Antara Pengecut dan Berani
Salam Syawal buat semua,
Masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar kita semakin menghampiri penghujung 2009 dan tahun 2010 terbentang dihadapan menunggu untuk kita lalui.
Apa yang telah lepas, tetap berlalu dan kita tinggalkan samada secara rela atau secara terpaksa. Inilah hukum Alam yang ditentukan oleh Allah Yang Maha Agung. Sudah tentu juga pelbagai kenangan kita tinggal, ada sisi positif dan ada juga sisi negatif. Kata orang kenangan adalah sesuatu yang sukar untuk kita lupakan.

Dek kerana itulah, kenangan bukanlah sesuatu sandaran kukuh sebagai motivasi untuk berani menghadapi masa depan yang sukar kita jangkakan. Kenangan cuma iktibar untuk kita jadikan panduan supaya lebih berani membuat perancangan dan menghadapi risiko yang bakal berlaku. Kita tidak ada pilihan lain, melainkan menghadapi masa depan sama ada sebagai seorang pengecut atau sebagai tentera yang berani.
Pengecut biasanya meninggalkan masa silam dengan membiarkan kenangan pahit berlalu tanpa membawa sebarang harapan manakala berani sudah tentu bersedia menghadapi masa depan dengan mengambil iktibar dari kenangan silam serta pada masa yang sama membawa harapan sejati dalam merancang, membuat keputusan dan menghadapi risiko masa depan.
Salam hormat
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












Betul tue bro…benda yg lepas jadikan jer ikhtibar. Mana yg gagal sebelum ini jdkan perkara tue panduan untuk bangun semula.
Setuju sgt!
Faisal: off course….kalau dah jatuh tak bangun2 bukan pendekar namanya atau pun dah jatuh tak bangun2…meninggal dunia namanya
Berani menghadapi masa depan yang kita tak nampak.
mana ada manusia boleh meramal masa depan.jadikan
jangan takut pada masa yang lalu.
meramal masa depan mmg takde..tp merancang masa depan itu perlu!
tq bro atas atasan..
afham’s last blog post..Fikir ke hadapan
aku dah jatuh banyak kali. Kalau tak keranaNya, aku tak rasa aku boleh survive ke tahap nih. Alhamdulillah, keranaNya jugalah aku tahu tinggi dan rendah dunia ini. KeranaNya juga aku sedar aku cumalah insan lemah..
titan’s last blog post..Komisen ke 13 dari Linkadage