Home » Santai

Update Pantas : Sajak Pak Sako

Written By: admin on April 6, 2009 7 Comments

Pembaca budiman,

Semalam aku ada terbaca satu sajak daripada sebuah buku….. maka aku rasa terpanggil untuk berkongsi bait2 indah sajak tersebut. Pada aku, sajak ini cukup mendalam hasrat , isi hati dan “suara keramat” penyajak… Pak Sako. Pak Sako atau nama sebenar Ishak haji Muhammad cukup terkenal di negara kita.

Bapak rugged, anak groovy
Sedang membiak di sana-sini
Di pantai memakai bikini
Di kubur memakai mini

Orang2 kampung menghadap kiblat
Mereka membawa komik2 barat
Bermain karate, ganti bersilat
Makan anggur, menggantikan langsat
Gasing dibuang, dimajukan bowling

Berasmara mereka kata necking
Bercumbu2 mereka kata pecking
Buang Mak Inang, menggantikan dansing

Tetapi, bila bergula dalam kencing
Barulah teringat nak makan jering
Terkenang kepada petai dan kerdas
Barulah nak belajar mandi hadas
Melayu bukan, Malaysian pun bukan
Cina bukan, Indian pun bukan

Inikah akar2 yang mengaku rotan?
Atau kaca2 yang mengaku intan?

Bagaimana pandangan anda pula tentang sajak tersebut. Lain individu lain pandangan. Apapun banyak sindiran halus yang terkena kepada kita.

Salam hormat.

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

7 Responses to “Update Pantas : Sajak Pak Sako”

  1. megat says on: 6 April 2009 at 4:15 pm

    menarik dan penuh sindiran. aku suka!

    megat’s last blog post..Pengurusan Masa, Demi Kehidupan Yang Lebih Terjamin Dan Stabil

  2. elyas says on: 6 April 2009 at 8:29 pm

    sajak yg menarik dan harus diambil berat pada maksud yg tersirat..

  3. hafiz says on: 6 April 2009 at 8:31 pm

    puisi ni mmg mkn bes la.. cm terkene lak ahaha.. tp mmg pusisi ni menyedarkan aku la.. harap2 la huhu

  4. Admin says on: 6 April 2009 at 10:17 pm

    Megat: memang penuh sindiran…. itulah kekuatan orang2 dahulu, cukup bijak menyindir secara halus

    Elyas: unsur tersirat yang cukup cantik digunakan oleh Pak Sako

    Hafiz: aku baca pun terasa terkena tang batang hidung sendiri ooo

  5. NR YuMmiE says on: 7 April 2009 at 11:29 am

    kat mana jumpa??? memang best betul bait-baik ayat dalam sajak tu.

  6. zool says on: 9 April 2009 at 10:48 pm

    Aku buku Pak Sako ‘anak mat lela gila’ penah baca masa tingkatan satu.. tapi sekarang dah lupa camne citer dia,,

    zool’s last blog post..Hari Gaji dan sumbangkan lagu

  7. Nadiah says on: 31 March 2010 at 5:16 pm

    nak sangat la cri novel’mat lela gila’ ni..penuh sejarah trsendiri…

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress