Potensi Blogging Sebagai Sumber Pendapatan
Green Element (IPO288 222-V) dengan kerjasama IzadBlogNetwork Dot Com akan menganjurkan seminar bertajuk
POTENSI BLOGGING SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN
Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai seperti anda yang berminat dan para remaja lepasan SPM, graduan universiti malah suri rumahtangga untuk mengetahui bagaimana anda boleh menjadikan bidang penulisan blog sebagai sumber pendapatan.
Dengan mengetahui kaedah yang betul dan telah terbukti berjaya, diharapkan seminar ini dapat memberikan inspirasi untuk anda menjadi usahawan maklumat (contentpreneur) dengan menulis blog yang berkualiti dan menjana pendapatan dan ekonomi isi rumah anda.
Seminar akan disampai oleh saudara Rohaizad (dari IzadBlogNetwork.com dan Rohaizad.com) yang pernah muncul menghiasi muka depan majalah internet popular tempatan edisi ke 13.
Beliau merupakan seorang penulis blog yang telah berjaya menjadikan bidang penulisan blog sebagai matapencarian dan menghasilkan ribuan ringgit dari usahanya itu. Tidak kurang dari itu beliau turut berkongsi ilmu dengan individu-individu lain yang turut berminat melalui “Personal Coaching” yang beliau anjurkan di tempat beliau di Johor.
Berikut adalah maklumat berkenaan Seminar POTENSI BLOGGING SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN yang bakal dianjurkan:
- Tarikh:8 Ogos 2009
- Masa: 9.00 pagi
- Tempat: Dewan Seminar, Tingkat 6, Perak Techno Trade Centre (PTTC), Bandar Meru Raya, Off Jalan Jelapang, 30020 Ipoh Perak.
- Yuran Penyertaan: RM150 seorang
- Tarikh Tutup Penyertaan: 3 Ogos 2009.
Kepada anda yang berminat dan berkelapangan serta mempunyai keazaman untuk berjaya sebagai seorang penulis blog yang menghasilkan pendapatan, sertai kami di seminar tersebut. Isikan borang pendaftaran yang disediakan hari ini. Klik disini untuk Borang Pendaftaran Seminar
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












Blog sebagai sumber pendapatan.jadi sekarang dengan menulis pun boleh dapat duit tiap-tiap bulan.
personal coaching dari bro afzai pn apa kurangnya..
Afham’s last blog post..Daun semalu dan anak dara
A ah..nnti penceramah akan citerkan bagaimana dia dapat duit tiap-tiap bulan dgn blog. Kalau di US dan lain2 negara, Blogging dah dianggap satu profesion/kerjaya baru.
Kat malaysia pun dah lama bermula.
faisalhanim’s last blog post..Apa Yang Akan Anda Pelajari Di Seminar Kami?
Safar:penganjur dah tolong jawab
boleh rekemenkan kawan2 kat Ipoh yang mana berminat
Afham : Ada satu lagi personal coaching untuk ngko…tunggu nampak muka kat ipoh dulu..hahaa
ya dengan blog kita mmg boleh buat duit.
personal coaching tuk pe bro..
afham’s last blog post..Perubahan dalam diri