Pembaca budiman dan dihormati,
Aku mula berblog pada akhir tahun 2006 dan mulai serius dengan memiliki hosting dan domain sendiri mulai Julai 2007. Sehingga sekarang, aku rasa semakin banyak kewujudan blog. Ibarat ” Cendawan Tumbuh Selepas Hujan” dan janganlah ibarat ” Cendawan Hilang Setelah Panas”. Pada aku, salah satu sebab kewujudan blog adalah kerana peluang pendapatan yang tercipta untuk pemilik 2 blog.
Terbaru wujud satu penyedia blog yang begitu hebat mencanang laman dan sistemnya di dada akhbar no 1 Malaysia. Setelah membaca apa yang tertera pada akhbar tersebut,aku rasa terpanggil untuk mengetahui apa reaksi dan komen anda semua tentang program tersebut.
Dikenali dengan nama blogstarz. Setiap individu boleh membuat pendaftaran secara online melalui laman tersebut. Melalaui program tersebut, anda boleh menjana pendapatan dengan mudah….. bukan kata aku, tetapi kata empunya laman tersebut.
You will get your income from several ways and below are the illustration of your streamline income:-
Your Prime Income
You will get our Blogstarz Clickshare profits from 20% - 80% every month. Anyone who joined as a Blogger will get their share.
Your First Income
You will have a blog that can promote your Product, Services and your Thoughts in Blogstarz.my and earn income from its.
Your Second Income
2Way SMS Programme (Info On Demand) that will be host by yourself and earn up to 25% of the SMS charges. You can held SMS promotion, Quiz, Informative or anything can blow people minds.
Your Third Income
You will enjoy commission from Blogger Enrollment in blogstarz.my. You will also get commission from our latest creation plan, what we call By2AutoMatch and its been created to make sure everyone in our network get their income whenever they like it to be done. If you dont understand about this plan, please ask us and we will assist you on how you can create your network whether by Manual or AutoMatch.
Perniagaan Part-Time Yang Mudah
Saya dapat peluang perniagaan ni dari akhbar tempatan yang membuat saya tertarik kerana saya tidak perlu mencari orang dan hanya tunggu duit setiap bulan. Satu model bisnes 2 dalam 1 yang unik dan berkesan untuk orang macam saya. Sebab saya ni pemalu orangnya. ……..Maziah, 21 Tahun - Pembantu Jualan
Baca testimoni lain di sini
Cuma yang aku musykil, mengapa pemberi testimoni itu tidak memaklumkan laman blognya di blogstarz…??
Kepada anda yang di luar sana, samada yang telah menyertai, akan menyertai dan belum mengetahui atau sudah menyedari kewujudan blogstarz ini, bolehlah kita bincangkan di sini sebagai rujukan maklumat untuk diri aku sendiri dan juga pencari2 maklumat tentang blogstarz.
Salam hormat

Popularity: 72% [?]
Search your domain name wishing to have. Get Free NOW!!
Saya lebih senang dikenali sebagai Afzai Afandi. Mula menceburi bidang internet ini sejak akhir tahun 2005.Kini saya memandang perniagaan internet ini merupakan satu bentuk perniagaan yang amat bersesuaian dengan diri saya.Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang banyak tetapi mampu untuk menghasilkan pulangan yang lumayan.
Blogstarz.my - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
October 14th, 2008 at 10:58 am
[…] testimoninya pun tak disertakan dengan url blog pemberi testimoni amacam?? ada yg sudi bincang Blogstarz.my __________________ Blog AfzaiAfandi dotcom Dapatkan ?10.00 di sini Jana Wang […]
megat
October 14th, 2008 at 7:26 pm
sejauh mana keberkesanannya erk!? rasanya menjana pendapatan melalui pihak ketiga amat sukar dari hasil dari kepakaran sendiri.
megat’s last blog post..E-Kamus, Efektif Dan Berkesan
zool
October 14th, 2008 at 11:43 pm
Ntahlah bro.. Tak tau lah..
Nuffnang pun dah tak keluar iklan..
Apsal ntah
zool’s last blog post..Orang kaya sombong bongkak , miskin bodo sombong
AfzaiAfandi
October 15th, 2008 at 8:48 am
megat : itu aku setuju. kepakaran sendiri adalah faktor penentu
zool : a’ah..aku ingatkan kat blog aku jer… rupanya rata2 blog yg takder iklan terutamanaya yang banner panjang
eyeman
October 16th, 2008 at 2:01 pm
ehm. tak penah try lagi. So, tak tahu sangat apa benda nih. Cam blogger.com je designnya.
x-po shop
October 23rd, 2008 at 8:23 pm
masa nk register tu, kne isi introducer id dan MC id??
apa bndanya tu??? mana nk cari??? huhu
x-po shop’s last blog post..LADIES COLLECTION, JACKET AND BOY GURL SHOE
AfzaiAfandi
October 23rd, 2008 at 8:35 pm
xposhop: sori, saya pun tak arif sangat ngan blogstarz ni..just sekadar nak share pandangan pembaca tentang program ni
x-po shop
October 23rd, 2008 at 8:39 pm
oh xpa..bro register x??
x-po shop’s last blog post..LADIES COLLECTION, JACKET AND BOY GURL SHOE
AfzaiAfandi
October 23rd, 2008 at 8:43 pm
saya tak register….coz tak tahu sejauh mana program ni boleh pi
x-po shop
October 23rd, 2008 at 8:51 pm
hehe klu cm2, sy pun xnk register gak la..hehe..lgpun xtau
nk isi cmne yg introducer n mc id tu
x-po shop’s last blog post..LADIES COLLECTION, JACKET AND BOY GURL SHOE
abdfatah
October 23rd, 2008 at 10:10 pm
Units Price (RM) Member Status
1 99.00 Blogger > sebijik ke?
3 297.00 Blog Associate > 3 bijik blog?
7 693.00 Blog Manager > 7 bijik blog?
2,500.00 Master Center > master blog berapa bijik?
mahal jugak nak buat blog nih. pastu kena cari orang jugak ke? kena buat kuiz sms ke?
abdfatah’s last blog post..Biggest FireSale | Jualan Berapi Mee Kari Berapi FireSale
abdfatah
October 23rd, 2008 at 10:13 pm
click share to apa kebenda aaaa…?
abdfatah’s last blog post..Biggest FireSale | Jualan Berapi Mee Kari Berapi FireSale
lochoe
October 24th, 2008 at 10:47 pm
erm.. aku ada buat satu blog tutorial mengenai blogstarz ni, cuba tengok kat sini..
arkib-blog.blogspot.com , erm…aku pun kurang faham.. tetapi mmg confirm aku boleh generate income, hari ni saja aku dapat rm700.00 ++ huhu bahagianya…
lochoe’s last blog post..lochoe dituduh mengkhianati blogspot!
Aku kecewa dengan blogstarz… | Hartaweb
October 26th, 2008 at 10:03 pm
[…] -afzaiafandi.com […]
Fiq Life
October 31st, 2008 at 3:11 am
kompius, rasa mcm best tapi mahal plak dia nye register!
azuwan
October 31st, 2008 at 7:19 am
ntah2 indah kabar dari rupa..
Blogstarz pro dan kontra | Buat duit dengan blogstarz
November 1st, 2008 at 9:24 pm
[…] apa dia blogstarz? […]
eyeman
November 3rd, 2008 at 2:00 am
ehm..yang aku tak gemar. leh plak klik iklan sendiri. minimum klik iklan sendiri,leh dapat rm200 sehari. kalau dah 1 bulan. leh cecah rm6ribu.. dan bayar rm99 seumur hidup. Punyelah power camtu..
kalaulah adsense diorang kene banned dan diorang tak ada sponsor yg leh support untuk bayar ahli-ahlinya. camana agaknya blogstarz ni nanti?
aku harap, depa akan bayar ahlinya tanpa banyak karenah dan harap bayaran tidak lewat walaupun ternyata diorang break TOS google adsense.
eyeman’s last blog post..Recovery are important after eye surgery
lochoe
November 3rd, 2008 at 4:33 am
mr eyeman diatas, actually aku just jawab dari pandangan aku la, pihak blogstarz sendiri tidak pernah announce untuk menyuruh user click iklan sendiri, tetapi disebabkan kwujudan features clickshare itu, user2 blogstarz yang lain mencadangkan masing2 klik iklan sendiri..sbg cara paling senang..
erm.. ramai org nak cara senang bila nak duit, tapi bila org ajar cara senang.. nak condemn pulak.. aduis.. pelik aku dgn bangsa aku..
bagaimanapun, clickshare mmg biasa digunakan oleh mana2 generating content site cthnya digg.com .. pligg.com atau apa sahaja site yang generate content through blogger mereka.
lochoe’s last blog post..Blogstarz second advertisement in Sinar Harian
abdfatah
November 3rd, 2008 at 11:22 am
adsense tu company blogstarz yang punya. bukan ahli blogger yang berdaftar ngan derang.
kalo takder clickshare ngan adsense camner?
AfzaiAfandi
November 3rd, 2008 at 12:43 pm
Aku pun kurang ngerti macamana perjalanan sebenar blogstarz yang membolehkan ahli2nya mengklik sendiri iklan2 adsense.
maknanya di sini….akaun adsense tu blogstarz punya atau pemilik blog tu yang punya. Apakah tiada kemungkinan akaun adsense blogstarz akan dibankan.
abdfatah
November 3rd, 2008 at 12:55 pm
mengikut perkiraan pakcik rasanya sudah jelas adsense dan clickshare tu milik blogstarz dan derang punya ahli boleh klik mengikut kadar yang tertentu shaja, dan jikalo klik banyak2 pun takder gunanya jugak…. maka hasil dari klik yang telah dijana secara berkumpulan itu dapatlah kutipannya…
tak gitu geng blogstarz? maka share laa antara semua ahli yang telah menyertai blogstarz ini. tak tau laa untuk masa depan akan datang…
AfzaiAfandi
November 3rd, 2008 at 1:46 pm
maknanya di sini…akaun tu bos besar punya dan selepas tu baru diagihkan kpd ahli2nya
BlogStarez
November 3rd, 2008 at 4:21 pm
gitu la fatah, nampaknya fatah yang rajin selidik camana adsense di blogstarz berjalan, tahniah! Dah tentu blogstarz ada teknik click protector tersendiri mengelak dari fraud click mahupun mengelak dari di spoilkan oleh pedengki blogstarz tak kira kepada adsense ataupun iklan2 yang lain.
kalau jadi blogger, tak bagus kalau bg komen kalau tak tahu perkara sebenar, betultak..?
misi dan visi blogstarz ni bagus..!
so tahniah kepada yang faham..
Mohdismail vs Blogstarz | KongsiBlog.Com^Suara Orang Malaysia
November 26th, 2008 at 2:15 pm
[…] Afzaiafandi […]
farahaznil
December 12th, 2008 at 4:13 pm
hohhoo…jd apakah kesimopulan blogstrarz ni?boleh ke kita cop dia sbgi salah satu scam?ekekeke
farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..
humbleandmodest
December 12th, 2008 at 9:57 pm
ia buatan tempatan..
sokong sahaja industri tempatan…
btw…
buatan manusia..
mesti ada cacat celanya.
farahaznil
December 15th, 2008 at 7:40 am
nak sokong mcm mn..klu dah peraturan google mengatakan perbuatan tu salah..hi hi hi hi
farahaznil’s last blog post..Contest 5 : Buat duit dengan Join contest Encik Titan di Earncent.com
blogstarz
December 24th, 2008 at 2:04 am
scam atau tak terpulang. aku guna ruang itu untuk iklan affiliate.Disana ada ramai ahli yang mahukan sesuatu . Sediakan sesuatu untuk mereka . Tukarkan kepada wang. Masyuk ! Tak banyak , tapi cukup untuk bil bulanan aku .
farahaznil
December 25th, 2008 at 8:39 pm
blogstarz - so..ko dah dpt ke belum byrn ke belum??Buktikan!!hi hi hi (n_n)
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
yusoff affandi
January 2nd, 2009 at 9:08 pm
tuan2 yg sy hormati sekelian,sy ada dgr tentang blogstarz.my belum join lg apa yg sy selidiki blogstarz dimiliki 100% melayu bosnya adalah mr karl iskandar asal pekan phg 2nd mr ramdhan asal pasir tumbuh kelate jadi biarlah mrk buat rm dan ajar jenerasi yg baru nak celik it jadi pandai. kalau kt buat blog dgn blogspot kan kepunyaan usa kenapa kt tak bangga dgn kebolehan bangsa kita kt amat bangga kalau bangsa lain kaya dan maju di tanah air kita.hidup melayu 3x
Norhafidz
January 14th, 2009 at 3:59 am
Byk dah aku dengar pasal bende ni.
Jangan seluruh publisher dari Malaysia kene banned pasal bende ni sudah
Norhafidz’s last blog post..2008: Norhafidz.com in Review
Rahsia Taman
January 18th, 2009 at 5:16 pm
Kenapa laman web blogstarz lambat betul, aku buka setengah jam pun tak muncul…geram…..betul le
muhdfarhan
January 22nd, 2009 at 7:05 pm
salam .
best jugak info ko. Boleh tak tolong jawab kat blog aku ? hehe..
http://www.muhdfarhan.com/?p=164 ….tq
muhdfarhan’s last blog post..Bab 3 : Jangan Tertipu Di Dunia FOREX MALAYSIA
abdfatah
January 26th, 2009 at 9:37 pm
blogstarz sudah kuar harian metro yay! harian metro ada blogstarz yay!
abdfatah’s last blog post..Busby SEO Test 5 Days More
NUR LIYANA SYAZANA
January 29th, 2009 at 12:42 am
BGUS KER BLOGSTARZ NI?SEJAUH MANA KEBERKSANANNYA???
lieza
February 13th, 2009 at 12:20 am
teringini jugak nak mencuba… tp nak tggu kesahihan ye dulu.. hehehhe
lieza’s last blog post..BLOGSTARZ : ada apa dengannya..
joy
February 15th, 2009 at 7:46 pm
hmmm mula-mula tertarik gak nak join blogstarz ni lepas dia kuar harian metro….tapi bila dah jenguk-jenguk website blogstarz terus tak jadi….ya ampunnn ayat-ayat yang digunakan dalam english banyak berterabur sebenarnya…terus hilang keyakinan saya…
ajis
February 24th, 2009 at 3:28 am
aku xtau nak cakap ape pasal diorang cumer kalo duit cepat..biarpon betul aku tetap xtau sebab aku xnah pcya, adsense dulu bila melanda malaysia macam2 cite cepat dapat duit aku denga, tapi lepas 3 taun jadi blogger baru dapat merasa duit adsense tiap2 bulan, bukan duit cepat tapi kena kerja gak.. keje!!..— blogging for satisfaction,
ajis’s last blog post..Bagaimana Menyelesaikan Masalah Local host Eror adobe flash Player
blog-blog
February 25th, 2009 at 7:35 am
klik ad hanya dapat lebih kurang RM 1.00 saja sebulan
nak dapat lebih kena buka kedai jualan di blogstarz,
kalau nak banyak duit lagi cari ahli baru, minimun RM 15
dah macam piramid.
kalau harap klik ad lima tahun baru balik modal.
bukan taknak tolong orang melayu,
cuba jawab dengan jujur, nak bantu orang melayu niaga kat internet ke nak duit dari kehalian mereka.
yang kata dapat ribu-ribu tu hasil duit ahli, betul tak?
jangan tipu dosa,
sebab aku dah dengar taklimat.
Logam
March 6th, 2009 at 4:15 pm
Tribute To Blogstarz: Blog Sampah Paling Hotz Di Malaysia Masakini
Sebelum aku memulakan bicara, untuk pengetahuan umum aku adalah bekas peserta Blogstarz (BS) yang pertama di’banned’ oleh pihak pengurusan BS pd mlm smlm diikuti oleh beberapa rakanku yg lain. Utk mengesahkan aku prnh menyertai BS adalah baik jikalau kalian melayari http://logam.blogstarz.my Mengapa kami di’banned’? Antara sbb kami di’banned’ krn kami dikatakan melanggar syarat kontrak pihak BS dengan memburukkan BS dimana syarat kontrak ini tidak prnh kami lihat atau diberitahu. Kenapa kami dikatakan memburukkan BS? Antara sbb utama adalah usaha yg kami lakukan untuk menyedarkan org ramai yg telah ditipu dan cuba ditipu oleh pihak BS. Antara penipuan2 yg tlh dilakukan oleh pihak BS:
i) dgn mengwar2kan tanpa membuat apa2 setiap peserta akan memperoleh pendapatan hasil dr Clickshare ataupun Google Adsense. Utk pengetahuan umum program ini tlh lama dibatalkan oleh pihak Google krn pelanggaran syarat oleh pihak BS dgn menyarankan peserta BS melakukan click di iklan sndr. Mgkn pihak BS tidak sedar ataupun sengaja cuba membelakangkan syarat bhw Google amat benci jika terdapat cubaan menipu spt ‘click fraud’ dgn membuat sangkaan bhw pihak Google tidak akan dpt menjejaki penipuan yg cuba dilakukan tp yg pasti kesalahan ini kemudiannya dialihkan kpd peserta. Tp walaupun program ini tlh lama dibatalkan oleh pihak Google ttp pihak BS masih menggunakan nama Clickshare/Google utk menarik perhatian lbh ramai peserta.
ii)dipaksa menjadi pengiklan barangan sykt dan anak sykt BS secara tidak sedar. Jika anda melawat blog peserta2 BS anda akan melihat terlalu byk iklan yg dtg dr sykt dan anak sykt BS di mana iklan2 ini tidak akan termasuk di dlm program yg akan menerima bayaran. Yg plg mendukacitakan, walaupun secara teknikal anda tlh membeli blog ini tp anda tidak mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas blog anda. Anda trs terpaksa membiarkan iklan2 ini berada di dalam blog anda kerana tiada cara utk membuangnya.
iii)sistem iod yg ketingallan zaman. Tidak spt yg diwar2kan oleh pihak sykt bhw dgn program ini anda bole membuat kuiz, ruangan chat, satu2nya perkara yg anda boleh lakukan dgn iod adalah membuat poll. Dan yg plg menyedihkan adalah Encik Nawfal dr pihak BS dgn sengaja memberi idea kpd peserta BS utk menipu pengguna lain dgn mengatakan bhw ada antara peserta terawal BS tlh membuat kuiz dgn menggunakan iod system tp tidak memberikan hadiah. System ini juga membuatkan anda terpaksa membayar sebanyak RM100 setiap thn.
iv)memaksa peserta membeli debit card dgn harga RM199 jika mahu mengeluarkan pendapatan yg diperolehi dr BS. Utk pengetahuan umum anda boleh mendapatkan debit card pd harga serendah RM25 dr Bank Islam, RM20 dr EON bank dan majoriti pihak perbankan hanya menggenakan caj yg krg dr RM50 utk mendapatkan debit card. Bukankah itu juga merupakan satu lg penipuan oleh pihak BS utk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dgn memaksa peserta membeli debit card dr pihak BS walaupun mrk tlh mempunyai debit/crdt card mereka sndr.
v)menjalankan sistem piramid. Jika ingin maju di dlm BS anda perlu rajin mencari org baru dgn menceritakan pelbagai cerita dogeng BS. Kebanyakan mangsa akan dibiarkan terkapai-kapai sebaik sahaja menyertai program BS. Ramai antara Master Centre, State Centre dan Regional Centre itu sndr tidak prnh kenal aper itu blog apa lg ingin membuat blog. Mangsa2 yg tlh menyertai program ini akan dibiarkan begitu sahaja walaupun tlh menghantar sms atau call berkali-kali.
Aku rasa cukuplah sampai di situ sahaja pendedahan aku ttg apa sebenarnya BS. Terlalu byk utk disingkap ttg keburukan BS ttp biarlah masa yg menentukan. Sblm aku mengakhiri bicara, terima kasih kpd Encik Ramadhan yang tlh menghadiahkan aku dgn perkataan bodoh sepanjang hampir 20 minit berbicara pd mlm smlm. Sudah menjadi lumrah pihak BS utk menjawab pelbagai soalan yg tidak dpt dijawab dgn makian dan cercaan.
Logam’s last blog post..Bejelit Special Offer
Logam
March 10th, 2009 at 4:20 pm
Cnth pendapatan yg diperolehi oleh sorg MC. Trima kasih aku ucapkan pd sorg kwnku yg membuka rahsia, inilah cnth2 org yg lantang bersuara kononnya ingin menolong bangsa Melayu. Lihat shj pd pendapatan yg diperolehi. Jd dimanakah kebenarnya BS menjalankan perniagaan internet? Rata2 penyangak BS memperolehi pendapatan dgn mencari downline. Bkn aku iri ht terhadap mrk yg rajin berusaha mencari downline tp aku simpati terhadap rakanku ini dan juga mrk2 yg menjadi mangsa penipuan BS. Stlh menyertai BS 1 perkhabaran pun tidak diterima, jgn kata mahu menjawab telefon, hndk menjawab sms pun jauh sekali. Dan plg menyedihkan, hanya mendapat sms berunsur amaran krn menyertai chatroom kami yg memberikan tnjk ajar dan pandangan secara percuma. http://www.geocities.com/solutem/untitled.bmp
Logam’s last blog post..Bejelit Special Offer
go blog
March 11th, 2009 at 5:27 pm
sebenarnya untung atas ad tak banyak, adalah 20-30 sen aje sebulan. ad by googles punya T&C dah kata mana boleh klik ad sendiri, jadi blobstarz letaklah ad by blogstarz. tu yang dapat 20 sen, duit tu datang dari kehalian seumur hidup. sms, ornag dah muak dengan peraduan sms sebab tipu. nak iklan barang kat blog blogstarz, cuba search kat engine payah nak dapat domin.blogstarz.my,
income utama sebenarnya adalah cari ahli, dapat duit, yang diaorang kata dapat 2000 seminggu tu sebab banyak dapat cari ahli baru’ cuba makcik ke nenek ke yang ada komputer kat rumah, hari-hari klik ad naik lengoh jari, berapa sen dapat? sebab hasil kongsi ramai2, itipun macam aku kata tadi, T&C ad by googles.
bila semua orang melayu dah jadi ahli maka terhentilah progranam ni.
bukan aku dengki atau irihati, aku dah dengar taklimat diaorang.
jujurlan dengan bangsa sendiri.
bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah
Logam
March 16th, 2009 at 9:27 pm
1 lg pendedahan penipuan yg dilakukan oleh penyangak2 blogsampah. Perhatikan ayat bergarisan merah di screenshot ini… http://www.geocities.com/solutem/untitled.JPG Yg pertama penggunaan autohits oleh pengguna2 BS. Pihak penyangak BS tlh mengharamkan penggunaan autohits utk mendapatkan traffic tp pd masa yg sama menjual traffic pd harga yg tinggi - Info dr RazoJr (terima kasih pengkhianat). Yg kedua, penyangak2 BS masih lg mengumpan mangsa dgn mengatakan akan mendapat keuntungan dr Clickshare aka Google walaupun kontrak mereka tlh ditamatkan.
(P/S: Rasa kelakar lak biler pengguna2 BS cuba nak dpt traffic yg tinggi, saper ler agaknyer yg nak pi tgk blog dorg nie…?)
Logam’s last blog post..Bejelit Special Offer
husin
March 20th, 2009 at 5:21 am
other than blogstarz, we also can make more money with paid survey. i have top 5 paid survey with rating in my website fell free to view it
hafiz
April 6th, 2009 at 8:58 pm
sejak dorng wujudkan debit card tu… aku kuburkan blogstarz aku.. aku ade debit card tp nk suh beli debit card baru ape la.. bek men blogspot or squido lagi bgs
suhaimi
April 18th, 2009 at 5:26 pm
bagi aku blogstarz ni macam mobile-income gak.. menggunakan dan mengambil kesempatan kejahilan orang ramai macam mana nak buat duit diinternet… terutama orang2 melayu..
so, ramai yang tertipu.. padahal nak buat blog tak perlu la sampai nak labur2 bannyak2 duit… itu macam sistem labu peram je..
ini sekadar pandangan aku.. kalau ada yang tak setuju mintak maaf..
p/s: (pengalaman membuat duit online selama 8 tahun)
FREE RAHSIA JUTAWAN CBC
April 18th, 2009 at 10:37 pm
kwn aku dah join…menyesal katenye join blogstarz ni….isk2…
REGARDS,
-Muzri a.k.a Muyie -
Kamrie Corporation
+6012-6656874
add me @
YM:- nameless_oilux
Skype : Muzri
anakjati
April 21st, 2009 at 11:03 pm
Assalamualaikum, kpd sapa2 saja yg baca…
rasanya tak perlulah kita nak condemm org tu, kritik org ni, kalau anda ada cara yg lebih baik, apa kata hebohkan kpd semua org, dpt jugak pahala,dpt jugak untungnya. Kalau program tu ada kelemahan, berikan pendapat yg bernas dpt juga dibaiki yg lemahnya. Kalau asyik nak down sesama bangsa, susahlah kalu mcm ni…
~ieDa~
April 22nd, 2009 at 4:57 pm
Assalamu’alaikum..Hi..En.Afzai..Sy Ieda dr Png..Blog walking nie..tetibe lak t’nmpk tajuk nie..Blogstarz.com nie salu gak kuar paper kn duk promote2 suh reg blog ngan dorg..Sy lom pegi intai lg website blogstarz.com nie,takowt plk la sy dgr ape yg Logam ckp tu..Tp btl ke blogstarz.com cam2?Teruknye la klo dorg tipu2 org cam2..
~ieDa~’s last blog post..Barisan Menteri Kabinet Baru Malaysia
Admin
April 22nd, 2009 at 8:57 pm
Ieda : Nasihat saya … abai jer Blogstarz ni….satu spesies ngan Monsun Biz tempohari.
Cuba mengaut keuntungan atas kejahilan masyarakat.
Logam
May 8th, 2009 at 7:26 pm
Pd anakjati, tujuan aku bkn nak condem x tentu psl. Baca entry aku btl2 dan fahami. Aku pun bangga kalau wujud ramai lg blogger mcm Irfan Khairi tu dr kalangan bangsa sndr. Aku dan rakan2 bkn x prnh cuba nak bawa berbincang dgn BS nie tp ngko baca aper yg aku dpt dr BS biler aku called dorg. Ngko pkl canang nak tlg bangsa sndr tp sebenarnyer ngko ler pembunuh bangsa. Brapa ramai yg joined BS, yg tau serba sedikit psl IT mgkn x jd masalah tp ngko bayangkan mcm maner keadaan makcik pakcik yg duduk kat kg2 yg x tau aper2? Ngko approach org srh msk duit ribu2 dgn janji2 palsu lps dpt duit nak minta tlg ajar buat blog pun x reti. Aku dgn kwn2 yg tau serba sedikit psl IT bole gak buat benda2 lain tp kalau yg x tau aper2 tu dorg nak buat aper? Joined ler penipu, pembohong nie menipu lbh ramai org. Mcm maner perasaan ngko kalau tgk parent ngko yg duduk kat kg kena tipu mcm tu, aper perasaan ngko? Mgkn x ramai yg bersuara sbb target group benda2 mcm nie for sure golongan yg krg pengetahuan IT, yg ader sampai nak on pc pun x reti tp xpe, kebenaran akan terserlah gak 1 hr nanti…
lanz
May 14th, 2009 at 11:45 pm
hi…huhuhu..agak-agak berape lame lagi blogstarz ni akan wujud?
lanz’s last blog post..KEJAYAAN HANYA DIKECAPI JIKA BERUSAHA
iza
June 30th, 2009 at 2:41 am
bila dah bacaforum….confused plak pasal BS ni…..