Pembaca dan tetamu budiman

Sekarang bermulalah musim cuti sekolah. Jadi, musim ini kanak2lah yang paling gembira selain daripada para guru. Kebiasaannya, pada musim cuti sekolah ini banyak agenda akan dirancang terutamanya oleh mereka yang telah berkeluarga. Pada musim ini juga, ramai pasangan yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Bagi aku pula, perancangan pertama adalah untuk mengadakan majlis berkhatan anak kedua aku “Muhammad Aliff Haiqal” yang berumur 9 tahun. InsyaALLAH, majlis berkhatan itu akan diadakan pada hari Sabtu ini 24 November 2007.

Kesempatan aku bercerita tentang berkhatan ni , sebenarnya aku ingin berkongsi sedikit informasi tentang cara terkini untuk berkhatan. Kalau dahulu, caranya mungkin agak menyeramkan di mana kanak2 duduk di atas batang pisang dan Tok Mudim pula tersenyum :) sambil mengasah2 pisaunya. Kemudian, apabila dunia semakin moden, maka cara berkhatan pun bertambah moden termasuk menggunakan laser.

Di sini aku ingin memperkenalkan satu kaedah baru dalam berkhatan. Kaedah berkhatan ini menggunakan sejenis alat yang dipanggil SmartKlamp.

Apa itu SmartKlamp?

* Alat berkhatan bagi lelaki
* Alat pakai buang yang canggih
* Kecil dan amat ringan
* Dibuat daripada Tiub/Corong plastik lutsinar dari bahan polycarbonate dan Mekanisma Kekunci plastik atau ‘klamp’ dari bahan nylon

Kelebihan Smartklamp

* Memberi perlindungan sepenuhnya kepada penis semasa prosidur berkhatan dilakukan.
* Memberikan keputusan kosmetik yang dapat dijangkakan.
* Prosidur berkhatan dapat dilakukan tanpa atau sedikit pendarahan sahaja.
* Prosidur ini juga dapat secara langsung membantu mengelakkan jangkitan yang bahaya seperti AIDS atau Hepatitis.
* Memberi perlindungan sepenuhnya kepada penis semasa proses berkhatan.
* Tiada pendarahan, jadi mengurangkan risiko penyebaran dan pemindahan Hepatitis atau HIV.
* Proses berkhatan dapat dilakukan dengan mudah.

Smartklamp dan aku tiada apa2 hubungan perniagaan. Sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua. Aku tidak dibayar untuk menyampaikan maklumat ini, cuma menyampaikan apa yang aku rasakan baik untuk kita semua.

Teruskan membaca maklumat yang lebih lanjut tentang SmartKlamp. Jangan lupa untuk kongsikan pengalaman korang sewaktu berkhatan dahulu. Mesti menarik pengalaman korang ekk :)

Nota Kaki: Tahniah buat Syawal kerana telah memiliki Syawal dot Net , dan tahniah juga buat adik perempuan aku yang telah memulakan perniagaan restorannya di Balok Makmur berhadapan dengan Petronas.

Salam Hormat

AfzaiAfandi

Popularity: 53% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark