Keputusan Pilihanraya Kecil 07 April 2009
Pembaca yang dihormati

Pastinya seluruh rakyat Malaysia sedang menunggu keputusan penuh pilihanraya kecil di 2 Bukit iaitu Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah serta Batang Ai, Sarawak.
Daripada ketiga2 kawasan, aku merasakan kawasan Parlimen Bukit Gantang ialah kawasan paling hangat memandang PAS meletakkan bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir. Hj Nizar Jamaludin sebagai calon PAS untuk menentang Ismail Saffian sebagai Calon BN dan Kamarul Ramizu Idris sebagai calon BEBAS.
Keputusan tak rasmi bagi parlimen tersebut berpihak kepada PAS dengan undian sebanyak 21,860 berbanding BN memperoleh 19,071 dan BEBAS hanya berjaya memperoleh 62 undi, hilang wang taruhan.
Kemenangan PAS pada kali ini lebih meningkat bilangan majoriti berbanding pada pilihanraya 2008. PAS menang dengan majoriti sebanyak 2,789 berbanding 1566 pada tahun lepas, iaitu tambahan majoriti sebanyak 1,223 undi.
Bagi kawasan Bukit Selambau pula, pihak pembangkang meletakkan calon PKR iaitu S.Manikumar menentang calon BN/MIC iaitu S.Ganesan. Keputusan tidak rasmi yang aku peroleh Di DUN Bukit Selambau, calon PKR S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi.
Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi. Ini bermakna, calon PKR berjaya menambah 13 undi melebihi majoriti pada tahun lepas iaitu sebanyak 2.362. Kesemua 13 calon BEBAS pula hilang wang deposit…kesian.
Bagi kawasan Batang Ai pula, sebagaimana yang dilaporkan melalui TV1….. calon BN Malcolm Mussen Lamoh memperoleh majoriti besar iaitu sebanyak 1854 undi, dengan menewaskan calon PKR Jawah Gerang. Ini membuktikan kawasan tersebut masih lagi meletakkan keprcayaan yang tinggi kepada pimpinan BN.
Kesimpulannya, Pakatan berjaya menguasai 2 bukit dan BN memenangi Batang Ai. Secara peribadi, aku mengucapkan tahniah kepada ketiga2 calon yang menang dan kepada calon yang kalah dan hilang wang deposit, janganlah berputus asa…cuba lagi jika ada pilihanraya kecil yang lain.
Kalah menang adat pertandingan…kepada yang menang, jalankanlah tanggungjawab sebaik mungkin untuk rakyat pimpinan anda dan untuk diri anda bagi memperoleh kepercayaan pada pilihanraya akan datang, kerana tanpa sokongan rakyat siapalah anda.
Salam hormat.
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












suratan atau kebetulan????
NRYummie : suratan tidak kebetulan pun tidak…semuanya berlaku dengan keizinanNYA.
syabas kepada pemenang2.. arap2 da mng ni jgn la lupe janji kepada rakyat…
syabas kpd BA…
Lps nie pilihanraya kecil di Penanti plk..
Huhu..2run mengundi lg buat kali ke3,nieh..
~ieDa~’s last blog post..PeNGHaRGaaN