Salam Olimpik,
Baru jer selesai menonton perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik antara Chong Wei dan Lin Dan. Seluruh rakyat Malaysia meletakkan harapan yang tinggi kepada Chong Wei, namun apakan daya Chong Wei tidak berjaya menyerap tekanan perlawanan akhir. Permulaan set pertama sudah menunjukkan aksi garang Lin Dan dan mendahului Chong Wei dari awal hingga akhir perlawanan set pertama yang berkesudahan Chong Wei kalah dengan kiraan mata 12 - 21.
Tamat set pertama, pasti ramai yang mengeluh dengan aksi Chong Wei yang aku lihat agak kurang menjadi sebentar tadi. Mungkin bebanan yang dipikul terlalu berat untuk beliau tumpukan sepenuh strategi tatkala mental terfikir kilauan emas dan imbuhan RM1 juta.

gambar hakmilik www.mediasukan.com.my
Set kedua diteruskan dan dengan pantas Lin Dan memungut 4 mata pertama sehinggalah ke mata 8 Chong Wei masih belum mampu memungut mata pertama untuk set kedua. Aku lihat Lin Dan begitu gagah dan menguasai segenap gelanggang disamping semangat daripada penonton tempatan. Akhirnya, Chong wei terpaksa akur dengan ketangkasan dan kehebatan Lin Dan dengan aksi2 mengelirukan. Kekalahan 8 - 21 pada set kedua menobatkan Chong Wei sebagai pemenang pingat Perak acara badminton untuk Sukan Olimpik Beijing 2008. Rasanya Chong wei sajalah yang mampu membawa sebutir pingat untuk negara Malaysia setelah atlet2 lain kecundang lebih awal.
Walaupun status jutawan dan emas pertama tak tercapai, aku sebagai rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada Chong Wei kerana berjaya ke peringkat akhir dan menyelamatkan maruah negara Malaysia dari pulang dengan tangan kosong.
Mungkin sebutir lagi pingat akan diperoleh jika pasangan beregu muda negara Farizuan dan Zakry mewakili Malaysia dan menggantikan tempat Tan Fook/ Wan Wah… Apakan daya semuanya telah berakhir.
Amacam pandangan korang tentang perlawanan akhir Chong Wei vs Lin Dan??
Salam hormat

Popularity: 25% [?]
Search your domain name wishing to have. Get Free NOW!!
Saya lebih senang dikenali sebagai Afzai Afandi. Mula menceburi bidang internet ini sejak akhir tahun 2005.Kini saya memandang perniagaan internet ini merupakan satu bentuk perniagaan yang amat bersesuaian dengan diri saya.Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang banyak tetapi mampu untuk menghasilkan pulangan yang lumayan.
afham
August 18th, 2008 at 7:44 am
hehe..hebat tol semalam Lin Dan..
tk terlawan..
tahniah untuk LCW for first medal 4 M’sia.
afham’s last blog post..Nuffnang Gift Ideas
Maizul
August 18th, 2008 at 12:04 pm
Aku tengok Lin Dan ni main laju betul….
Maizul’s last blog post..DVD untuk Usahawan Internet
Admin
August 18th, 2008 at 1:29 pm
afham : semalam tertengok muka kok kat TV…dalam rancangan Nabil
Raja Lawak…2 kali kameraman zoom muka ngko yer
Maizul : memang, Lin Dan terlalu hebat semalam
titan
August 18th, 2008 at 2:51 pm
huhu. aku suka tengok cara lin dan. Agresif. Tak bagi chance langsung!
titan’s last blog post..Pingat Perak untuk Chong Wei!
Admin
August 18th, 2008 at 8:42 pm
memang agresif giler Lin Dan semalam…Chong wei tak berjaya membawa Lin Dan
mengikut rentaknya
Apiz
August 18th, 2008 at 10:04 pm
kalau korang nak tau apa rahsia Lin Dan menang sebab korang nampak tak air minuman dia kaler merah,pastu awek dia pun dtg.Tu yang power gler tu.hehe
Apiz’s last blog post..Doa Pendek untuk Anda
Admin
August 18th, 2008 at 11:04 pm
aku rasakan DiGi sepatutnya menghantar maskotnya untuk membantu Chong wei..barulah Lin Dan terlopong tengok aksi Chong Wei ..hahaa
Fahmi
August 19th, 2008 at 2:09 am
Takpelah tak dapat sejuta pun…bolehlah guna sejuta tu untuk bantu ornag yang memerlukan
peace!
zifah
August 20th, 2008 at 2:11 am
ape nak buat dah nasib badan tak dapat nak merasa 1 juta ngan gold medal..between, congrats kat Lee Chong Wei coz berjaya sampai ke tahap mcm ni..
Admin
August 20th, 2008 at 7:10 pm
denga citer kerajaan negeri P.Pinang bagi chong wei gelaran DATUK