Assalamualaikum dan Salam Merdeka

Post kali ini adalah sambungan perkongsian maklumat daripada post sebelum ini. Kalau sebelum ini saya berkongsi ilmu 5 sen saya tentang Favicon,……jadi kali ini saya nak berkongsi pula ilmu try and error saya tentang “bagaimana nak hilangkan blogger navbar”. Lihat contoh di sini.

 

Secara dasarnya, blogger secara automatik meletakkan navbar ini pada setiap blog yang berdaftar dengannya ( Final PestaBola Merdeka dah dimulakan…..bersambung selepas tamat permainan )

10.50 mlm : Nasib baik perlawanan Malaysia vs Myanmar tak menghampakan. Tahniah buat semua pemain Malaysia yang menunjukkan komitmen dan persembahan yang boleh dianggap cemerlang.Pada aku “Man of The Match” ialah Safee Sali kerana kesemua 3 gol Malaysia adalah hasil gerakannya.

Habis bab bola. Sekarang kita sambung semula tentang blogger navbar.Sedikit maklumat mengapa kita perlu hilangkan blogger navbar:

1. Ada 2 bahagian-ruangan search blog dan next blog serta bahagian create blog | sign in

2. Apabila pelawat mengklik button nextblog maka secara random akan blog akan bertukar kepada blog yang terkini membuat posting…Pada pandangan saya ini akan merugikan kita :)

3. Carian ( search) pada navbar juga mengganggu dan mengelirukan pelawat.Jika pelawat blog kita membuat carian pada navbar maka ianya tidak mendatangkan keuntungan untuk akaun google adsense kita. Apa yang kita nak, pelawat membuat carian pada blog kita…barulah akaun adsense kita bertambah.

4. Biasanya warna navbar yang disediakan tidak sama dengan warna latar template yang kita pilih…jadi tak cun pada pandangan

Kat sini ada 2 cara yang boleh dikongsi. caranya cukup simple CSS dan cukup mudah.

Teknik 1 :Masukkan/letakkan (copy, paste) the following CSS code pada Blogger Template.

copy dan pastekan kod di bawah
<style type=”text/css”>
#b-navbar {
height:0px;
visibility:hidden;
display:none
}
</style>
Teknik kedua: Teknik yang saya gunakan.Juga simple CSS. saya gunakan kod ini kerana pada saya kod ini adalah lebih senang!!

salin kod di bawah dan letakkan selepas highlight biru seperti rajah di atas:

margin-top:0px;
position: relative;
top: -50px;

Adakah menghilangkan blogger navbar salah di sisi undang2 blogger.com?

Pada apa yang saya faham, tidak menjadi ksalahan kerana tidak ada apa2 mention tentang blogger navbar.

Oleh sebab loceng telah berbunyi, maka kelas ini saya tangguhkan dengan suratul As..

Salam hormat

Afzai Afandi

Popularity: 30% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark