Pembaca yang dirahmati Allah..

Terlebih dahulu, saya ingin memaklumkan bahawa post hari ini merupakan post terakhir untuk contest di blog ini. Sekadar mengingatkan kerana 15 Januari merupakan tarikh akhir bagi contest di blog ini. Ini bermakna, inilah peluang terakhir anda semua untuk membuat komen bernas dan sekaligus dinilai sebagai pemenang…. itu pun jika menepati syarat2 pertandingan :) dan seminggu selepas tarikh tutup, korang akan dapat mengetahui siapakah pemenang2 nya.


Gambar kepunyaan Berita Harian

Jenayah dan kanak-kanak.

Belum pun reda kesedihan rakyat Malaysia terhadap keluarga Adik Nurin Jazlin, kini isu yang hampir sama datang lagi. Datang pada awal tahun 2008.

Kali ini, isu penculikan adik Sharlinie yang sedang hangat diperkatakan. Pihak akhbar melaporkan Sharlinie hilang ketika berjalan pulang ke rumah bersama kakaknya di Jalan PJS 2C/11N, Taman Medan, dekat sini selepas bermain di taman permainan berdekatan, pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Berdasarkan maklumat kakaknya, Sharliena….. seorang wanita berambut paras leher dan memakai kasut tumit tinggi mengumpan adiknya dengan gula-gula sebelum menariknya masuk ke dalam kereta berwarna hitam lalu melarikannya.

Isu sebegini cukup membimbangkan para ibu bapa khususnya. Adakah jika tertangkapnya nanti penjenayah yang terbabit, maka jenayah penculikan di negara kita akan berakhir????

Pihak kerajaan juga telah menggariskan beberapa langkah bagi mengatasi jenayah ini, dan antaranya adalah mewajibkan pemilik bangunan memasang CCTV, menawarkan kontrak kepada pegawai polis bersara atau akan bersara, menambah pusat latihan polis dan polis mengambil lebih ramai orang awam untuk tugas bukan jenayah.

Bagaimanakah pula pandangan anda untuk mengatasi jenayah penculikan ini? Ayuh, kita bincangkan bersama sebagai tanda prihatin anda kepada negara. Sama-samalah kita berdoa agar adik Sharlinie ditemui semula dalam keadaan yang baik.

Salam hormat

 

 

 

P.S Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes kehilangan Sharlinie boleh menghubungi polis di talian 03-79662184/2177 atau SMS ke Rakan Cop, di nombor 32728

 

Popularity: 100% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark