Home » Peribadi

Mencari Rezeki Di Jakarta

Written By: admin on June 5, 2009 4 Comments

Salam hormat buat semua

Post ini agak istimewa pada aku, kerana buat pertama kalinya aku menulis di luar Malaysia. Apa yang ingin aku perkatakan ini cuma satu perkongsian pengalaman aku berada di Bandaraya Jakarta sejak 3 Jun yang lalu. Kali pertama aku menjejakkan kaki di kota Jakarta ianya cukup membuat aku teruja untuk mengetahui kehidupan masyarakat di sini.

Kota Jakarta dikhabarkan dipenuhi dengan 15 juta manusia pada waktu siangnya. Cukup ramai sekali manusia dengan sejuta satu macam ragam yang kita boleh lihat. sehingga ke hari ini aku telah pergi ke Jakarta Pusat, Tanah Abang, Mangga 2, Pelabuhan Priuk, Pasar Ular, Pasar Senin, Kalibata dan juga JatiNegara.

Kesesakan lalulintas di Jakarta pada aku berada pada tahap yang agak kronik. Keadaan jalanraya yang kurang terurus. Ini mungkin faktor kepadatan penduduk dan tida ruang lagi untuk melebarkan jalan yang sedia ada. Disebabkan kepadatan penduduk inilah yang menyebabkan manusia di sini berlumba2 mencari rezeki untuk menyara kehidupan. Aku tidak tertarik untuk bercerita tentang kakitangan kerajaan mahupun swasta di sini….cuma yang menarik pada aku adalah bisnes orang2 kebanyakan di sini.

Pertamanya aku nak citer bisnes di jalanraya. Kalau korang ke Jakarta…korang akan dapat lihat, ada yang menyediakan perkhidmatan Bajai aka tut..tut  yang pada aku dah layak buat besi buruk, ada yang kayuh beca dan ada yang kayuh basikal dan dibelakangnya adalah penumpang dan ada juga yang sukarela mengawal lalulintas. Yang syoknya bila kereta kita berhenti dek kerana kesesakan dan pada masa itulah akan didatangi oleh penjual2 dan juga penghibur jalanan. Tapi ang aku respek…selama aku berada di sini….satu kemalngan jalanraya pun belum aku temui.

Cerita di kaki lima jalan raya pula…..apa yang aku dapat saksikan…ramai yang menjual pelbagai jenis barang yang aku tak mampu nak senaraikan. Selain itu yang agak pelik pada mata aku, ada perkhidmatan menggunting rambut di kaki lima jalan raya di jakarta ini.

Kalau di Shopping Mall pula….sepanjang kita berada di dalam Shopping Mall, pasti akan didatangi oleh penjual2 minuman dan penjual kuih-muih. Jika berada di luar Shopping Mall pula akan didatangi oleh penjual2 beg plastik siam dan penjual2 barang kraftangan serta termasuklah kanak2 tempatan yang meminta sedekah sambil memegang paha kita.

Pengalaman paling menarik setakat hari ini, aku dapat saksikan dihadapan mata aku…ada juga yang mencuri minyak dari treller yang sedang bergerak dalam kesesakan serta budak2 belasan tahun yang memanjat lori2 yang untuk mencuri barang2 yang dibawa.

Begitulah serba sedikit yang dapat aku kongsikan tentang masyarakat Jakarta mencari rezeki demi untuk menyara kehidupan disamping terpaksa bersaing dengan jutaan manusia yang lain.

Salam dari kota Jakarta

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

4 Responses to “Mencari Rezeki Di Jakarta”

  1. Afham says on: 6 June 2009 at 8:14 pm

    pesal bro tk report polisinya…

    Afham’s last blog post..Qada’ dan Qadar

  2. johnjimat says on: 6 June 2009 at 8:28 pm

    la awat tgk je bro haha…

    johnjimat’s last blog post..Kanye West ft Rihanna Paranoid Final Version HQ

  3. Admin says on: 7 June 2009 at 4:47 pm

    afham n john : aku pun gelak besar jer..

  4. safar says on: 10 June 2009 at 9:55 pm

    cerita boleh diketegorikan sebagai lawak ada yang sempat curi2 minyak……….. kenapa tidak curi botol plastik sekali.

    http://blogsafar.com/?p=77

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress