negara kita adalah golongan Pengkid. Secara jelasnya pengkid ini ialah golongan wanita  yang berpewatakan lelaki dan cuba untuk mendampingi dan menawan gadis sejati.

Sebagai umat Islam, kita seharusnya memandang serius tentang masalah ini. Seolah2 golongan pengkid ini sudah tidak tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.

‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.

‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh. Jika tidak dibendung sekarang, hal ini akan bertambah membimbangkan pada masa2 mendatang.

Tidak dinafikan, sekarang ketidakseimbangan komposisi kini ketara di institusi pengajian tinggi selain dalam bidang profesional yang banyak dikuasai wanita menyebabkan golongan itu lebih rapat dengan golongan sejenis sehingga wujud perasaan sayang hasil daripada keinginan seksual. Bagaimanapun, perkara utama di sebalik semua isu sosial dalam masyarakat ialah lemah pegangan agama..

Berpesan2 dengan kesabaran dan berpesan2 dengan kebenaran.

Salam hormat

 

Popularity: 22% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark