Pembaca yang dihormati,
Baru jer selesai baca berita kat TheStar tentang harga baru diesel dan petrol setelah dipersetujui oleh kabinet. Jadi berkuat kuasa tengah malam ini….maka seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga petrol dan diesel baharu tidak termasuk minyak angin cap kapak, minyak afiat, minyak gamat dan juga minyak rambut…

Pengumuman telah dibuat…sebagai rakyat kita terpaksa akur menerimanya walaupun aku tahu majaroti korang juga tidak suka dengan hal ini. Harga baru mulai 05 Jun 2008 adalah sebanyak RM2.70 seliter berbanding RM1.92 sebelum ini.
Nampaknya kita semua perlulah berusaha dengan lebih lagi bagi menghadapi kehidupan yang semakin meningkat kos perbelanjaannya. Mengambil kira diri aku sendiri… kebiasaannya aku mengeluarkan RM80 untuk seminggu penggunaan minyak. Ini bermakna selepas tengah malam ini perbelanjaan seminggu minyak kereta aku akan menjadi RM113.40. Ini bermakna jika sebulan…aku perlu membelanjakan RM453.60 berbanding sebelum ini hanya RM320.00 sebulan. So..duit aku telah dicuri sebanyak RM133.60 X 12 = RM1603.20. Disamping itu menurut Pak Lah, kerajaan akan memperuntukkan RM625 untuk kenderaan persendirian sehingga 2000cc termasuklah kereta aku…..macam kelas matematik pulak post aku ni…
Post bersambung…………………..tadi aku beratur selama sejam untuk mengisi minyak. Situasi ini mungkin korang juga alami dan rasanya semua stesyen minyak penuh sesak ketika aku menulis post ini.
Selain kenaikan harga minyak, rakyat Malaysia juga akan menikmati tarif elektrik baru mulai Julai ini. Yang pasti selepas ini harga2 keperluan lain pasti turut berubah dan sudah semestinya bertambah mahal.
Apakah langkah terbaik pada pandangan korang?? Apakah respon korang tentang harga minyak yang mengalami kenaikan secara tiba2 dan kenaikan tertinggi setakat ini.
Salam hormat
P.S. Telefon aku berdering2 terima call kengkawan…merungut tentang kenaikan harga minyak. Apa dia orang ingat aku ni menantu Pak Lah ker???
Popularity: 28% [?]
Search your domain name wishing to have. Get Free NOW!!
Saya lebih senang dikenali sebagai Afzai Afandi. Mula menceburi bidang internet ini sejak akhir tahun 2005.Kini saya memandang perniagaan internet ini merupakan satu bentuk perniagaan yang amat bersesuaian dengan diri saya.Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang banyak tetapi mampu untuk menghasilkan pulangan yang lumayan.
Fahmi
June 4th, 2008 at 10:42 pm
hadiak rakyat…dari BN…hehe…pasni orang ganu pangkah lainlah kot…haha
Fahmi’s last blog post..STRUKTUR FAIL DALAM UBUNTU LINUX - 2
Fahmi
June 4th, 2008 at 10:43 pm
aku rasa elok ko tukar NGV…amacam?
Fahmi’s last blog post..STRUKTUR FAIL DALAM UBUNTU LINUX - 2
awqi_zar
June 4th, 2008 at 10:47 pm
bg org yg dh berkawin mcm bro..perbelanjaan kat ats tue blum lg tolak makan minum..elektrik..line internet..sewa umah lg ker..huhu..pening2..klu mcm nie la..kne pkr camne nk tmbah pendapatan..huhu..
awqi_zar’s last blog post..The 56 Geeks poster.
Abooain
June 4th, 2008 at 10:57 pm
Memang kena guna NGV belah Timur Tengah dah lama dah guna NGV ni!
Hadiah sempena Hari Bapa ke, bos?
wakakaka!
Abooain’s last blog post..TIPS ASAS PERNIAGAAN INTERNET
MEGAT - MINDA. EMOSI. MORAL. » Minyak Petrol & Diesel Naik!
June 4th, 2008 at 11:26 pm
[…] Harga Minyak Naik Lagi […]
dauz
June 4th, 2008 at 11:28 pm
rasanya tukar guna motor je la…
huhu
semua naik maa…hati pun mau naik..Naik angin..hehe
titan
June 4th, 2008 at 11:39 pm
sebab tu aku tanak kawin lagi…
Nasib baik ko bukan menantu pak lah afzai. Kalau tak..
Apapun. Minyak dan tarif elektrik dah naik. Apa yg kita perlu buat,
cari duit lebih. Itu aje. Merungut bukan boleh buat duit pun..
titan’s last blog post..Harga Petrol dan Diesel Naik Lagi..
zuhairy
June 5th, 2008 at 1:03 am
Ni lah dia hadiah BN kepada rakyat! Terima kasih Pak Lah!
kita
June 5th, 2008 at 1:43 am
ermmmm…kita akan berpeluh mengejar minyak yg sentiasa naik
kita’s last blog post..Orang Malaysia Naik Minyak
AfzaiAfandi
June 5th, 2008 at 7:40 am
Betul tu Fahmi..hadiah Pak Lah kepada kaum bapa sempenan HARI BAPA
Awqi : Kasihan kpd insan2 yg x mampu mencari pendapatan sampingan.
Anak sekolah 3 orang…takder cam nak naik motor dauz
Tapi ini juga satu alternatif.
Ko jangan Titan…Hidup pasti ada gelombang cuma kita jer yg kena fikir camana nak menghadapi gelombang. Duit ko kan dah banyak..tunggu apa lagi. Tunggu minyak naik lagi tahun depan ker
Zuhairy n Kita : berpeluh ooooo. Dulu ada lebih RM500 cukup oooo, sekarang lum tentu cukup
Abooain : Awat mesej demo gi ke spam…. Yng subsidi RM625 tu untuk insan2 terpilih jer. Maknanya adalah kriteria yg kerajaan tentukan. Yang pasti aku dan ko tak dapat kot
harga petrol naik mendadak, naik minyak
June 5th, 2008 at 10:36 am
[…] harga petrol naik lagi. […]
acai
June 5th, 2008 at 11:11 am
hehe, aku lagilah terasa…pergi balik kerja 130km sehari..:)
apa boleh kita buat? usaha dan berjimat..
acai’s last blog post..Pendapat gue : Minyak naik harga..
Maizul
June 5th, 2008 at 1:37 pm
Semalam jem teruk sungguh. Dah le minyak dah nak habis… last2 aku balik rumah je la kang tunggu mau tersadai dekat pam minyak.
Maizul’s last blog post..Hosting Percuma & Mengubah dns Domain
Kuasadua
June 5th, 2008 at 5:01 pm
Apa lah nak jadi pada pemimpin hari ni? Lebih menjaga kepentingan taikeh dari nak jaga kepentingan golongan rakyat bawahan.
Dulu sebelum bubar parlimen dia kata parlimen takkan dibubarkan.. Tapi tengahari esok dia terus bubar.
Minyak dia kata bulan Ogos baru naik..esoknya terus umum minyak naik 78 sen?
Boleh ke rakyat terima pemimpin yang suka bercakap bohong ni?
Kuasadua’s last blog post..Harga Minyak Naik Melambung
zang ala kazang
June 5th, 2008 at 10:09 pm
apa dah jadi ? minyak naik lagi….. betul betul menyusahkan. sedih juga rasa hidup makin tersepit.
KEMANA PERGINYA PEJUANG PEJUANG PARTI PEMBANGKANG ? TAK ADA SUARA KE ? ATAU JADI YES MAN JUGAK ?
MASA PILIHANRAYA TEMPOHARI SUARA BUKAN MAIN LAGI KELENTUNG KELENTANG MACAM KETUK TIN KOSONG. BUAT MALU AJA. CAKAP TAK SERUPA BIKIN. KALAU DAH JADI MACAM NI PILIHANRAYA AKAN DATANG NAK PANGKAH MANA ? LEBIH BAIK TAK PAYAH PANGKAH MANA MANA PIMAI PIMAI TANG TU JUGAK !!
zool
June 6th, 2008 at 12:02 am
Ntahlah..
Aku baru2 je tgh mencari pendapatan sampingan dah modal akan dikesampingkan ke minyak..
Walaupun aku memang seorang yang agak berjimat nampaknya selepas nie aku akan jadi kedekut la plak,,
zool’s last blog post..Kembali semula
AfzaiAfandi
June 6th, 2008 at 2:38 am
Acai….naik motor lah jawabnya..ko duduk mana tu jauhnyer berulang.
Maizul : samalah kita
KuasaDua : Siakap senohong gelama ikan duri..cakap bohong lama2 mencuri. Curi duit siapa??
Zang ala kazang : marah bebenor tu
Zool : Kedekut jangan melampau2 udah yer
ali sihatsokmo
June 6th, 2008 at 11:57 am
“menikmati harga petrol dan diesel yang baru”,
“menikmati tarif elektrik yang baru”…
best betul ayat kau tu afzai…NIKMAT SUNGGUH!
ali sihatsokmo’s last blog post..Harga Minyak Naik Mendadak: Satu Malaysia ‘Naik Minyak’!
izie
June 9th, 2008 at 8:52 am
kepala yang dah pening semakin pening
ain
June 10th, 2008 at 4:28 pm
Saya baru je naik gaji dah kena spent g duit minyak pulaa… tak puas hati sungguh la.. tp nak buat mcmana???
anak 2
June 21st, 2008 at 2:28 am
pak lah melampau. tak pikir kesusahan rakyat. membebankan. tak payah tunggu bulan 7, bil letrik bulan 6 dah naik dekat RM20. bulan lepas rm30 lebih, tup2x bulan ni tiba2 lak Rm 50 lebih. penggunaan sama je tiap2 bulan…tak kira lagi ayam, ikan dan barang2 dapur yg lain naik. geram aku! sardin cap marina yg biasa Rm3.30 sekrang dh RM 4,29.
lu pikir lah sendiri..