Salam Merdeka Salam Jumaat

Pertama sekali, saya nak ucapkan Selamat hari Merdeka buat semua dan terutamanya buat negara Malaysia yang menyambut ulangtahun ke-50 pada hari ini. Semoga terus cemerlang,gemilang dan terbilang temberang.Untuk hari ini selain dari cerita kemerdekaan negara kita, saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara untuk mengindahkan kehidupan kita seharian?

10 Cara Indahkan Kehidupan

1.Lakukan pekerjaan yang disukai (kalau tak suka berblog jangan berblog nanti jadi goblog) Jika ada halangan dalam melaksanakannya, cubalah lakukannya pada waktu lapang ataupun pada saat kita dalam kesibukan.

2.Sentiasa menjaga kesihatan diri. Amalkan pemakanan seimbang, bersukan dan apa2 aktiviti yang boleh menyihatkan.

3.Harus ada matlamat dalam hidup. Matlamat hidup penting supaya kita sentiasa bersemangat demi mengejar apa yang diimpikan. Berblog tanpa matlamat ibarat kapal tanpa nakhoda..ceeewahh!!

4.Terima kehidupan dan liku2nya seadanya dan nikmati pahit manis kehidupan itu dengan hati terbuka dan penuh keredhaan.

5.Hadapi kehidupan hari ini dengan pasti, tidak menyesali segala apa yang telah berlaku pada hari semalam dan tidak gelisah menanti hari esok yang belum pasti.

6.Berfikir semasa membuat kerja dan bertindak dengan bijak.Tidak menyalahkan orang lain andai terbuat keputusan yang salah.

7.Sentiasa bersyukur dan mensyukuri.Ada belas kahihan kepada oarng yang lebih rendah (kurang bernasib baik) daripada kita.

8.Sentiasa membantu orang lain agar beroleh kebahagian

9.Saya tersenyum dengan wajah berseri dan sentiasa bertemankan orang yang optimis.

10.Gunakan kesempatan berharga dan jadikan tempat kebahagian.

Salam Ukhwah

Afzai Afandi

Popularity: 35% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark