Salam Bahagia

Bagaimana dengan Bajet 2008? Adakah anda semua berpuas hati? Sama ada berpuas hati ataupun tidak, terimalah segala apa yang telah dibentangkan oleh ‘Pak Lah’ dengan penuh kesyukuran kerana siapalah kita untuk mengubah segala apa yang telah dibentangkan dalam Bajet 2008 itu,lewat petang tadi.

Secara keseluruhannya, bajet kali ini adalah lebih bermesra kepada ibu bapa, pendidikan dan golongan guru2. Semua Ibu bapa pasti gembira kerana yuran persekolahan mulai tahun depan dimansuhkan cuma ibu bapa perlu membayar yuran tahunan sahaja. Selain itu, SPBT juga turut diberikan secara percuma kepada semua ibu bapa di Malaysia. Secara tidak langsung meringankan sedikit bebanan para ibu bapa memandangkan banyak barangan pengguna yang lain naik melambung.Untuk ibu bapa yang berpendapatan rendah, uniform percuma diberikan yakni untuk uniform unit beruniform.

Para guru pula, sekali lagi mendapat rezeki. Cuma bukan untuk keseluruhan cikgu.

1.Guru2 yg mengajar di sekolah pendidikan khas dinaikkan elaun kepada RM250 sebulan…banyak tu!!Untung cikgu yg mengajar budak2 cacat.

2.Guru2 Cina dan Tamil yg mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan dibayar RM60.00 sejam. Guru2 Melayu yang mengajar bahasa Melayu di sekolah Cina takder ker elaunnya? heheh.cam terpinggir jer bahasa Melayu :)

3.Guru2 ganti yang memiliki Ijazah dan Diploma juga dinaikkan gajinya.

Habis bab belanjawan. Kalo nak lebih maklumat tentang belanjawan gi beli surat khabar atau baca kat mana2 akhbar secara online.

Nak cerita bab puasa pulak. Tak lama lagi Ramadhan datang lagi :) Rasanya ramai yang telah menyusun menu2 untung menyambut ramadhan kali ini. Agaknya buku2 resipi  dipasaran pasti laris. Laman2 web dan blog2 yang menyediakan resipi percuma pasti mendapat traffic yang tinggi tatkala ini.


Ramai kaum ibu, suri rumah,wanita2 bujang, pelajar wanita di IPTA & IPTS dan juga aku berhasrat untuk memasak sendiri pada bulan yang mulia ini. Sesungguhnya bagi kaum isteri dan kaum ibu, langkah ini adalah wajar kerana memberi makan suami dan anak2 dengan air tangan sendiri adalah satu keberkatan bagi keluarga.Bagaimana pula dengan isteri aku?? Ramadhan ini dia ada di KL aku di Ipoh. Cammana ekkk?? Susah ler aku nak bangun sahur :) Tapi takper, Jumaat hingga Ahad dia balik, nanti aku suruh masak macam2.  Jangan marah yer Puan L*******r  :)

Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini sebenarnya ALLAh membuka banyak peluang kepada hambanya.  Peluang dilimpahi pintu pahala. Peluang dilimpahi rezeki bagi yang ingin memanfaatnya. Cuma peluang yang satu ini adalah menunjukkan kelemahan iman kita iaitu peluang untuk kita membazir. Jadi kepada sesiapa yang menjadikan Pasar Ramadhan sebagai dapur rumah mereka setiap hari, berhati-hatilah ketika berbelanja. Cuma tidak salah, jika sesekali kita ke pasar ramadhan untuk mencari kelainan atau menukar selera.

Bagaimana pula dengan perancangan anda pada Ramadhan ini? dengar citer si Fatah  nak meniaga biskut raya :) Rakan2 ku yang lain, apa projek ngko orang pada Ramadhan nanti??

Bagusssss kalau dah ada perancangan. Dapat rezeki lebih, bolehlah menyimpan lebih sikit yer. Sambil ngko orang komen apa yang patut kat post aku kali, aku izinkan kot2 ada yang nak promosi produk masing2 sempena Ramadhan ini. kalau nak share pengalaman bisnes pun ok jugak.

Semoga kalian sekeluarga mendapat keberkatan dan dilimpahi rezeki.

Assalamualaikum, Salam ramadhan dan Salam Hormat dari saya.

Afzai Afandi

Afzai Afandi

Popularity: 25% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark