Burung Helang dan Perniagaan Internet Kita
Salam Sejahtera,
Sebagaimana yang kita maklum, burung helang ialah seekor burung yang suka terbang tinggi, berani dan suka akan cabaran.Ketika angin kuat dan ribut melanda, burung2 lain akan terbang mencari tempat berlindung tetapi tidak bagi sang helang kerana itulah masanya mencuba sesuatu yang menarik dan menguji kekuatan angin untuk terbang lebih tinggi ke angkasa.

Mengapakah helang bersifat demikian?? Tentunya inilah sifat juara sebenar. Apakah kita memiliki sifat seperti sang helang dalam menjalankan perniagaan internet kita? Sang Juara seperti Irfan Khairi, Alang, SaifulSham dan juga FlareBiz biasanya melihat peluang di sebalik kesusahan. Contoh terdekat adalah pelancaran NiagaKit oleh Labanon, walaupun produknya agak mahal namun kemudahan sistem kedai online itu menawan bakal usahawan. Jika orang lain lari ketika keadaan keadaan mencabar (krisis ekonomi) sebaliknya sang juara akan menempuhnya dengan berani.
Helang memang terkenal dengan cara yang keras dan kasar dalam melatih anak2nya terbang. Agaknya dek kerana sifat juara. Juara melahirkan juara. Maka dengan itulah helang melatih anak2nya terbang dengan penuh disiplin. Dalam dunia perniagaan internet pula, kita seharusnya mengikut apa yang disuruh dan ditunjuk ajar oleh mentor kita. Kerana semua kata2 tersebut lahir dari pengalaman kejayaan mereka.
Kesimpulannya, untuk berjaya kita perlu berani keluar dari zon selesa menuju zon mencabar. Jangan takut untuk menempuh cabaran baru. Biar susah dahulu seperti helang yang bekerja keras mengibas2 sayapnya untuk terbang tinggi, kerana kesusahan itu akan meningkatkan kematangan, keberanian dan kemahiran kita.
Akhir kata untuk menghadapi cabaran kita perlu ada visi, keupayaan, fokus dan BERANI.
Salam hormat















betul tu..kiter mesti bersikap seperti helang…bersusah payan untuk berjaya…
chuckiesd’s last blog post..Suka tak Berjogging?
chuckied : mengibas2 sayapnya pada peringkat permulaan untuk terbang tinggi kemudian melepaskan sayapnya setelah berjaya melawan angin
setuju. aku sedang belajar terbang utk menjadi spt helang.
yg paling penting mata helang yg cekap dan tepat!
megat’s last blog post..Antara Percaturan Hidup Dan Masa Depan Yang Diimpikan
apa yg penting,jgn takut utk terbang tinggi
ehm. helang? ehm..
titan’s last blog post..I Got 5th Payment From TNX
Titan…Napa ngko senyum ngan helang
afzai..mmg mendalam maksud kata-kata ko tu…
chuckiesd’s last blog post..Suka tak Berjogging?
yup, kena berani menempuh cabaran..
aman’s last blog post..BrowserPlus Memperkenalkan Dua Fungsi Baharu
Berani,. Satu kekuatan yang masih belum cukup pada diri ini..
Semoga aku akan terus berani menongkah arus kehidupan yang kian mencabar
zool’s last blog post..Pasang grill rumah
chuckiesd : membaca dan memahami adalah 2 perkara yang penting
dalam kita memahami maksud tersirat dan tersurat pada setiap ayat.
aman: bak kata pepatah “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”
zool: insyaallah suatu masa nanti sifat berani akan menebal dalam diri ko
Biasanya bila kita menguasai ilmu dalam sesuatu bidang, maka secara automatik kita akan berani
sy mengambarkan helang adalah antara burung yang paling
hebat,manakan tidak sehingga US sendiri mengambil simbol
helang ini sebagai simbol mereka..huhu, rasanya sy masih baru
nak tumbuh sayap nih..hehe
saya pun baru nak tumbuh sayap jugak rasanya
yea kena berani berdepan dengan pelbagai cabaran dan cobaan serta ujian yang mendatang melandaaaa… jangan mengaku kalah selagi tidak berjaya dengan jayanya…
fakta yg perlu tau..
burung helang jadik asas kpd trcipta nyer sayap airbus..
haha!!
aku nk jual burung helang putih 3000 ringgit berni call aku o12-7585543 wan