Pengiklanan Melalui Internet
Pembaca yang budiman,
Kewujudan internet menjadikan pengiklanan melalui kemudahan tersebut menjadi semakin popular. Banyak agensi korporat, syarikat dan ahli perniagaan mengambil kesempatan terhadap internet dan anda dapat lihat iklan pada laman web yang anda kunjungi. Pengguna boleh pergi ke mana-mana enjin carian dan menaip kata kunci yang berkaitan dengan apa yang mereka inginkan dan mereka akan diberikan senarai-senarai
laman web yang sesuai dengan kehendak mereka. Ia sangat menjimatkan kos dan juga masa dalam mengaplikasikan internet dengan tujuan pengiklanan. Apa jua perniagaan yang mempunyai laman web sendiri akan menjadi lebih mudah di mana mereka boleh mengiklankan produk sebagai contoh. Mereka juga dapat berinteraksi dengan bakal pembeli pada bila-bila masa dan menyediakan maklumat mengenai barangan ataupun servis yang ditawarkan. Oleh kerana pengiklanan di internet mudah untuk diakses oleh sesiapa sahaja, kebarangkalian untuk disalahgunakan tetap ada.
Pengiklanan internet ini boleh juga dibahagikan kepada dua, iaitu secara sah dan tidak sah. Pengiklanan sah termasuklah direktori pengiklanan online, enjin carian pengiklanan, dan banyak lagi yang seumpamanya.
Pengiklanan tidak sah pula lebih dikenali sebagai spam. Ia biasanya dilakukan denganmengubah beberapa aturan sistem dengan bantuan aplikasi luaran apabila pop-ups Aplikasi luaran ini pula dikenali sebagai adware ataupun spyware. Kebanyakannya adalah sangat berbahaya, seperti Trojan dan amat sukar untuk dibuang dari sistem.
Dengan percambahan teknologi, kesan-kesan khas digunakan agar pengiklanan menjadi lebih menarik. Warna-warna terang, paparan yang bagus, dan gambar-gambar juga disertakan. Bergantung kepada teknologi yang digunakan untuk merekanya, pengiklanan boleh dikelaskan dalam pelbagai kategori.
Contoh-contoh iklan yang terdapat di internet:
1. Iklan ‘Banner’
2. Iklan ‘Interstitial’
3. Iklan ‘Floating’
4. Iklan ‘Wallpaper’
5. Iklan ‘Polite’
6. Iklan ‘Video’
Pengiklanan melalui internet tidak hanya boleh digunakan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan malah ia juga boleh mempromosikan sesuatu mengenai pembelajaran dan kemasyarakatan.
Salam hormat














Salam bro..
Pada aku, ia penting utk promosi produk kita.. Apa pun tanpa promosi pengiklanan tak da makna la…
Betul x?
ijamidayu’s last blog post..Bonus Hujung Tahun
hehe. tanpa promosi. produk takkan terjual.
titan’s last blog post..Gambar Panas dan Cek Adsense
betul tu ijamidayu…xda promosi xda orang tau produk kita..
Seumpama kedai runcit le kalau barang dah ada, penjual dah ada tetapi pembeli tak ada sebab tak ada promosi tentu tak berbaloi dan rugi, sebab orang pun tak tahu kewujudan kedai tu.
Abooain’s last blog post..6 ASAS BISNES ONLINE – SIRI NEWBIE 2
Jadiknya buat promosi gila2., pastinya pulangan pun masyuk..
KampungBoy’s last blog post..Umah Baru KampungBoy…..
buat laa promosi yang berterusan selagi termampu… kalo ada bajet banyak lagi bagus laa untuk buat promosi giler2 sakan…
abdfatah’s last blog post..Usahawan Cendawan Berjaya
mcm mn nak buat iklan floating tu?hahaa…whats program can make it?
farahaznil’s last blog post..Contest 5 : Buat duit dengan Join contest Encik Titan di Earncent.com
iklan floating tu macam mana???
Banyak jugak jenis2 iklan ni. Aku pun tak tau apa nama2 jenis iklan macam Polite & Interstitial
Maizul’s last blog post..Review : Panduan Menjual Produk Fizikal
Sebab tu kedai kek NRYummies makin masyuk..
Dengan kehandalan bro AA mempromosikannya..
zool’s last blog post..Harakiri, kaedah menyelesaikan masalah cara Jepun
iklan floating tu iklan yg tiba2 muncul kat blog kita lah kan??
farahaznil’s last blog post..Contest 5 : Buat duit dengan Join contest Encik Titan di Earncent.com
isk kalau banyak sangat iklan kompem aku jarang view blog tuh….
serabut…
humbleandmodest’s last blog post..aku mahu terbang
kena pndi susun la..hi hi hi
farahaznil’s last blog post..Contest 5 : Buat duit dengan Join contest Encik Titan di Earncent.com
susun cantik pon kalau loading berat aku terus close..
hahaha!!
Kadang2 aku melakukan sedikit spam melalui emel tetapi kelihatan tidak spam. Kerana maklumat yg aku berikan berkualiti aku rasa. Hanya post kepada sorang kaki forward. Dan yang lain akan terus diforward dan forward.
humbleandmodest – ahakz..titan pun byk gak iklan dia..tp ok je..tak silap aku..yg lmbt tu..psl theme dia mmg lembab atau hostng dia..haha
Jimmy MRR2 – stail ko spam ni byk kena kat YM..nyampah tul aku..hehehe..
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
nevermind…
yg penting barangan pertama aku iklankan kt internet – tiket genting outdoor..
hahahah!!!
tang iklan yang xsah tu yang xberapa gemar tu…
kalau boleh tolong huraikan secara terperinci cara-cara pengikalan tersebut.
putra’s last blog post..Tanpa jual apa-apa barang, tanpa maintain, modal RM50 sekali je! dapat airtime untuk buat panggilan telefon