Bertemu lagi dan Salam Sejahtera

Kalau dahulu, blog tidak begitu popular di kalangan kita rakyat Malaysia. Kalau ada pun, rata-rata yang menulis blog ketika itu berkisar pada perihal peribadi penulis blog itu sendiri. Cerita tentang cinta, cerita tentang apa yang dilakukan setiap hari dan macam-macam lagi. Selain itu, kebanyakan blog-blog dahulu menggunakan laras bahasa yang agak puitis serta syahdu mahdu.

Kini, berblog cukup popular di internet. Pelbagai tema blog boleh kita temui. Ada yang menulis tentang perjalanan diri sendiri, tentang pandangan peribadi, tentang muzik, tentang isu semasa, tentang produk dan yang paling popular adalah tentang pendapatan dari internet….termasuk akulah tu!!

Sehingga kini, seolah-olah dunia internet telah diserang oleh demam blog….terbaru, isteriku menyuruh aku “create” satu blog untuk menyenangkan proses interaksi bersama rakan2 sekolahnya suatu waktu dahulu. Kiranya nak kumpul buat reunion lah ni.

Bila semakin banyak blog, maka akan timbullah lambakan blog. Dari satu sudut, ada bagusnya kerana ini menunjukkan telah ramai yang celik IT dan menjadikan blog sebagai satu medium tambahan sama ada untuk berinteraktif atau pun menjana pendapatan.


Namun disebalik itu,  ada sedikit kekurang enakkan. Apa yang aku perhatikan lambakan blog terutamanya blog tentang pendapatan dari internet ini menyebabkan banyak blogger yang menyertai program affiliate. Resultnya, maka tidak ramai yang membeli ebook/produk kerana masing2 hanya  mempromosikan sahaja. Akhirnya,  laman affiliate itu tidak berjaya membuat jualan sebaliknya yang ada hanyalah refferal sahaja. Ini hanyalah pandangan 5 sen aku. Aku pun tak pasti akan kebenaran apa yang aku tulis ini.

Walaupun berlaku lambakan blog, perkara ini ada positifnya. Ini kerana secara tidak langsung lambakan blog akan menjadikan wujudnya persaingan. Persaingan yang sihat. Hal ini demikian kerana tujuan utama kita berblog bukanlah semata suka-suka dan tidak ada blogger yang suka jika blognya tidak dikunjungi dan hasil tulisan di blognya tidak dihargai. Lagipun saja suka2 berblog, hanya membuatkan penat badan aje, buat letih urat leher, buat sakit tulang belakang dan buat membazir bil internet. Adapun tujuan kita berblog adalah untuk mempopularkan blog kita agar diketahui ramai, dikunjungi ramai, mendapat feedback dari orang ramai dan mendapat income dari orang ramai :)

Jadi, dengan lambakan blog ini, maka tugas kita adalah bersaing dan fikirkan apakah langkah yang perlu diambil dan diperbaharui agar blog kita sentiasa mendapat rating dan traffik yang tinggi atau dengan lain perkataan sentiasa popular…macam mohdismail dot com.

Secara keseluruhannya, apa yang dapat aku kongsikan adalah praktikkan  beberapa langkah mudah untuk mencapai tujuan anda dalam berblog disebalik lambakan blog.

1.Semestinya sentiasa berfikiran positif dan tetapkan matlamat anda ( ngko orang dan aku )

2.Sentiasa berusaha untuk menambah ilmu. hanya dengan ilmu sahaja, matlamat kita akan tercapai.

3. Sentiasa kemaskini blog. Pastikan setiap minggu, ada post2 terbaru sebagai tanda kesungguhan anda dan komitmen anda dalam menuju impian anda

4. Sentiasa menghargai blog orang lain..jika inginkan blog kita dihargai.

Apa kata ngko orang kongsikan apa tujuan anda berblog dan apa pandangan anda tentang lambakan blog. Lontarkan, curahkan agar kita sama2 beroleh manfaatnya. Saya sudahi dengan lafaz yang mulia. Sekian, terima kasih

Salam Hormat dari Saya

AfzaiAfandi

Popularity: 31% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark