Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh..,
Kesempatan ini, aku merasakan Rahmat yang melimpah ruah yang Allah turunkan kepada semua hamba-hambanya yang sentiasa disayanginya, dengan kesedaran yang tinggi aku mahu kau baca sedikit coretan pada seorang blogger yang beralamat URL Megat.Net.
Mungkin sesetengah daripada anda pernah mengenali beliau didalam online tetapi tidak pernah
lagi bersua muka secara offline, seperti yang semua tahu segala coretan-coretan penulisan entri Megat melihatkan jiwanya mengenai Minda, Emosi dan Moral dan sedikit sebanyak memang pernah terjadi kepada kita semua tetapi kali ini entri yang dipaparkan agak emosional tentang penyakit misteri yang dialaminya selama ini, kenapa ini terjadi? siapa yang mempunyai hati jahat dizaman yang berteknologi ini? Itu aku tidak pasti tapi yang pastinya jika benar ini adalah buatan manusia yang tidak berhati perut, Aku doakan semoga dia sedar dan kembali ke jalan Allah dan semoga ALLAH menerima taubatnya.
Sepertimana didalam blognya tertulis adalah tidak sama seperti mana yang kamu lihat, “Berat mata memandang Berat Lagi bahu yang Memikul”, aku yang sering datang melawatnya sebagai adik angkat dan bisnes partner amatlah berasa susah hati apabila melihatnya, tetapi Megat sentiasa menerima tetamu dan tidak kering gusi untuk ajak berbual dalam masa yang sama menahan sakit tanpa mahu memberitahu akan kesakitannya demi menjaga hati tetamu, Ibarat menahan sakit gigi dalam masa yang sama buat kerja lain, tapi yang lebih mengetahui tuan badan sendiri.
Tambahan dengan sakitnya itu, kini hanya mampu menjadi blogger sepenuh masa dan untuk mencari kerja lain dalam keadaan begitu amatlah sukar ibarat “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, begitulah perumpamaan yang dapat aku gambarkan pada anda semua.
Dengan rasa rendah diri aku memohon kepada sesiapa Blogger-blogger atau pembaca yang merasa simpati dapatlah kiranya memberi sedikit sumbangan kepada beliau seberapa yang mampu semoga segala jasa baik Tuan dan Puan akan dibalas oleh ALLAH dengan berlipat ganda hendaknya..InsyAllah.
Kepada yang ingin memberi sumbangan bolehlah merujuk No.Acc bank Megat seperti yang tertera dibawah ini :-
CIMB ACC : 0123 0015 4575 21 (FAISAL AMIRUL OTHMAN)
EMAIL : megatdotnet@gmail.com
HP NO : 012-7764422
(Kepada yang menderma sumbangan silalah hantarkan email anda serta Nama dan No.Telefon serta Jumlah wang sumbangan sebagai rujukan kepada megat, semoga kalian selalu berada dalam keRedhaan Allah)
Salam hormat

P.S. Entri di atas adalah sumbangan sahabat online kita iaitu saudara EzadBlog
Popularity: 24% [?]
Search your domain name wishing to have. Get Free NOW!!
Saya lebih senang dikenali sebagai Afzai Afandi. Mula menceburi bidang internet ini sejak akhir tahun 2005.Kini saya memandang perniagaan internet ini merupakan satu bentuk perniagaan yang amat bersesuaian dengan diri saya.Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang banyak tetapi mampu untuk menghasilkan pulangan yang lumayan.
Terharu, Rakan-rakan Blog Dan Pembaca Yang Prihatin | MEGAT
November 8th, 2008 at 7:43 pm
[…] Kemaskini 8 November - Sumbangan Ikhlas Untuk Blogger Megat.net. […]
Sumbangan anda sangat diperlukan.. | Mr Am's SySteM
November 9th, 2008 at 11:24 pm
[…] Afzai Afandi […]
titan
November 11th, 2008 at 1:08 am
afzai, jadi megat tak bekerja la nih? aku kompius nih..
titan’s last blog post..I Got 5th Payment From TNX
AfzaiAfandi
November 11th, 2008 at 1:18 am
Titan…itu aku tak berapa pasti. Setakat yang aku tahu dia bekerja.
Mungkin bantuan ini untuk meawat kos2 perubatan dia.
Mungkin Megat boleh jawab persoalan Titan..di sini.
Mari bantu Megat.net : : SangPelangi
November 19th, 2008 at 7:48 pm
[…] bila dapat tahu Megat di dalam masalah yang agak besar (terbaca di entri Ezadblog dan blog Afzai Afandi) Megat diserang satu penyakit pelik. Penyakit yang dicipta manusia yang berperi busuk, demi […]