Pembaca yang dirahmati,

S

ememangnya Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat PKR. kemenangan besar Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membuktikan segalanya. Penasihat PKR itu mendapat sebanyak 31,195 undi berbanding lawannya Datuk Arif Shah yang hanya mampu memperoleh sebanyak 15,524 undi. Nasib malang pula menimpa calon AKIM Hanafi Hamat apabila hanya berjaya menambat hati 92 pengundi dan sekaligus hilang wang pertaruhan.

Nampaknya isu2 liwat anwar, sumpah saiful dan penurunan harga minyak tidak mampu mengubah pendirian minda masyarakat Permatang Pauh yang mungkin sudah selesa di bawah pemerintahan PKR selama ini. Bukan itu sahaja, Parti Kerajaan juga merosot sebanyak 1000 undi berbanding keputusan pilihanraya umum yang lalu.

Anwar Ibrahim Blog

Mungkin jika rakyat Permatang Pauh menikmati penurunan harga minyak beberapa bulan yang lalu dan bukannya beberapa hari, akan mampu mengubah sedikit jumlah undi. Apapun keputusan tidak mampu diubah lagi dan minggu hadapan rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan DSAI berucap di Parlimen. Keputusan yang sememangnya sudah dijangka oleh semua rakyat malaysia telah terjawab dan sama2 kita nantikan apakah janji2 juga akan dikota.

Isu kedua yang aku tertarik untuk diperkatakan pada blog aku ini adalah tentang isu ” bendera terbalik “. Apa sudah jadi ni ??? marahkan seseorang, Jalur Gemilang jadi mangsa. Pada aku hal ini sungguh kurang ajar kerana kita sememangnya diseru menyayangi negara sendiri.

Aku tak kenal siapakah penulis blog yang mencetuskan idea tersebut. Cadangan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang secara terbalik itu dicetuskan oleh penulis blog Kickdefella, melalui catatannya pada 4 Ogos lalu.

Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia,

Baca di sini : Cadangan bloger terbalik bendera ‘kurang ajar’

Berkenaan tentnag sambutan kemerdekaan pada tahun ini, aku sendiri merasakan sambutan untuk tahun ini agak hambar dan kurang mendapat sambutan dari kalangan rakyat. Apakah ini semua menunjukkan protes rakyat?? atau apakah kita yang tak mengibarkan jalur gemilang ini tak bersikap patriotisme?? Bagaimana pula dengan “mat rempit” yang memasang jalur gemilang pada motorsikal mereka dan menyusahkan pengguna jalanraya yang lain pada setiap malam minggu ini dianggap patriotik kerana mereka memasang Jalur Gemilang??

Mungkin pandangan korang dan aku berbeza. Apa yang penting, sayangilah dan hormatilah negara kita.

Salam hormat

 

P.S. Esok aku nak buat entri tentang ” satu download RM0.30 dapat

Popularity: 22% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark