SPAM-Apa Yang Harus Kita Lakukan
Pembaca dihormati,
Masalah spam ni merupakan masalah yang dihadapi oleh semua pengguna internet yang mempunyai alamat email. Ada kemungkinan email yang masuk setiap hari lebih banyak ke kotak spam berbanding inbox.
Belakangan ini, beberapa email utama aku dipenuhi oleh email spam daripada ahli2 dapatwang.com. Aku telah menyenarai pendek nama2 mereka untuk dimaklumkan kepada pihak admin dapatwang.com
Selain membuat report kepada pihak admin, apakah langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan kadar kemasukan email spam ke email kita. Beberapa langkah yang boleh aku kongsikan di sini. Namun aku juga kurang pasti sejauh mana keberkesanannya.
Jangan letakkan alamat email anda dalam bentuk text pada website/blog anda, kerana para spammer dengan mudahnya akan mendapatkan alamat email anda dengan software e-mail crawler mereka. Gunakanlah script form mail agar pengunjung website/blog anda menggunakan form mail untuk menghubungi anda (tanpa memberikan alamat email kepada mereka).
Jika anda tetap ingin menampilkan alamat email anda pada website anda, tampilkanlah alamat email Anda dalam bentuk image atau gambar (misalnya dalam format: GIF/JPG).
Mungkin anda diluar sana punyai tips yang lebih berkesan untuk menangani masalah spam ini. Apa kata kongsikan di sini….
Salam hormatp.s. baru balik menghadiri kenduri Shamxo di Silveritage Ipoh
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












Emel tak berapa penting.mereka nak hantar.
sakit hati adalah.
spam dapatwang mmg melampau, kalau setakat 1,2 xpa lg..ini tak henti2, apa la punya manusia bikin susah org
Safar n Waka: memang dia org nak amik jalan mudah jer… tidak beretika dalam menjalankan promosi
kenapa dengan sham? dia wat kenduri kawin ker??
titan’s last blog post..Mengapa Titan Benci Yahoo Mesengger Marketing
Titan: Dia tak maklum kat ngko ker atau pun ko rasa tercabar nak kahwin jgk..hehehe
spam durjana yg binasa…mau spam ke kena lempang?hohohoh…titan agak terasa dah tua tu…sensetif klu bab2 kenduri ni..ekekekeke
p/s-aku punya blog skrng pun penuh dgn spam..tension aku nak cek hr2..dah la beratus..nak upgrade wordpress plak aku dah lupa password cpanel suda..hoho
Titan tunggo ngko kot Farah
contactlah balik owner hosting tu…