Assalamualaikum sahabat2 yang dihormati

Cerita tentang perniagaan internet sememangnya suatu cerita yang laris.Bermula dengan kisah kejayaan seorang anak muda Malaysia iaitu Dr.Irfan Khairi yang berjaya menjadi jutawan internet pada usia 25 tahun setelah 3 tahun membina perniagaan internetnya.Bagaimana pula dengan anda? Terujakah anda dengan perniagaan internet? Adakah memulakan perniagaan internet ini semudah yang disangkakan? Kalau orang lain boleh buat, mengapa aku tak boleh buat?

Apa yang perlu minda anda tahu sebelum memulakan perniagaan internet?Perniagaan internet bukanlah suatu perniagaan yang menjanjikan pendapatan lumayan dalam sekelip mata atau dengan kata lain jika nak cepat kaya ceburlah perniagaan internet.Perniagaan internet juga sama dengan perniagaan konvensional yang lain.Cuma yang membezakannya perniagaan internet menggunakan medium internet sebagai platform untuk menjalankan perniagaan.Maka dengan menggunakan medium internet, sudah tentu modal yang digunakan juga rendah berbanding dengan perniagaan konvensional. Anda juga tidak memerlukan ramai pekerja, sebuah pejabat atau kedai tetapi cukup hanya dengan laman web yang dikendalikan sendiri oleh diri anda.Perkara best yang perlu anda tahu, anda bebas mengendalikan kedai online anda samada anda ingin meniarap, baring, nak pakai kain pelikat ngan singlet aje… :) atau mana2 aksi yang anda gemari.

Barangsiapa yang tiada berupaya menghasilkan wang walau sesen pun menerusi internet, sedangkan mereka memasukinya saban hari, maka, sesungguhnya mereka tergolong di kalangan orang-orang yang rugi …..…..Mohd Suhaimy a.k.a shuth (WangCyber.com Founder)

Kebelakangan ini kita dapati banyak buku-buku panduan, seminar dan bengkel perniagaan internet dipasaran. Anda boleh perolehinya buku-buku tersebut baik dari laman web atau kedai-kedai buku atau menghadiri seminar dan bengkel yang dianjurkan. Terpulang kepada anda untuk memilih mengikut kemampuan dan keyakinan anda. Dengan menyertai seminar atau membaca buku ini peserta akan dapat pelajari ASAS perniagaan internet.

Walau bagaimanapun, anda harus berhati2 ketika ingin membeli ebook ini. Jangan mudah terpedaya dengan janji manis penulis ebook itu.Janjinya lepas lima minit beli buku, terus boleh berniaga, terus dapat duit dalam masa beberapa hari je.

Kebiasaaannya perserta atau pembaca akan teruja dan bersemangat kerana diberitahu mengenai banyaknya peluang perniagaan di internet serta idea-idea atau model-model perniagaan internet yang berjaya. Mereka kembali ke rumah dengan semangat yang berkobar-kobar dan merancang strategi untuk membina perniagaan internet. Perkara pertama yang mereka lakukan setelah mendapat idea produk atau perkhidmatan untuk dijadikan perniagaan internet adalah mula membina laman web perniagaan mereka dan dikala ini akan timbul berbagai persoalan menarik dan mencabar ……

  1. Bagaimana cara untuk mendaftar nama domain?
  2. Bagaimana cara untuk mendaftar dan menggunakan akaun ‘hosting’?
  3. Apakah ‘DNS’ dan bagaimana untuk intergrasikannya ke ‘web hosting’?
  4. Bagaimana untuk membina laman web canggih yang mampu menarik pelanggan?
  5. Bagaimana untuk ‘upload’ laman web yang telah siap ke ‘web hosting’ anda?

Bagaimana , bagaimana , bagaimana …………… :? ???? Ini hanyalah sebahagian kecil persoalan yang perlu anda jawab dan sebenarnya terdapat bermacam-macam lagi persoalan yang perlu anda cari penyelesaiannya..

Tanpa mengetahui perkara-perkara utama ini, anda PASTI tidak akan dapat membina laman web perniagaan anda. Ramai dikalangan mereka yang baru menceburkan diri di dalam bidang ini akan berputus asa kerana terlalu banyak masalah teknikal yang mereka hadapi. Kesukaran ini turut dirasai oleh mereka yang pernah menghadiri kursus atau seminar perniagaan internet kerana apa yang di tunjukkan atau diajar hanyalah perkara ASAS.Jadi untuk mengatasi masalah dan mengetahui cara terbaik memulakan kejayaan dalam perniagaan internet, saya sangat2 mengesyorkan anda memiliki Pakej Lengkap Perniagaan Internet dengan 8 Langkah Mudah, Cepat dan Berkesan beserta Video tutorial.

Saya yang benar,

Afzai Afandi

Popularity: 26% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark