Home » Semasa

Harga Diesel Turun Lagi

Written By: AfzaiAfandi on November 18, 2008 4 Comments

Salam buat semuanya,

M ulai hari ini, kita semua akan menikmati kadar harga diesel yang baru. Jika tak silap aku ini merupakan penurunan kali ke-5. Bermula pada bulan Jun, kita dikejutkan dan sekaligus tersentak dengan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen. Kenaikan tertinggi selama aku menyedut udara di Malaysia ini.

Penurunan sebelum ini dibuat pada 23 Ogos, 24 September ,15 Oktober dan 1 November. Terima kasih aku ucapkan kepada kerajaan kerana menyedari tentang bebanan yang terpaksa ditanggung oleh orang kebanyakkan seperti aku dan bukan seperti ngkau. Walaupun masih masih mahal, namun aku kira ini lebih baik berbanding 5 bulan yang lalu.

So, bersyukurlah kerana hari ini kita mengisi tangki kenderaan kita dengan harga RM2.00 seliter….cuma harga barang aje yang belum turun2. Kata orang, satu jer yang tak naik2….HUJAN.

salam hormat

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

4 Responses to “Harga Diesel Turun Lagi”

  1. titan says on: 20 November 2008 at 4:48 am

    sekurang-kurangnya, benda nih turun…

    titan’s last blog post..Edisi Siasat: Buat Duit dengan Daytipper

  2. AfzaiAfandi says on: 20 November 2008 at 8:47 am

    Selepas beras, harap barang2 keperluan lain pun turut turun. Yang peliknya bila naik cepat ajer tindakannya tapi…bila turun cam liat jer :)

  3. abdfatah says on: 25 November 2008 at 12:32 am

    apa maknanya kalo minyak turun namun harga barangan runcit masih berada di takuk lama atau mungkin barangan runcit tetap naik dengan senyap2 tanpa kita sedar… esok lusa naik harga lagi… duk tak lama naik lagi sikit demi sikit… harga tetap naik tanpa sedar…

  4. farahaznil says on: 2 December 2008 at 2:21 pm

    tu satu fatah..masalahnya mcm mak aku ni..nama je minyak dah turun..tp bila mak aku isi minyak balik..mcm sama je weh…sama je meter minyak keta tu…mcm tak terasa plak minyak dah turun harga dia..mksd aku sama la..faham tak apa aku ckp ni?

    farahaznil’s last blog post..Aku menang contest lagi.

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress