Pembaca yang dihormati,

S
edar tak sedar, kita sedang memulakan langkah untuk bulan Ogos 2008. Bulan ini antara bulan yang bermakna untuk diri saya. Pertamanya berkaitan dengan 1st Gathering WC dan keduanya pada bulan ini juga saya akan menyambut ulangtahuan kelahiran yang ke 3?. Untuk perkara ketiga, mungkin pada bulan ini juga akan dilancarkan onebiznetwork hasil kerjasama saya dengan otai web tools Mr Abooain.

Post hari ini adalah berkenaan dengan review bulan Julai iaitu apa yang berlaku kepada blog ini sepanjang bulan lepas.

Pertamanya saya senaraikan semula kesemua post yang telah berada di blog ini pada bulan lepas. Mungkin, penyenaraian semula ini membolehkan pelawat2 tidak sengaja membaca apa yang ada di sini sepanjang bulan lalu.

1. AfzaiAfandi kini Setahun
2. 25 Saluran Tanpa Caj dengan Yoonic
3. Ammar Zahar dan Rahsia Squeeze Page
4. Perniagaan Kek dan Cup Cakes Secara Online
5. My µStats,The Micro Stat Widget
6. 2000 Graphics Pack untuk Komentator
7. Debat Isu Harga Minyak, Anwar Ibrahim vs Shabery Cheek
8. WangCyber 1st Gathering 2008
9. Tips 1- Tingkatkan Trafik ke Blog
10. 5 Sebab Mengapa Guna Wordpress ??
11. Suburkan Kasih Sayang
12. Tips 2- Tingkatkan Trafik ke Blog
13. MRR Mega Sales Akan Dilancarkan

Sempena bulan julai juga, blog ini telah mengadakan contest tak rasmi berkenaan komentator terbanyak sepanjang bulan Julai. Setelah dibuat perkiraan, seramai 15 komentator telah dipilih oleh pihak admin blog ini untuk menerima 2000 Graphics Pack. Semua komentator akan saya hubungi melalui email. Insyaallah akan saya selesaikan urusan penghantaran hadiah tersebut malam ini. 15 Komentator yang terpilih ialah Titan, BantingBoy, AbdFatah, Megat, Wan, Abooain, UncleG, SihatSokmo, Apiz, Syawal, Farahaznil, Mazudi, NRYummie, Adibah dan Maizul

Perkara terakhir yang ingin saya maklumkan di sini adalah tentang program affiliate yang telah disertai oleh blog ini. Daripada 6 program affiliate yang disertai, alhamdulillah….blog ini berjaya memperoleh pendaptan dari ebook Kuasa Forex dan Monakas.com. Berikut saya lampirkan hasil jualan yang diperoleh melalui blog ini.

Sekian, Salam hormat

 

Popularity: 23% [?]

Search your domain name wishing to have. Get Free NOW!!