Home » Keagamaan

Demi Masa

Written By: AfzaiAfandi on March 23, 2009 6 Comments

Pengunjung dan pembaca budiman,

Apa dah jadi dengan blog aku ni?? Teramat lama aku tak update… Sesuatu yang tak elok untuk anda ikuti tabiat ini. hahaha. Inilah yang dikatakan daya FOKUS yang belum kuat. Mengalah dengan kesibukan masa. InsyaALLAH untuk masa2 mendatang, masa2 yang ada, akan aku pergunakan sebaik mungkin untuk blog aku ini.

Bercerita tentang masa. Masa sering disifatkan sebagai sesuatu yang sangat2 berharga. Ada yang mengatakan masa itu wang atau Time Is Money . Ada juga yang mengatakan masa itu emas……..namun aku sangat bersetuju dengan pepatah Arab yang menhatakan masa itu lebih berharga atau lebih mahal daripada emas. Ada juga pepatah Arab mengatakan masa ibarat pedang. jika tidak pandai mengendalikannya, masa akan memenggal kita semula.

Hakikatnya, hari ini masih ramai yang suka membazir masa dan tidak memanfaatkan masa dengan baik. Sanggup beratur panjang dan bangun seawal pagi untuk ujibakat rancangan realiti TV tetapi mungkin tak sanggup bangun seawal pagi untuk istiqharah. Mudah2an agar keluarga kita dijauhkan daripada perkara2 yang “melalaikan” sebaliknya menjadi manusia yang bijak menguruskan masa.

Rebutlah 5 masa sebelum datangnya 5 masa yang lebih mencabar. Masa mudamu sebelum datangnya masa tua. Masa sihatmu sebelum datangnya masa sakit. Masa senangmu sebelum datangnya masa susah. Masa hidupmu sebelum datang masa mati dan masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu….

Oleh itu…. diharap kita semua dapat menjadikan garis panduan yang diberi sebagai penyuluh untuk menguruskan masa kita. ini kerana masa adalah suatu nikmat tak terhingga yang Allah berikan kepada kita.

Jadi nikmat2 itulah yang akan ditanyakan semula sebagaimana yang diriwayatkan oleh Tarmizi, Tabrani dan ibnu Asakir yg bermaksud….

Tidak akan tergelincir 2 kaki anak Adam melainkan dia akan ditanya dengan 5 soalan iaitu umurnya ke mana dihabiskan, masa muda bagaimana digunakan, hartanya dari mana diperoleh dan keman pula dibelenjakan serta tentang ilmunya adakah diamalkan??

Wallahua’lam

Salam hormat

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

6 Responses to “Demi Masa”

  1. humbleandmodest says on: 23 March 2009 at 4:30 pm

    aku as student sangat perlukan masa…
    huhuh…

  2. AfzaiAfandi says on: 23 March 2009 at 5:32 pm

    bukan student jer humble :) …aku sbg bapa dan suami pun nak jugak masa..hahahaha

  3. afham says on: 23 March 2009 at 8:42 pm

    yups..jangan kita lena kerana setiap detik meninggalkan kita..

    afham’s last blog post..Personality test that I tried

  4. Abooain says on: 23 March 2009 at 8:44 pm

    Wah, lamanya kao menyepi …… mesti sibuk tu! Terasa sunyi dunia internet tanpa kao…. muahahaha :p

    Abooain’s last blog post..WEB YANG EFEKTIF – TIP ASAS!

  5. AfzaiAfandi says on: 23 March 2009 at 10:03 pm

    Afham : benar tu, setiap detik yg ditinggalkan takkan dapat kita ambil semula

    Abooain : agok2 ah demo… tahun ni memang banyak keje offline..muahahaha

  6. menteil says on: 24 March 2009 at 11:46 pm

    memang aku tak punya masa yang banyak..
    tapi curik2 gak untuk berblog.. haha..

    menteil’s last blog post..Kawin Mude??

Trackbacks/Pingbacks

  1. Top 10 Internet Entrepreneurs Muda « infobisnestanpamodal.co.cc

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress