Salam buat semua,

J

ika kita imbau kembali pada masa dahulu, kita banyak bergantung kepada maklumat yang disampaikan melalui buku2, majalah, juruhebah radio, siaran televisyen dan macam2 cara lagi.Sekarang, maklumat begitu mudah diperoleh pada zaman serba moden dan teknologi ini. Bukan sahaja melalui cara2 terdahulu,maklumat juga dapat disampaikan melalui SMS dan internet. Kemudahan internet tidak dapat kita sangkal lagi kerana internet memberikan kita sumber maklumat yang begitu banyak dan luas cakupannya.

Disebalik kemudahan internet, adakah kita sedar atau pun tidak…… sesiapa sahaja bisa menyebarkan maklumat di internet. Saya dan anda juga boleh berbuat sedemikian, tidak kiralah samada kita pakar, mahir, mempunyai ilmu yang meluas dalam bidang informasi tersebut atau tidak.

Di sini, maklumat yang saya maksudkan adalah berkaitan dengan ebook yang menggunakan niche ilmu mencipta pendapatan dari internetatau buat duit dari internet. Boleh dikatakan, setiap hari malah mungkin setiap minit kita akan bertemu dengan tawaran maklumat untuk mencipta pendapatan dari internet. Sekali terpandang pasti hati kita tertanya2 akan sejauh mana kesahihannya. Untuk memadamkan hati dari terus tertanya2, kita akan membaca maklumat yang ditemui sehingga ke perenggan terakhir.
Jika maklumat itu percuma, kita mungkin tidak merasakan ianya adalah suatu kerugian… tetapi jika maklumat itu berbayar, sanggupkah kita memperuntukkan wang ringgit kita untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang cuba disampaiakan.Ini kerana kebiasaannya maklumat berbayar menggunakan ayat2 power yang mampu menggoncangkan hati kita dan kebanyakannya menggunakan tajuk “Rahsia”.

Cara kita mengendali maklumat yang diperoleh, sebenarnya sangat penting.Jangan terlalu mudah percaya dan telan bulat2 apa yang dibaca. Pastikan dulu kesahihannya. Mana satu yang benar atau fakta dan yang mana satu hanyalah mitos atau klentonggg!!!.Suka saya mengajak korang semua berbincang tentang bagaimana anda membuat penilaian atau senarai semak dalam menilai dan banding beza antara “RAHSIA” fakta dan “RAHSIA” klentong.

Salam hormat

tunggul: beli banyak ebook tapi satu ilmu pun takleh pakai.
tunggul: beli banyak ebook tapi satu ilmu pun tak praktikkan.
Unggul: beli satu ebook tapi semua ilmu diamalkan.

Popularity: 17% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark