Pembaca yang budiman,

Pagi tadi ketika aku memandu untuk menghantar anak2 aku ke sekolah terdengar pula berita mengatakan bahawa penulis blog Syed Azidi Syed Aziz telah ditangkap polis. Mendengar namanya terus aku teringat akan blognya yang suatu ketika dulu menggemparkan bumi Malaysia ini apabila beliau membuat penyataan supaya memasang atau mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Semalam, Syed Azidi Syed Abdul Aziz telah ditahan mengikut Akta Hasutan kerana disyaki menghasut orang ramai supaya menterbalikkan kibaran Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-51 yang lalu. Beliau yang lebih dikenali sebagai Sheih, menerusi blognya, Kickdefella ditahan sepasukan anggota polis dari Bukit Aman di rumah sewanya di Kampung Demit, Kubang Kerian, Kelantan. Beliau ditahan kira-kira pada pukul 5 petang. Ketika ditahan, beliau berada bersama isteri dan anaknya…..kesian ooooooo, dahlah bulan puasa dan tak lama lagi raya!!

Untuk berita lanjut tentang penangkapan beliau, korang boleh ke sini, juga ke sini atau ke sini.

Salam hormat,

 

 

Popularity: 32% [?]

Search your domain name wishing to have. Get Free NOW!!