Pembaca dihormati,

Tentunya anda tahu akan Tol Jelapang yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai “Tol Maut”. Tol yang terletak di kilometer 266.3 telah banyak meragut nyawa manusia,  tol tersebut akhirnya dirobohkan dan dipindahkan tidak jauh dari tempat asal. Desakan orang ramai menyuruh tol itu dipindahkan adalah berasas. Ini kerana kedudukannya selepas menuruni cerun bukit sangat membahayakan terutamanya kepada kenderaan besar seperti bas dan lori dan sebanyak 142 kemalangan telah direkodkan di situ.

Ekoran itu, beberapa bulan yang lalu, kerja2 pengubahsuaian dan pelebaran jalan begitu giat dilakukan setelah pihak berwajib bersetuju dengan cadangan pemindahan tol tersebut. Sehingga kini, tol tersebut sudah siap sepenuhnya cuma kerja2 pelebaran lebuhraya masih belum siap sepenuhnya. Pada aku, yang boleh dikatakan seringkali menggunakan laluan tersebut, kerja2 tersebut sedikit sebanyak menganggu lalu lintas.

Kiranya Plaza tol tersebut baru empat bulan dibuka bagi menggantikan ‘plaza maut’ di Jelapang. Semalam kes kemalangan pertama dicatat apabila sebuah trailer merempuh bas ekspres yang sedang berhenti untuk membayar tol menyebabkan lima penumpang cedera.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, trailer yang membawa muatan jentera berat dari Sungai Petani ke Johor Bahru itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar tembok berhampiran pondok tol sebelum merempuh bahagian belakang bas ekspres yang dalam perjalanan ke selatan bersama 29 penumpang.

Sebuah pondok kutipan tol di situ turut rosak, tetapi tiada kakitangan plaza berkenaan dilaporkan cedera.

Apakah laluan kecemasan yang dibina di sebelah tepi lebuhraya tidak berperanan untuk mengelakkan tragedi kenderaan merempuh tol?? Perlukah alternatif lain untuk mengatasi kejadian tersebut daripada terus berulang atau menjadi badi??

# ke arah sifar kemalangan. Mungkin ada antara anda yang melalui tol tersebut setiap kali anda pulang ke kampung halaman terutamanya pada musim perayaan.

Salam hormat

 

Popularity: 21% [?]

Search your domain name wishing to have. Get Free NOW!!