Salam sejahtera buat semua,

B

ertemu semula setelah hampir seminggu aku menyepi. Banyak kekangan pada akhir2 ini untuk aku membuat entri pada blog ini. Setelah bermesyuarat 3 hari di Kuala Lumpur aku terus bercuti sempena Deepavali selama 3 hari. Hari ini aku mula bertugas kembali dan aku paksakan mata aku yang mengantuk ini untuk menyiapkan entri ini.

Semalam, seorang rakan aku ajak berjumpa. Dia menceritakan tentang rakan sekerjanya yang menikam dirinya dari jangan pandang belakang. Dia juga tak menyangka setelah sekian lama berkawan rakannya itu sanggup berbuat demikian.

Hal sebegini memang banyak berlaku dalam dunia sekarang dan bukanlah suatu perkara yang baru. Aku sendiri pun pernah mengalami dan mungkin rakan pembaca pun pernah melalui peristiwa sebegini. Pada aku mereka yang bersifat demikian bukanlah musuh yang kuat untuk kita hadapi.

Pertamanya, kita kena redha walaupun itu suatu ketentuan yang buruk untuk diri kita. Berdoa agar kebenaran terbukti suatu hari nanti dan semoga rakan kita itu menginsafi dan menyedari akan kesilapannya itu

Meminjam satu kata2 yang cukup manis dan mendalam maksudnya ” jadilah ikan di laut, semasin mana lautan tetapi tidak memberi kesan kepada ikan tersebut “

Dalam dunia blogger pula, aku tak berapa pasti wujudkah penyakit “menikam dari belakang” ini. Memuji kita dengan komen2 yang positif tetapi sebaliknya bila di belakang. Walaupun ianya menjengah rasa tidak puas hati dalam diri kita, jika kita mengetahuinya buktikan kepada diri kita sendiri kerana kepuasan dan kejayaan adalah urusan anda dan urusan diri kita sendiri.

Kejayaan orang lain hanyalah tempias kejayaan kita dan jika kita hanya berpeluk tubuh maka tempias kejayaan itu tidak akan membasahi diri kita dan secara tidak sedar kita menikam diri sendiri………………..wallahua’lam

Salam hormat

 

Popularity: 16% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark