Salam Jumaat buat Pembaca yang dirahmati,

Rasanya hari ini post terakhir aku untuk bulan Ramadhan ni. Insyaallah, blog ini akan mula bercuti  hari ini. Update terbaru selepas entri hari ini akan dibuat selepas hari raya. Kesempatan ini , aku ingin memohon maaf dengan korang semua…. atas segala kesalahan  aku sama ada secara online mahupun secara offline. Kepada anak2 perantauan termasuk akulah tu………………,

semoga perjalanan pergi dan pulang korang dan aku juga selamat dan dilindungi serta dijauhkan diri kita dari sasaran malapetaka….”

Ingin aku panjangkan pesanan kepada rakan-rakan atas beberapa perkara berikut semasa musim perayaan ini. Pesanan ini aku ambil dari email adikbijak kepada aku:

# Bila meninggalkan rumah pastikan semua alatan elektrik (yang tidak perlu) dipadam dan ditanggalkan punca kuasa. Dan pastikan juga pintu serta tingkap dikunci dengan sempurna.

# Tips: Sebelum meninggalkan rumah bacalah Ayat Kursi ketika di dalam dan di luar rumah, ketika menutup pintu-pintu dan tingkap, dan ketika mengenakan kunci terakhir pada pintu pagar… seraya berdoa agar Allah melindungi kediaman anda semasa anda tiada. InsyaAllah, rumah anda akan terlindung dari perkara-perkara yang tidak diingini

# Sentiasa bercermat ketika memandu. Usah gopoh atau terkejar-kejar untuk sampai ke destinasi dituju. Ingatlah kepulangan anda sedang dinanti untuk dirai… bukan untuk ditangisi. Pandu cermat… semua pasti selamat.

# Tips: Sebelum memulakan pemanduan pastikan anda dan semua penumpang di dalam kenderaan bersama-sama membaca Doa Naik Kenderaan. Pemandu sentiasa ada teman berbual. Dan cuba elakkan memandu pada waktu tengahari dan lewat malam (masa yang dikenal pasti ramai pemandu kerap hilang tumpuan)

# Pastikan anda tahu di mana anak-anak berada… pada setiap masa!!! Dalam pada kita bergembira bertemu sanak saudara dan rakan taulan, adakala kita terleka. Di musim perayaan ini kenderaan banyak di jalanan, bunga api dan mercun dimainkan tanpa perhatian dan bermacam-macam lagi perkara yang boleh mengundang kecelakaan. Lebih menakutkan… anak-anak hilang tanpa dapat dikesan. Ingat…!!! Sambil bergembira tu jangan lupa perhatikan si comel kesayangan kita yea…

# Elakkan pembaziran semasa perayaan. Rancang perbelanjaan anda. Ingat lepas raya nanti… anak-anak nak masuk ke sekolah pula. Banyak perbelanjaan akan diperlukan bila sessi persekolahan bermula.

# Akhir sekali… jangan lupa keluarkan ZAKAT.

#P.S Kepada rakan2 internet yang tinggal di negeri Perak, korang dialu2kan untuk mengunjungi rumah aku pada raya ke-5 sehingga raya ke ke-30. Terima kasih juga atas kesudian korang mewarnakan hari2 aku pada blog ini.
Salam Lebaran. MinalE’dilWalFaIzin

Popularity: 28% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark