Berani Mengiklankan Diri??
Pembaca budiman,
Dalam sesebuah perniagaan, sudah semestinya iklan adalah senjata utama untuk kita melariskan jualan. Adakah anda semua yakin, tanpa iklan perniagaan kita mampu diketahui umum, mampu bertahan sampai bila2, dapat memperoleh jualan yang menggalakkan ?? Sudah tentu anda dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat
Jadi bagaimanakah kita hendak mempromosikan perniagaan kita? Ada banyak cara sebenarnya dan hal ini terpulang atas kreativiti kita sendiri. Apa yang penting adalah keberanian untuk mengiklankan diri atau mempromosikan diri. Jangan kita tergolong dalam orang2 yang takut dengan memberi alasan takut dikatakan menunjuk-nunjuk.
Cara termudah untuk mengiklankan diri adaalah apabila kita berjumpa seseorang, janganlah malu tak bertempat untuk menghulurkan bisnes kad ataupun brosur bisnes kita hatta orang yang baru kita kenali sekalipun. Tabur seberapa banyak yang mampu agar lebih ramai yang tahu akan kita dan bisnes kita.
Apabila ditanya ngko buat bisnes apa sekarang?? jawablah dengan penuh yakin untuk menunjukkan betapa bersungguhnya kita mengiklankan diri kita. Jangan menjawab hanya sekadar melepaskan batuk di tangga… nanti tak pasal2 kahak jatuh kat atas tangga.
Selain itu, dengan mencipta kad raya yang menampilkan perniagaan kita juga dapat kita gunakan untuk mengiklankan diri kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan menghantar kad2 tersebut ke mana2 sahaja yang kita rasakan munasabah untuk menjadi bakal pelanggan kita.
Ketiga2 cara yang saya nyatakan itu adalah antara cara2 termudah dan tidak mengeluarkan modal yang begitu besar namun mampu untuk menghasilkan pulangan yang besar. Jika kita tak mengiklankan diri kita hari ini sudah tentu orang tidak akan tahu perniagaan kita keesokkan harinya.
Salam hormat
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












Sedar pun nak iklan muka juga tak mahu malu.
sedar’s last blog post..Fulltraffic.net macam tipu je…..
emmm…lama tak mengiklankan diri kat sini
hehe..
trase nyer..
afham ade jual something..
afham’s last blog post..Personality test that I tried
wahhh.. segan beb nak iklan kan diri… xpe sket2 aku cuba…. afzaiafandi bleh…. aku pun bolehhh….!!!!! hohohohoo
hariaie’s last blog post..Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
Sedar : kalau macam tu baguslah..berani2kan diri
NRYummie : Mailah singgah2 selalu
Afham : Sebagai pembina bisnes atau “bisnes builder” itu antara pra syarat yang mesti ada.
Hariaie : Antara kesukaran kita adalah untuk mengenali potensi diri. Cuba kenali diri dan keluarkan diri kita daripada kepompong malu