Home » Perkongsian Maklumat, Perniagaan, Perniagaan Internet

Modal Kecil Tapi Nak Bisnes

Written By: admin on March 31, 2009 8 Comments

Tetamu yang dihormati..

Pada zaman kegawatan ekonomi ini, banyak yang bertanya dengan aku..apa bisnes yang boleh dijalankan hanya dengan modal yang minimum?? Jawab aku, bisnes dengan modal minimum tetap ada tapi kalau bisnes dengan usaha yang minimum ngko jangan tanya aku.

Jangan sesekali memandang rendah pada modal yang kecil kerana banyak insan yang telah berjaya hanya dengan permulaan modal yang kecil terutamanya dalam perniagaaan internet.

Pada aku perniagaan internet sememangnya boleh dilakukan dengan hanya modal yang kecil. Cukup dengan pembelian domain dan hosting ataupun menggunakan free hosting, maka kita sudah boleh memperkenalkan bisnes kita ke seluruh dunia. Ini berbeza dengan perniagaan bukan internet yang memerlukan modal yang besar untuk kos sewa, gaji pekerja dan mantainance yang lain.

Jadi, aku meletakkan perniagaan internet sebagai pilihan pertama yang hanya mengeluarkan modal yang kecil.

Pilihan kedua aku ialah bisnes MLM. Di negara kita sendiri telah banyak melahirkan jutawan multi-level. Kebiasaannya, yuran keahlian permulaan tidak terlalu mahal dan hanya sekitar puluhan ringgit sahaja. Namun peluang untuk kita menerima komisyen tinggi terbuka luas sekiranya kita punyai jati diri MLM dan sentiasa berterusan berusaha. Cuma sekarang aku lihat banyak syarikat MLM yang “main skim” atau “fast track”. Jadi , jika berminat dengan bisnes ini buatlah penilaian kredibiliti dan reputasi company tersebut.

Pilihan terakhir aku pula ialah bisnes dari rumah. Kebiasaannya, bisnes ini kita jalankan seiring dengan bakat yang kita ada. Jika berbakat dalam pembuatan roti dan kek…maka kita boleh menjual kepada jiran2, rakan2 dan sedara-mara terdekat untuk peringkat awal. Tetapi jika bakat anda dalam bidang tanaman…sudah tentu anda boleh jadikan laman rumah sebagai “mini nursery” atau jika kita berbakat dalam penjagaan kanak2, sudah tentu kita boleh iklankan servis penjagaan kanak2.

Kesimpulannya, carilah peluang memulakan bisnes dari rumah dan setelah berjumpa dengan peluang tersebut……berusahalah setiap hari sehingga kejayaan menjadi milik kita.

Salam hormat

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

8 Responses to “Modal Kecil Tapi Nak Bisnes”

  1. Maizul says on: 31 March 2009 at 6:11 pm

    bisnes dengan usaha minimum susah nak cari.. rasanya memang takde…

    Maizul’s last blog post..Rahsia Jutawan Lelong

  2. Admin says on: 31 March 2009 at 7:00 pm

    Lain dunia pun belum tentu ada….kan Maizul :)

  3. usanaboy says on: 31 March 2009 at 8:26 pm

    saya cukup tertarik dengan MLM tue.. :) good info…

    usanaboy’s last blog post..Usana is the best among the best

  4. Dhiaqis says on: 1 April 2009 at 1:32 pm

    Pendapat yang bagus. Aku sendiri bermula dengan modal yang terlalu kecil kerana tetiba tsunami melanda ;) . Dan dengan modal yang kecil itu, alhamdulillah skrg nampak progresnya walaupun blum sampai tahap puluhan ribu..

  5. Admin says on: 1 April 2009 at 6:11 pm

    Usana : thanks … :)

    Dhiaqis : Tahniah…tanpa kekentalan jiwa, modal yang besar pun takder maknanya

  6. titan says on: 5 April 2009 at 7:41 pm

    setuju. internet adalah satu medium yang sangat murah untuk buat duit. cuma ramai yang tak tahu potensinya sahaja.

    titan’s last blog post..Komisen ke 22 dari TNX

  7. Ahmad Hasbolah says on: 5 December 2009 at 11:04 pm

    En.Afzai! saya hendak tahu apa perniagaan itu? Berapa modal-nya. Adakah kita kena cari orang ? Terima kasih

  8. Afzai Afandi says on: 6 December 2009 at 8:45 pm

    Ahmad Hasbolah: apa yang sy nyatakan diatas itu hanyalah beberapa cadangan perniagaan yang memerlukan modalk yang kecil.

    Jika inginkn lebih lanjut pertanyaan, sila emailkan sy.Insyaallah akan sy cuba menjwab segala pertanyaan

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress