Pembaca yang dihormati..

Pada mulanya pertemuan mini ini bukanlah ada dalam perancangan saya. Cadangan seloroh tetapi akhirnya menjadi realiti. Memandangkan tiada persediaan dibuat dan tiada program diatur untuk pertemuan mini ini, maka hasilnya, perjumpaan mini ini lebih kepada santai sahaja sambil mengeratkan silaturrahim sesama blogger.

Secara tidak rasmi, saya selaku tuan rumah telah menjemput Maizul, Awqi Zar, Afham, Syawal dan Amir Hakimi. Maizul tidak dapat datang kerana ada majlis perkahwinannya kawannya manakala Si Awqi Zar telah pulang ke kampusnya UKM. Selain saya, itulah wajah macho ketiga2 blogger yang dapat menghadirkan diri.

Pertemuan mini ini bermula pada jam 5.30 petang di sebuah restoran berhampiran Tesco Xtra dan hidangan petang kami roti naan ayam tandori ditaja oleh CEO Syawal dot net. Terima kasih kawan….lain kali leh belanja lagi.

Objektif Pertemuan Mini Blogger Perak

1. Mengeratkan silaturrahim sesama blogger.

2. Bertukar2 pendapat dan pandangan tentang blog dan perniagaan internet.

3. Pencetus untuk mewujudkan satu komuniti blogger perak.

Topik - topik Perbincangan

Setelah selesai sesi suai kenal antara kami,peruntukan masa 2 jam kami manfaatkan untuk perbincangan tentang dunia blog, program2 internet dan juga perniagaan online. Pada mulanya, kami bercerita tentang blog iaitu berkenaan dengan themes, plugin dan juga coding.

Perkara kedua yang dibincangkan adalah berkenaan dengan Google Adsense. Kami bersembang tentang bagaimana untuk mendapatkan klik daripada pelawat.

Seterusnya pula, saya membuka topik untuk satu lagi program internet iaitu Payloadz. Untuk makluman, semalam saya telah menerima satu lagi payment daripada payloadz. Hingga ke hari, payloadz tidak mengecewakan…kerana setiap minggu saya mendapat payment payloadz ini. Sekarang, saya masih lagi “study” bagaimana untuk mendapat lebih klik daripada program ini. Kepada rakan2 blogger yg belum meyertainya, bolehlah berbuat dengan segera :)

Seterusnya, kami berbual tentang ebook dan program affiliate. Program ini menarik namun memandangkan kami semua masih lagi baru dalam dunia blog, mungkin sedikit kesukaran untuk mendapat pembelian daripada affiliate yang kami sertai. Namun begitu, alhamdulillah untuk bulan lepas, saya telah berjaya membuat 3 jualan melalui link affiliate saya.

Perjumpaan kami berakhir pada pukul 07:15 petang. Besar harapan kami semua agar pertemuan ini bisa berterusan dan menjadi pemangkin untuk perjumpaan seterusnya dan diharap agar lebih ramai blogger dapat menyertainya pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih buat semua.

Salam hormat

 

 

 P.S. Saya akan berada di KL bermula besok hingga Jumaat.

Popularity: 36% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark