Para tetamu yang dimuliakan

Tentu korang ada terbaca atau terdengar tentang berita 2 wanita rakyat Malaysia yang ditangkap atas cubaan menyeludup dadah di negara orang. Kedua2nya adalah wanita yang berpendidikan. Awas, dadah tidak pernah mengenal siapa anda? sebaliknya anda yang tahu menilai sejauh mana bahayanya dadah.

Hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu di negara sendiri…

Bagi kes pertama, Raja Munirah Raja Iskandar, telah ditahan kerana cuba membawa masuk 690 gram syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Tokyo, tahun lalu. Dalam kes tersebut, sabit kesalahan Raja Munirah boleh dijatuhi hukuman penjara 7 tahun 4 bulan. Semalam, sebuah Mahkamah Tinggi Jepun telah menolak rayuan beliau yang mendakwa dianiaya oleh lelaki Iran, Milad. Ini kerana pihak mahkamah tidak menerima keterangan forensik siber iaitu laporan data khidmat pesanan ringkas.

Bagi kes kedua pula, Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou republik itu pada 15 Mei lalu atas kesalahan menyeludup masuk heroin seberat 2,983 gram. Hukuman bagi kes ini adalah lebih berat daripada kes pertama tadi.

Umi Azlim yang baru beberapa bulan bekerja selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Sains Biologi dilaporkan bekerja dengan sebuah syarikat menjual alat mengurut kaki milik seorang yang hanya dikenali sebagai ‘Datuk Anas’ di ibu negara.

Dadah itu ditemui tersorok dalam baju sejuk di bagasi Umi Azlin sebaik dia tiba di Shantou. menurut berita, dimaklumkan dadah itu untuk diserahkan kepada seorang rakyat Nigeria yang bernama ‘UG’ sebaik tiba di Shantou (China) apabila menerima satu bungkusan di Bangkok (Thailand)…lagi ada kaitan dengan lelaki bangsa asing.

Terkini: Kerajaan Pas Kelantan ingin menanggung semua kos keluarga Umi Azlin ke China bagi membuat rayuan dan membuktikan Umi Azlin adalah teraniaya

Kita yang hanya membaca berita tentang 2 wanita tersebut tidak tahu sejauh mana kebenaran berita tersebut. Apakah benar yang diperkatakan dalam berita, kedua2 wanita ini adalah “mangsa penganiayaan”. Jika benar, maka sudah tentulah keluarganya juga turut merana.

Selain daripada penganiayaan, ingat, jangan sesekali mencuba cara ini untuk bermewah dengan nikmat dunia!! Jangan cuba cara ini, untuk cepat kaya tetapi boleh cuba cara ini untuk langkah menjadi kaya
Apapun, kedua2 kes tersebut berlaku dengan izin ALLAH. Apakah hikmah disebalik kejadian itu dan semua ini hanyalah dugaan ALLAH untuk umatnya.

Jadi, bagaimanakah langkah kita untuk mengelak daripada menjadi mangsa penganiayaan sama ada di dalam negara ataupun di luar negara? Mari kita bincangkan di sini, sebagai menunjukkan tanda korang adalah seorang blogger yang bukan sahaja mengetahui hal2 yg membabitkan wang semata2 tetapi punyai juga sikap keprihatinan terhadap isu2 kemasyarakatan.

Ayuh…..!!

Salam hormat

AfzaiAfandi

P.S. Doakan juga agar rayuan mereka diterima nanti

Popularity: 53% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark