Salam Sejahtera,

Sebagaimana yang kita maklum, burung helang ialah seekor burung yang suka terbang tinggi, berani dan suka akan cabaran.Ketika angin kuat dan ribut melanda, burung2 lain akan terbang mencari tempat berlindung tetapi tidak bagi sang helang kerana itulah masanya mencuba sesuatu yang menarik dan menguji kekuatan angin untuk terbang lebih tinggi ke angkasa.

helang

Mengapakah helang bersifat demikian?? Tentunya inilah sifat juara sebenar. Apakah kita memiliki sifat seperti sang helang dalam menjalankan perniagaan internet kita? Sang Juara seperti Irfan Khairi, Alang, SaifulSham dan juga FlareBiz biasanya melihat peluang di sebalik kesusahan. Contoh terdekat adalah pelancaran NiagaKit oleh Labanon, walaupun produknya agak mahal namun kemudahan sistem kedai online itu menawan bakal usahawan. Jika orang lain lari ketika keadaan  keadaan mencabar (krisis ekonomi) sebaliknya sang juara akan menempuhnya dengan berani.

Helang memang terkenal dengan cara yang keras dan kasar dalam melatih anak2nya terbang. Agaknya dek kerana sifat juara. Juara melahirkan juara. Maka dengan itulah helang melatih anak2nya terbang dengan penuh disiplin. Dalam dunia perniagaan internet pula, kita seharusnya mengikut apa yang disuruh dan ditunjuk ajar oleh mentor kita. Kerana semua kata2 tersebut lahir dari pengalaman kejayaan mereka.

Kesimpulannya, untuk berjaya kita perlu berani keluar dari zon selesa menuju zon mencabar. Jangan takut untuk menempuh cabaran baru. Biar susah dahulu seperti helang yang bekerja keras mengibas2 sayapnya untuk terbang tinggi, kerana kesusahan itu akan meningkatkan kematangan, keberanian dan kemahiran kita.

Akhir kata untuk menghadapi cabaran kita perlu ada visi, keupayaan, fokus dan BERANI.

Salam hormat

Popularity: 18% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark