Pembaca yang dihormati,

I
snin dan Selasa yang memenatkan untuk aku. Terkejar2 dengan urusan peribadi dan urusan kerja. Niat nak buat post untuk Isnin tertangguh..so kelapangan yang ada ini aku gunakan sepenuhnya. Sebelum ini aku ada berbicara tentang blog mengendur dan takkan aku sendiri yang nak masuk dalam kategori berikut.

Daripada minggu lepas hingga semalam, 3 benda percuma aku peroleh. Ketiga2 benda tersebut pada aku sungguh berfaedah dan memang tak sesuai lansung diberi percuma. Tapi udah yang empunya nak berikan percuma..apa lagi, pergunakanlah sebaik2nya. Semoga penat lelah mereka yang berhati mulia tu…mendapat kebaikan daripada kesinambungan kita yang menerima.

Pertama : Video Kedai Online

Pada aku video ni aku layak berikan 5 bintang. Bukan kerana mengampu..tapi itulah hakikat daripada ilmu yg aku peroleh hasil mendengar video tersebut.

Video yang menceritakan tentang macamana nak membina kedai perniagaan online kita. Banyak petua diturunkan dalam menentu arah bisnes online kita. Kata tuan punya video tersebut…video sistem kedai online 2.0 lebih padat, lebih pengisian yg mantap dan lebih lama tempoh masanya.

Sila tonton video tersebut : http://www.sistemkedaionline.com/sko2/sko2.html

Aku juga ada membuat pertanyaan tentang sistem kedai online kepada saifulsham consultant. Baca jawapannya di sini.

Kedua : Majalah Internet Marketer

Untuk menceritakan tentang Majalah IM ni, rasanya tak perlu aku perkenalkan dengan lebih terperinci kerana ini merupakan keluaran ketiga daripada Team FlareBiz.

Senang citer, kalau korang belum download lagi…muat turunlah sekarang. Udahlah percuma, macam2 ilmu kat dalam. Tak rugi pun kalau korang download.

Keluaran Februari | Keluaran Mac | Keluaran April

Ketiga : Video Percuma Tentang SEO dan Google Ranking

Video ini dihasilkan oleh Brad Callen dan menceritakan serta menunjuk ajar kepada kita tentang SEO dan bagaimana untuk mendapat ranking teratas google.

Segala tunjuk ajar dalam video tersebut sungguh mudah difahami. Bukan itu sahaja, jika korang ke blog beliau korang akan dapat muat turun percuma Article Submitter dan Directory Submitter.

So stay tuned…. and click here to watch a the video

Sampai di sini dahulu untuk perkongsian maklumat kali ini. Semoga paparan saya dapat memberi manfaat buat korang semua.

Kepada yang sudah menggunakan ketiga2 servis tentang perkara di atas, apa kata kita kongsikan mana yang baik dan mana yang tak baik kat sini.

Satu pesanan ringkas dari saya……Jangan ingat yang percuma tak bernilai dan tak perlu kita hargai tetapi adakalanya yang percuma itu lebih bernilai dari yang berbayar. Fikir2kan.

Salam hormat, jumpa lagi

Popularity: 30% [?]

Search your domain name wishing to have. Get Free NOW!!