Pembaca yang saya raikan..

Hari ini merupakan post terakhir aku. Ya…post terakhir aku untuk tahun 2007. Ini kerana, hari ini adalah hari terakhir bagi tahun ini. Begitu cepatnya masa berlalu dan yang pastinya, usia aku juga akan bertambah. Tinggalkan buat sementara cerita tahun baru dan azam baru kerana sebelum ini aku telah berceloteh tentang hal itu.

 

Gambar di atas merupakan lakaran yang aku buat untuk projek pertama aku di Kuala Lumpur. Sebelum ini, untuk projek offline aku ini aku tumpukan di sekitar Ipoh sahaja. Alhamdulillah, tanpa disangka dan diduga berlaku pengiklanan secara “mouth to mouth”. Jadi pada minggu lepas ( Khamis dan Jumaat) aku ke lokasinya di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.

Apa itu Pergola?

Perkataan pergola berasal dari bahasa Itali, iaitu pergere yang bermaksud berjalan atau melanjutkan dan biasanya, pergola selalu significant dengan tanaman hiasan.


Lazimnya pergola didirikan di bahagian depan halaman rumah. Dalam hal ini, kehadiran pergola dimaksudkan sebagai peneduh suasana. Tujuannya agar mampu memancarkan kesan lembut kepada halaman rumah kita dan sekaligus memberi kelainan pandangan kepada halaman rumah kita.

Untuk makluman semua, selain perkhidmatan membina pergola @ landskap..aku juga ada membuat pemasangan wallpaper dan rasanya tidak perlu aku perjelaskan dengan lebih mendalam apa itu wallpaper kerana aku pasti anda semua tahu.

Baiklah, projek pertama aku ini ..aku namakan “Car Porch Pergola” dan aku amat bersyukur kerana selepas selesai membuat pengukuran client aku memberitahu rakannya juga ingin berbuat demikian. Lantas selepas itu, aku bergegas pula ke Bandar Tun Hussein Onn untuk membuat pengukuran.

Jadi, untuk minggu ini..aku kena lebih tumpuan untuk projek aku ini. Aku juga berharap, agar pembekal kayu yang selalu aku berurusan mempunyai stock yang mengcukupi untuk projek aku ini. Biasanya, aku akan suggestkan kayu cengal untuk pergola kerana ianya tahan lama dan tak reput dek hujan dan tak lekang dek panas.

Jadi, kepada tetamu-tetamu aku yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini boleh lah menghubungi aku :)

Besar harapan aku, semoga projek pertama aku ini menjadi pemangkin untuk projek2 seterusnya.

Salam hormat

 

 

P.S. Payloadz still memberi pendapatan untuk aku. Statement untuk minggu lepas.

 

Popularity: 36% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark