Home » Motivasi, Pendapatan

Internet Jadikan Ia Sumber Pendapatan

Written By: AfzaiAfandi on December 1, 2008 64 Comments

Pembaca yang dihormati,

I

nternet, kewujuduannya bermula pada ahun 1969. Setiap tahun, kemajuan terhadap teknologi ini semakin berkembang dengan kadar yang amat memberangsangkan. Hari ini, internet ini telah menjadi suatu keperluan. Dari pemimpin-pemimpin kerajaan sehingga kepada rakyat biasa. Mereka akan mengunakan teknologi internet ini setiap hari. Pelbagai bahan yang boleh diperoleh daripada internet. Berpandukan enjin carian seperti ‘Google’, ‘Yahoo’ dan sebagainya, manusia sudah boleh mendapatkan segala ilmu yang ingin dipelajari. Daripada ilmu mengenai cara-cara menggunakan internet sehingga ilmu bagaimana untuk mengeksploitasi internet. Segalanya ada tersedia di internet. Ia seperti suatu jaringan maya tanpa batasan yang mampu diakses sesiapa dan di mana sahaja.

internet.jpgJangan tidak percaya sekiranya melalui internet, kita boleh menjana pendapatan walaupun hanya beberapa sen. Pendapatan ini pula boleh meningkat sehingga beribu-ribu ringgit dengan mengikuti kaedah-kaedah tertentu. Harus diingat kesenangan tidak akan datang tanpa usaha keras. Lihat sahaja syarikat gergasi ‘Google’. Dengan menjadikan internet sebagai medium carian sejagat, mereka dapat menjana pendapatan berjuta-juta dolar. Begitu juga syarikat-syarikat lain yang menyediakan perkhidmatan melalui internet. Lihat kuasa sebenar internet. Tidak hanya memberikan ilmu pengetahuan bahkan mampu menjana kewangan.

Berniaga melalui internet juga dapat menjimatkan kos yang terpaksa ditampung bagi memasarkan sesuatu produk. Diberi contoh. Anda terpaksa menghabiskan wang untuk mengisi minyak bagi setiap perjalanan anda bagi memasarkan produk. Sekiranya produk anda dipasarkan diinternet, tidak mustahil produk anda itu boleh popular di seluruh dunia. Ingati bahawa internet boleh diakses oleh seluruh penduduk di dunia. Perniagaan internet ini juga memerlukan kekuatan seperti perniagaan-perniagaan tradisional lain. Tiada perniagaan tanpa risiko. Jadi anda perlu berani menanggung sebarang risiko yang berkemungkinan berlaku selain faktor sambungan internet kurang memuaskan.

Jadi, untuk memperoleh pendapatan internet sekurang-kurangnya anda perlu memiliki blog sendiri. Tidak mudah. Kini terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan blog secara percuma. Blog yang dibangunkan itu pula mesti mempunyai ramai pelawat. Jika tidak peluang untuk anda menjana pendapatan melalui internet adalah sukar. Kita boleh beranggapan bahawa pelawat itu adalah pelanggan kita. Tanpa pelawat bermakna kita tiada pelanggan. Jika tiada pelanggan maka perniagaan tidak berjalan. Benar bukan?

Seperti yang sedia maklum, internet adalah satu jaringan yang sangat luas. Jadi, anda pelu menjadikan ‘link’ pada blog anda begitu mantap. Link yang mantap merupakan link yang mempunyai kaitan dengan blog anda. Link juga mampu meningkatkan ranking dalam enjin carian. Salah satu cara untuk mendapatkan ranking yang tinggi adalah dengan mengumpul link ke blog anda daripada blog-blog yang bagus dengan pautan link yang bagus dalam jumlah yang banyak. Lebih banyak link yang berkualiti, ranking blog anda dalam enjin carian berkaitan link yang mantap akan semakin meningkat dan dapat menarik lebih ramai pengunjung daripada enjin carian.

Kaedah seterusnya bagi mendapatkan lebih ramai pengunjung adalah dengan meletakkan tajuk yang paling mantap bagi menarik pengunjung ke blog anda. Selain itu, jangan sesekali anda melakukan spam terhadap pengguna blog yang lain. Kadangkala kita semua terlalu taksub untuk meraih jumlah link yang banyak dan secara tidak diduga kita akan ter-spam. Kemungkinan ini kerap kali berlaku pada mereka yang masih baru dalam bidang blog ini.

Eratkan hubungan anda dan blogger lain. Kaedah ini adalah amat penting. Caranya amat mudah sekali. Setiap post yang mereka paparkan di blog mereka anda boleh meletakkan review di sana ataupun dengan kata lain memberikan komen-komen yang membina atau juga dengan menambah isi-isi bagi post mereka. Ingat, tiada manusia yang selengkapnya. Jadi bermungkinan dengan menambah isi-isi pada post mereka dapat menjadikan diri anda dihargai.

Sebenarnya ada banyak lagi kaedah yang membolehkan anda menjana pendapatan melalui internet. Namun di sini perlu diambil perhatian bahawa setiap teknik yang diterangkan ini bergantung kepada keadaan semasa dan juga pelbagai aspek lain. Kadangkala pembaca terlalu taksub dengan kaedah yang diberikan tanpa memikirkan langkah seterusnya. Diharap teknik ini sedikit sebanyak memberikan anda inspirasi yang berguna.

Salam hormat

humbleandmodest

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

64 Responses to “Internet Jadikan Ia Sumber Pendapatan”

  1. humbleandmodest says on: 27 December 2008 at 12:03 am

    kan senang kalau ko kata paham…
    haha…
    lama sudah aku tinggalkan bm…
    terlebih didedahkan dengan bahasa asing.

    humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda

  2. farahaznil says on: 27 December 2008 at 12:07 am

    hohhoo..kata2 mu lebih kepada politik..ekekekeke

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  3. humbleandmodest says on: 27 December 2008 at 12:10 am

    maaf..
    jangan kaitkan politik dgn diri aku…
    haha!

    humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda

  4. farahaznil says on: 27 December 2008 at 12:13 am

    aku tak ckp ko org kuat politik..cuma katakan yg ayat ko mcm org politik tu ckp..muahaahahaha

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  5. humbleandmodest says on: 27 December 2008 at 12:16 am

    apa persamaannya?
    haha…
    seperti ko?
    no comment~
    hehe~

    humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda

  6. farahaznil says on: 27 December 2008 at 12:20 am

    yup..no coment?ekekekeke…

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  7. humbleandmodest says on: 27 December 2008 at 12:24 am

    {
    var{09}
    {error}
    filetype: unknown
    message: no comment
    }

    humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda

  8. farahaznil says on: 27 December 2008 at 12:26 am

    apa benda ko nak cuba smpikan nih?

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  9. humbleandmodest says on: 27 December 2008 at 12:31 am

    jawapan yg datang nya dari manusia2 seperti menteri2 dan artis2 ataupun bg mereka yg gila glamour…
    no coment~
    haha!

    humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda

  10. farahaznil says on: 27 December 2008 at 12:33 am

    ai…ulang balik apa yg aku ckp nmpk..hohhoo

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  11. humbleandmodest says on: 27 December 2008 at 12:39 am

    bukan mengulang…
    ia seperti analogi terhadap sesuatu yang pernah kau nyatakan..
    hehe~

    humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda

  12. farahaznil says on: 31 December 2008 at 11:21 pm

    kau ni..analogi la..antalogi la..komsas je ko tak mskan..hohho…

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  13. humbleandmodest says on: 31 December 2008 at 11:36 pm

    aku hanya mampu memberikan analogi sahaja.
    suka membuatkan semua orang berfikir…

    humbleandmodest’s last blog post..transformasi minda – 2008 kepada 2009

  14. farahaznil says on: 1 January 2009 at 12:14 am

    byk la ko..ak dah pening suda..hehe

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress