Pembaca yang dihormati

Tinggal beberapa hari lagi tahun 2007 akan meninggalkan kita. Begitu cepat putaran masa berlalu. Terkadang kita alpa dan tidak menyedari yang masa begitu pantas meninggalkan kita. Bulan Julai aku mula berblog di sini, dan sekarang Disember hampir melabuhkan tirainya. Ini bermakna, tahun 2008 pula akan menanti kehadiran kita..

Di pejabat, di sekolah, di SOHO dan di mana2 sahaja, pasti pada ketika ini begitu sibuk dengan pelbagai urusan memandangkan tahun baru akan menjelma. Mungkin anda juga tidak terkecuali…sibuk mengira keuntungan yang telah diperoleh pada tahun ini. Saya percaya, ramai blogger berjaya mencapai apa yang dimpikan untuk tahun ini dan tidak mustahil juga ada yang belum mencapai target apa yang telah ditetapkan.

Apapun yang berlaku pada kita untuk tahun ini, semuanya adalah dengan izin ALLAH. Setiap apa yang diberikanNYA kepada kita juga adalah setimpaldengan apa yang kita telah usahakan dan kita lakukan. Jika kita belum mencapai apa yang kita impikan sememangnya itu adalah kesilapan diri sendiri. Justeru muhasabahkan diri dan cuba perbaiki langkah demi langkah agar ianya nanti akan menjadi kenyataan. Percaya dan yakin dengan kebolehan diri, pasti dihujungnya akan mendatangkan kejayaan.

sesungguhnya, dalam dunia internet ini…saya baru menanam benih. Setiap
hari saya bajai dan siraminya…dan sekarang saya gembira apabila melihat benih
yang saya bajai dan sirami itu, mula mengeluarkan tunas untuk terus membesar.
Saya akan terus bajai, sirami agar ianya nanti tidak akan terbantut…………


Untuk diri saya sendiri, pada tahun ini, sasaran terbesar saya telah tercapaidan saya amat2 bersyukur kerana matlamat dan iltizam saya itu dipermudahkanNYA. Untuk tahun ini, saya telah berjaya menyelesaikan ketiga2 baki tertunggak kad kredit saya yang kesemuanya berjumlah RM1x,xxx.xx.

Namun begitu, sasaran saya untuk mencapai pendapatan 5 angka sebulan masih belum tercapai. Jadi sasaran ini saya bawakan ke tahun 2008 dan tinggilah harapan saya semoga sebelum berakhirnya 2008, sasaran saya ini dapat digapai.
InsyaALLAH.

Apapun yang anda lakukan hari ini, semalam dan akan datang mestilah datangnya dari kehendak hati anda sendiri. Ini kerana peluang untuk kita berjaya dalam usaha yang kita lakukan adalah cerah. Jika kerana sebab lain, saya yakin anda tidak akan kemana-mana. Mengapa? Kerana motivasi dan dorongan terbaik ialah bergerak dari kecintaan hati sendiri. Dari buruk kepada baik, dari susah kepada senang, dari kesengsaraan kepada kesenangan.

Mungkin ramai tetamu saya di sini telah memperoleh apa yang diazamkan untuk tahun ini melalui internet.Mungkin anda juga banyak tips menarik yang boleh dikongsikan di sini untuk mencapai azam itu. Pandangan dan nasihat anda hari ini, mungkin memberi banyak makna kepada yang memerlukan.

Marilah kita kongsikan bersama. Semoga tahun 2008 yang bakal menjelang tiba merupakan titik tolak kepada kita semua untuk terus berjaya dan sekaligus menaikkan perangkaan jumlah anak2 Melayu yang berjaya. Bersedia untuk mencipta kejayaan pada tahun 2008.

Salam hormat

AfzaiAfandi

P.S. Selamat Menyambut Hari Raya E’dil Adha buat semua yang dihormati.

Popularity: 32% [?]

Search your domain name wishing to have. Get Free NOW!!