Home » Semasa, Sosial

Wanita Pertama Mabuk dihukum Sebat

Written By: admin on August 19, 2009 5 Comments

Salam untuk pembaca

Arak itu haram dalam Islam. Haram kerana memabukkan dan tak semestinya jika meminum arak tak memabukkan maka hukumnya harus…..Walaupun negara kita diisytiharkan sebagai negara Islam, namun itu bukanlah alasan untuk orang yang beragama Islam meminum arak di depan khalayak tanpa segan silu.

Kartika Sari DewiDemikianlah yang berlaku kepada wanita yang bernama Kartika Sari Dewi  ibu kepada 2 orang anak. Ditangkap ketika meminum arak jenama Tiger Beer ( jenama murah jer kot…. ) di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, Kuantan, kira-kira jam 11.40 malam, 11 Julai 2008.

Ekoran tangkapan itu…Si Kartika ni dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadap Kartika Sari selepas disabitkan kesalahan meminum arak. Aku kira ini kes pertama kat negara kita kot….

Dalam kes ini, aku begitu respek kepada ayahnya yang berani berdepan dengan kesalahan anaknya itu

Saya agak terkejut dan terkilan apabila dimaklumkan bahawa anak saya, Kartika Sari Dewi akan menjalani hukuman sebat di Penjara Wanita Kajang, di mana tempatnya tertutup.

Seboleh-bolehnya saya mahu hukuman dijalankan di tempat terbuka agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya mengambil iktibar daripada hukuman itu. Jika hukuman itu dijalankan dalam penjara, mungkin mesej berkenaan tidak kesampaian

kata Shukarnor Mutalib bapa kepada Kartika yang didapati bersalah atas tuduhan meminum arak.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, semalam, mengeluarkan waran penahanan terhadap ibu kepada dua anak itu yang dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah

Ayah Kartika juga mempertikaikan mengapa anaknya perlu dibawa ke penjara kerana Kartika Sari bukan seorang banduan dan hukuman penjara yang dijatuhkan kepadanya sudah diketepikan.

P.S. Takkan si Kartika ni jer yang minum arak kat negara kita?? Aku harap lagi ramai yang berjaya ditangkap. Semoga peristiwa ini menginsafkan Kartika dan juga”kaki botol” yang lain.

Salam hormat

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

5 Responses to “Wanita Pertama Mabuk dihukum Sebat”

  1. safar says on: 19 August 2009 at 10:26 pm

    Saudi hukum tetap hukum.tanpa pilih kasih.

  2. megat says on: 20 August 2009 at 12:47 am

    respek bapak wanita tersebut!

    dari pengamatan aku dalm selama hidup bekerjaya, sebenarnya ramai yang terjebak dalam kancah tersebut. tapi dilakukan lebih kpd cara tersembunyi terutama di disko atau pub.

    tapi sejauh mana perkara tersebut ditangani? boleh jadi isu tak adil kan?

    megat’s last blog post..Pengurusan Masa, Demi Kehidupan Yang Lebih Terjamin Dan Stabil

  3. johnjimat says on: 20 August 2009 at 10:03 am

    adoi adilkah? tp kene gak la die sbb die minum kat dpn public.. mmg kene la.. da lame xduk malaysia ke ape?

  4. Admin says on: 20 August 2009 at 6:30 pm

    Kalo nak kata adil memang tak adil…..bila sebut tak boleh minum depn khalayak..so bermakna macam menggalakkan minum, tapi jangan depan khalayak..

    Mungkin peristiwa ini memberi seribu hikmah kepada beliau..

  5. diana says on: 14 June 2010 at 9:04 pm

    Ramai lagi yang minum arak kat luar sana. Harap-harap, sesiapa yang minum arak tu, dihukum juga. Kalau nak kira, memang ramai lah yang minum arak , tapi tak kena tangkap. Apa nak jadi dengan orang islam ni ?

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress