Al-Fatihah Buat Umat Islam yang Terkorban di Bumi Gaza
Pembaca yang dikasihi,
Sekarang ini, seluruh dunia memperkatan tentang isu di Semenanjung Gaza. Isu yang belum tahu ada jalan penyelesaiannya dan belum tentu bila akan berakhir. Isu ini sudah semestinya menimbulkan kemarahan seluruh umat Islam dunia terhadap Amerika Syarikat dan sekutunya Israel.
Sesuatu yang berlaku itu adalah kehendakNYA dan pastinya setiap yang berlaku ada hikmah yang ALLAH berikan kepada kita. Pada pandangan anda, mengapa ALLAH mengiyakan hal ini berlaku dan belum memberi kemenangan kepada umat Islam di Semenanjung Gaza?? Aku kira persoalan yang cukup kuat untuk kita sama2 renungkan sebagai umat Islam yang masih lagi bernyawa.

Pandangan aku sendiri…… aku merasakan ianya adalah balasan ALLAH kepada umat Islam bukan sahaja di Gaza malahan seluruh dunia. Keingkaran menjalankan apa yang disuruh oleh hukum ALLAH dan tidak pula mempedulikan apa yang dilarang oleh ALLAH. Sosialisme yang menyamai orang2 kafir….. urusan ekonomi yang mengenepikan halal haram dan sebagainya.
Selain itu, apa yang aku rasakan juga….ianya sebagai hukuman kepada umat Islam yang jumlahnya begitu ramai melebihi puak yahudi namun tidak mampu bersatu atas dasar keagamaan. Tibalah masanya aku rasa, pemimpin2 negara Islam bersatu dan menubuhkan pasukan tentera Islam untuk melawan puak Yahudi pada masa depan.
Walaupun pelbagai cara telah digariskan untuk kita merencatkan musuh Islam, namun kita masih lagi tidak mempedulikannya. Sebagai contoh, Boikot Israel dan USA……….sejauh mana kita melaksanakannya??? Tepuk dada tanya diri sendiri.
Kalau tak silap aku, dalam AL-Quran ada mengatakan jika umat islam banyak mengingkari suruhan ALLAH pasti ALLAH akan memberi kemenangan kepada orang kafir.
Bagaimana pula pandangan anda tentang isu ini?? Apakah hikmah disebaliknya dan apakah pula yang boleh kita lakukan untuk mengatasi hal tersebut?? Sebelum mengundur diri, sama-samalah kita sedeqahkan suratul Fatihah buat semua umat Islam di bumi Gaza yang terkorban fisabilillah dan kita doakan juga semoga kemenangan berpihak kepada mereka.
Salam hormat

p.s. Tahniah buat calon PAS atas kemenangan dalam pilihanraya kecil Parlimen K.T’ganu.
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












aku lihat perkara ini lebih kepada membabitkan krisis keagamaan tetapi bukan suatu krisis kemanusiaan.
di kampus, aku belum nampak lagi orang bukan islam menyataan bantahan mereka terhadap pendudukan yahudi di palestin..
atau mungkin aku yang terlepas pandang?
humbleandmodest’s last blog post..apabila ketamadunan manusia moden kembali ke zaman purba
setiap kejadian sudah pasti ada simboliknya jika dinilai dari sisi agama kita, islam. jika semua berfikiran seperti ini maka insya allah negara dalam keadaan aman.
memang benar dalam allah telah berkata bahawa, segala keistimewaan dan kemenangan akan diberi kepada orang kafir dahulu. ini adalah kerana allah ingin melihat sejauh mana kita mampu menilai iman dalam diri. wallahu aklam.
megat’s last blog post..Pengurusan Masa, Demi Kehidupan Yang Lebih Terjamin Dan Stabil
IMHO:
1. Allah boleh menangkan Islam bila2 masa je, tapi takde makna kalau ianya bersifat sementara.. Allah nak kita Islam secara total dulu (ruj: 2/208) maknanya discover kekuatan islam dlm bidang2 lain.. cth: sains, ekonomi, politik, ketenteraan.. without these strength sampai bila2 kita ditindas..
2. Membangun dlm struktur yg tersusun & kukuh.. (ruj: 61/4).. bila dah kuasai semua tu dgn cara Islam (bukan cara lain) automatically dunia akan melihat Islam sbg problem solver & the real leader.. org akan ikut Islam, bukan lg aniaya..
3. Allah bagi clue, kita tak ikut.. Analogy: kalau main treasure hunt, kita jumpa clue, kenalah ikut clue kalau nak menang ye tak? Organiser yg design game tu je yg tahu cara nak menang kan? So apa clue yg kita langgar? Sbb apa kita tak menang? (ruj: 2/120) disitu ada jwpn.. kalau x jumpa jgk, tanya org saudi, egypt & jordan..
budeen’s last blog post..Obama Era Begins
pak arab ketegaq
tak mau bersatu
che-mie’s last blog post..Jalan kaki 24 KM?
Bro Afzan, xleh main “x silap”….Hehe..Kena yakin! xyakin cek balik….
Pak Arab memang..kat Universiti aku…
Salmber je minum air coke,banyak lak tu….bukan nak boikot.. memang ar..
Turut berduka atas apa yang terjaid di Gaza, tetapi saya kurang sepakat jika dikatakan bahwa perang yang terjadi di Palestina adalah dikarenakan hukuman Allah terhadap umat Islam yang tidak mau bersatu. Memang benar, umat Islam saat ini terpecah-pecah bagai buih di lautan, tetapi sesungguhnya apa yang terjadi di Palestina itu sudah terjadi pada masa-masa sebelumnya. Ingat, bahwa sudah sejak masa kenabian Musa as hingga hari ini, bangsa Yahudi berusaha untuk merebut tanah Palestina sebagai tanah yang dijanjikan menurut versi mereka. Ini sudah menjadi skenario Allah bahwa bumi Palestina, bumi para syuhada, tanah kelahiran para nabi, akan mengalami berbagai gelombang hingga akhir zaman hingga akhirnya Palestina akan terbebaskan.
Kita sebagai umat Islam, sudah seharusnya mendukung perjuangan mereka dan berusaha untuk bersatu. Sebab tak ada satu isu pun yang dapat menyatukan umat selain isu Palestina. Wallahua’lam
QS. Yunus : 85-88
QS. Al-fath: 26-27
Evyta SEO’s last blog post..Busby SEO Test Try to Find New Backlink Technique
kalo arab bersatu, takde masalah nie kot..hmmm
aman’s last blog post..BrowserPlus Memperkenalkan Dua Fungsi Baharu
Lama betul aku tak singgah sini.. Yang penting kita perlu bersatu… Jangan pula negara kita plak tergadai.. Bayang2 tu ada nampak..
kata-kata mampu diluahkan.
ia tidak seberat perbuatan.
humbleandmodest’s last blog post..pemisah antara pemerintah dan rakyat jelata
camne leh adun BN Bota ke PKR?
afham’s last blog post..Quality picture using Sony Ericson C702
eish..
isu palestin dan ahli politik di malaysia adalah suatu yang jauh berbeza…
humbleandmodest’s last blog post..pemisah antara pemerintah dan rakyat jelata
alfatihah..
titan’s last blog post..Edisi Siasat – Buat Duit dengan VCC
Aku tak paham dgn pak arab yg ada kat sekitar situ… apa diorang tu pandang tak pakai mata..dengar tak pakai telinga ker.. buat bangunan tinggi2 mcm tak tau hukum.. tapi jiran kena lenyek ngan yahudi laknatullah pun boleh tidur berdengkur..
Eh org islam kat tanah arab tu berapa % yer…?
Nazz’s last blog post..Create Collapsable Read More
telah banyak di perkatakan tentang kekejaman israel di bumi pelastin.. dalam keadan sekarang seolah olah tidak nampak cara bagaimana pelastin mahu di selamatkan tanpa mengharapkan bantuan dari bukan islam… tiada kekuatan utk umat islam bangun menuntut bela.. dari segi ketenteraan kita lemah dari segi agama kita juga lemah..
teringat kisah kisah di zaman kegemilangan islam dulu.. bagaimana panglima islam abu ubaidah al jarrah menewaskan tentera rom.. bagaimana tariq al ziyad menawan andalusia.. dan ramai lagi pejuang hebat yg berjuang keran Allah..
dan apabila islam tidak di amalkan sepenuhnya satu demi satu negara islam jatuh ke tangan musuh.. ini lah balasan yg Allah turunkan kepada umat islam sendiri..
zino’s last blog post..berbeza pendapat….