Home » Perkongsian Maklumat, Semasa

Lagi Umat Islam Dipersendakan

Written By: AfzaiAfandi on November 23, 2008 22 Comments

Pembaca yang dihormati,

S

ejak akhir2 ini, seringkali kita mendengar tentang campuran bahan2 yang tidak halal ke dalam makanan yang diberi label halal. Sebelum ini pun, kita dihangatkan tentang isu melamin. Jika diamati, semua itu seolah-olah mempersendakan agama Islam. Tidak cukup dengan suntikan budaya kuning… umat Islam hari ini diserang pula dengan bahan2 haram ke dalam makanan.

image002.gif

Gambar disebelah menunjukkan produk Narcissus keluaran dari negara Cina. Antara produk keluarannya ialah Canned Meat, Canned Seafood, Canned Fruits,Canned Vegetables dan Seasonings. Aku rasa ngko orang pun pernah melihat produk2 ini di Giant, Tesco, Carrefour atau mana2 mini market. Produk yang diberi tanda HALAL ini sebenarnya mengandungi Extract Khinzir ataupun dalam bahasa yang lebih sedap….Extract Babi.

Hampeh…. aku pernah terbeli “cendawan butang” keluaran gampang ni. Dan aku rasa anda pun mungkin pernah membeli Laici dalam tin tu…Entah berapa kilo dah benda tu masuk ke dalam badan kita….

Patutlah budak2 dan remaja hari ini begitu liat untuk mengerjakan kebaikan.

Susulan itu, pihak JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.  Untuk kepastian sila ke laman JAKIM

PESANAN : Untuk selamat belilah produk keluaran Bumiputera Rockers. Harap dapat dihebohkan dan boikot this product.

Salam hormat.

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

22 Responses to “Lagi Umat Islam Dipersendakan”

  1. Richie says on: 23 November 2008 at 6:31 pm

    bahaya dan sgt2 bahaya.. dulu pernah tala laici tu!! hampeh

    Richie’s last blog post..Kehidupan Sosial Seorang Anak Menteri

  2. AfzaiAfandi says on: 23 November 2008 at 6:54 pm

    memang hampeh.. begitu mudah kita dipersendakan.

  3. afham says on: 23 November 2008 at 9:06 pm

    yang lepas biar lepas..selepas ini kena lebih berhati2.. :)

    afham’s last blog post..Self Update – X Ray

  4. mazuki selangor2u dot com says on: 23 November 2008 at 11:09 pm

    dah subcribe jgk kat blog nie…nice info…aku rase aku pon pernah makan cendawan butang nie…

  5. AfzaiAfandi says on: 23 November 2008 at 11:43 pm

    Afham : Itu yg sebaiknya.

    Mazuki : terima kasih. Dah termakan apa nak buat. Coz kita sbg pengguna meletak kepercayaan kepada logo HALAL.

  6. |rShah|r says on: 23 November 2008 at 11:56 pm

    Kat Tempat aku belajar tu…ramai budak perempuan dok minum air laici…skit2 laici2….skit2 laici….

  7. AfzaiAfandi says on: 24 November 2008 at 12:03 am

    |rShah|r : maybe lepas ni ko kena pastikan bukan laici jenama keluaran Narcissus

  8. nuaeman says on: 24 November 2008 at 8:48 am

    Dulu selalu beli produk laiche tuh.. entah berapa banyak dah aku telan erk..!

    nuaeman’s last blog post..Bagaimana buat duit dengan Ciao.com

  9. megat says on: 24 November 2008 at 5:11 pm

    patutlah badan kita semakin mudah mendapat penyakit. ini semua disebabkan pemakanan yang datang dari sumber yang tidak boleh dipercayai.

    sekarang ni apa fungsi kerajaan tentang perkara ini!?

    megat’s last blog post..Selamat Pengantin Baru, Bertambah Ahli Keluarga

  10. Abooain says on: 24 November 2008 at 5:56 pm

    Yup, memang perkara ini dah lama CAP dedahkan malah anda mungkin boleh rujuk buku keluaran CAP iaitu “Halal Haram” yang menceritakan bahan-bahan dalam sumber makanan kita hari ini.

    Ramai yang mendebat dengan hujah ‘tidak perlu usul’ dalam soal ini tetapi mereka lupa bahawa kita wajib tahu adakah sumber pemakanan kita seharian benar-benar halal kerana kebanyakan sumber makanan kita dibekalkan oleh bukan Islam. Mereka ini sudah tentu tidak mengetahui syariah permakanan dalam Islam!

    Makan dan minum dari sumber halal adalah wajib!

    Syarikat Nestle pernah menarik balik salah satu produk beliau di Israel kerana tidak memenuhi Syariah Halal Halam dalam pemakanan Yahudi (terdapat sumber makanan yang diharamkan oleh agama Yahudi). Lihat betapa hormatnya mereka terhadap syariah pemakanan Yahudi dan betapa patuh Yahudi terhadap sumber pemakanan mereka. Kita? Hanya sekadar melepaskan batuk di tangga jee.

    Sebenarnya CAP dah lama menerangkan tentang sumber pemakanan kita yang mungkin halal, haram atau syubhah dalam permakanan seharian kita tetapi kekadang ramai yang mencemuh CAP di atas ke’cerewet’an tersebut lantaran berlawanan dengan nafsu serakah kita malah tidak kurang juga tentangan dan cemuhan dari golongan yang bergelar ‘ustaz/zah’ – ini adalah hasil dari pengalaman saya sendiri.

    “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka nerakalah tempatnya” – Hadis

    Sebab itu Umat Islam pada hari ini dilihat sebagai semakin lalai dengan perintah Allah s.w.t kerana hati mereka telah digelapkan oleh sumber makanan dan minuman yang haram hasil dari konspirasi “DUNIA LUAR” dan kealpaan “DUNIA ISLAM” kerana orang barat mengkaji -hadis-hadis nabi mengenai hati dan kelemahannya! Mereka tahu hati Umat Islam jika dapat digelapkan maka mudah bagi mereka untuk mengawal dan mencucuk hidung Umat Islam!

    Makanan dan minuman merupakan salah satu sumber utama yang sebati dengan darah daging kita malah mewarisi keturunan kita kelak.

    “Maka sesiapa yang takutkan perkara syubhah maka dia telah memelihara agamanya, dan sesiapa yang terjerumus kepada perkara syubhah maka terjatuh ia dalam haram …..” – Hadis

    Abooain’s last blog post..RAHSIA TOP AFFILIATE!

  11. AfzaiAfandi says on: 24 November 2008 at 6:19 pm

    Nuaeman : apa nak buat…. bukan disengajakan. Istighfar jer banyak2… aku pun sama.

    Megat : Aku pun tak berapa nampak sejauh mana keseriusan pihak berwajib dalam menangani isu ini. benda2 cam gini sepatutnya perlu diwar2kan secara serius kepada seluruh umat Islam di negara kita khususnya.

    Aku takut semua produk keluaran bukan bumi… hanya dipantau pada hari pertama untuk dinilai halal/haram dan selepas tu akan bertindak jika ada report.

    Abooain : Lama menyepi..bz ngan projeks ekkk… mantap komen demo. Tu dah boleh diletakkan sebagai penguat hujah untuk entri kawe tu :)

  12. emme says on: 24 November 2008 at 10:23 pm

    Subhannallaah! sebagai pengguna dan blogger Islam, apa lagi yg kita boleh buat supaya rakyat sedar tentang perkara ni…?

    Ni belum masuk gula2, coklat, dan makanan ringan yang dimakan oleh anak2, adik2, dan anak buah kita…

  13. abdfatah says on: 25 November 2008 at 12:30 am

    isu nih takkan kehabisan sampai bila-bila… cuma kita kena hambik perhatian yang lebih serius. seserius CAP yang begitu bertungkus lumus mengenai hak pengguna pulau pinang… dh lama tak order suratkabau cap nih… ada online tak CAP punya suratkabau haaa…?

  14. ezad says on: 25 November 2008 at 12:26 pm

    Ha kita dah nmpakkan hasil dari pemakanan xsihat ni kan, bnyak remaja rosak..haha, knape si bodoh2 atas nih pejam kan mata ek bang?

  15. AfzaiAfandi says on: 25 November 2008 at 1:21 pm

    Emme : boleh diwarkan2 kat blog emme pulak…

    Fatah : Siapa kita yang ngko maksudkan bro?? Sejauh mana kalau orang2 serupa kita mampu menyebarkan tentang perkara ini.

    Ezad : Itu bukan sahaja makanan, tapi banyak perkara2 lain yang merosakkkan mereka.

    Mereka pejamkan mata, sbb hati dah buta kot :)

  16. titan says on: 28 November 2008 at 1:02 am

    bende pertama yg aku tengok kat kedai. tanda halal. kedai depan rumah aku. siap bagitau aku lagi. yang mana halal dan yg mana tak halal..maklumlah..dia asyik pelik je tengok aku belek tin-tin kat kedai dia lama-lama. hehe..

    titan’s last blog post..Pay Per Lead Terbaru – Downline Builder Direct

  17. Rizal says on: 28 November 2008 at 10:09 pm

    huhu… takkan ler laici tu pun bersangkutan…huhu… ingredient dia water, sugar, lychee…huhu… tidakkk!!!..wekkk

    Rizal’s last blog post..Sawan dan MMORPG

  18. AfzaiAfandi says on: 29 November 2008 at 10:30 am

    Tu la pasal Rizal… senang2 jer kita ditipu. Ingatkan dalam air laici tu takderlah dia letak benda haram tu…

    lepas ni kalau nak minum laici kat restoran..kena hati2 :)

  19. farahaznil says on: 2 December 2008 at 10:15 pm

    uish..air laici..sdap tuh…huhhuu…weh..sdap dol…haizzz…apa la cina ni..dlm tu pun nak letak nyer natang haram tu…mmg nak ayakan umat islam betul la dorang ni..ah apa yg tak puas hati pun aku tak tahu la..huhhuu

    farahaznil’s last blog post..Aku menang contest lagi.

  20. humbleandmodest says on: 7 December 2008 at 12:49 am

    sebenarnya ada banyak lagi cara org islam ditipu…
    cuma tak disebarkan media je…

    humbleandmodest’s last blog post..Tajuk: 2 Jam

  21. farahaznil says on: 11 December 2008 at 3:02 pm

    hohhoo..media tidak adil..hehe..xdela..sepatutnya dorang kena sebarkan benda ni kat khalayak rmi..huhhu

    farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..

  22. humbleandmodest says on: 12 December 2008 at 12:05 am

    menjaga sensitiviti….

Trackbacks/Pingbacks

  1. Bonus Hujung Tahun : First Step Full Earn

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress