Pembaca yang dihormati,

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, ingin sekali aku dedikasi ucapan selamat hari ibu buat ibuku tercinta. Jika sebelum ini, aku hanya menelefon kepada ibuku dan ucapkan kata2 kepada ibuku tetapi untuk tahun ini, aku ingin terjemahkan kepada blog aku walaupun ibuku tak tahu aku kini bergelar blogger.

Apa yang ingin aku sampaikan di sini bukanlah kata2 indah yang mampu korang titiskan air mata bila membacanya tetapi aku ingin abadikan post ini sebagai perangsang untuk aku mencapai kejayaan sama seperti ibu aku.

 

Terlebih dahulu ingin aku kenalkan ibuku bernama Puan Zainun dan kini berusia 51 tahun sama dengan umur Malaysia. Ibuku tidak punyai latar belakang pembelajaran yang baik apatah lagi latar belakang perniagaan. Ketika ibu aku melahirkan aku, waktu itu ibuku berusia 16 tahun. Mungkin korang terkejut…….kerana jika dibandingkan dengan zaman sekarang umur semuda itu masih lagi berada dalam alam persekolahan. Disebabkan faktor kemiskinan, ibuku tak dapat meneruskan pembelajaran dan hanya belajar setakat darjah 4. Namun begitu, ibu aku tidak bermasalah menguasai 3M.

Ketika aku melanjutkan pelajaran pada tahun 1994…ibuku memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan membuat kuih-muih dan menghantarnya ke kedai2. Pada tahun 1997, ibu aku mula mengorak sedikit langkah dengan berniaga di warung bermula jam 6 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi. Ini kerana fokus perniagaan ibu aku hanyalah kepada menyediakan menu sarapan pagi.

Diringkaskan cerita, sejak itu ibu aku tidak menoleh ke belakang lagi dan terus mengembangkan perniagaannya dengan berjaya menjadi pengusaha kantin sehingga sekarang. Kini ibu aku mengusahakan kantin di Sekolah Menengah Pelabuhan di Kuantan, Pahang. Tidak cukup dengan itu, pada tahun lepas ibu aku telah membuka sebuah restoran sebagai persiapan jika tender kantin tidak disambung lagi.

Pada hari ini, aku rasa terpanggil untuk menulis semua ini tanpa pengetahuan ibu aku. Sebagai anak sulung dan abang kepada 7 adik2 aku, apa yang aku rasa kejayaan ibu aku melebihi kejayaan aku dan adik2 aku. Aku berkata demikian kerana faktor latar belakang ibu aku pada zaman silam jauh berbeza dengan apa yang ibu aku ada sekarang. Aku terkadang seakan tidak percaya apa yang telah ibu aku berjaya lakukan sekarang.

Doa aku pada ibu aku…semoga terus mencapai kecemerlangan dalam hidup di dunia dan akhirat dan bangganya aku kepada ibu aku. “Selamat Hari Ibu buat ibuku Puan Zainun Che Abbas” Selamat Hari Ibu juga kuucapkan buat ibu kepada anak-anak aku semoga menjadi ibu terbaik buat anak2 aku dan isteri solehah untuk diri aku.

Salam hormat

P.S. Selamat hari ibu buat semua wanita yg bergelar ibu

Popularity: 19% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark