Home » Peribadi, Sosial

Sumbangan Ikhlas Untuk Blogger Megat.Net

Written By: AfzaiAfandi on November 8, 2008 2 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh..,

Kesempatan ini, aku merasakan Rahmat yang melimpah ruah yang Allah turunkan kepada semua hamba-hambanya yang sentiasa disayanginya, dengan kesedaran yang tinggi aku mahu kau baca sedikit coretan pada seorang blogger yang beralamat URL Megat.Net.

Mungkin sesetengah daripada anda pernah mengenali beliau didalam online tetapi tidak pernah lagi bersua muka secara offline, seperti yang semua tahu segala coretan-coretan penulisan entri Megat melihatkan jiwanya mengenai Minda, Emosi dan Moral dan sedikit sebanyak memang pernah terjadi kepada kita semua tetapi kali ini entri yang dipaparkan agak emosional tentang penyakit misteri yang dialaminya selama ini, kenapa ini terjadi? siapa yang mempunyai hati jahat dizaman yang berteknologi ini? Itu aku tidak pasti tapi yang pastinya jika benar ini adalah buatan manusia yang tidak berhati perut, Aku doakan semoga dia sedar dan kembali ke jalan Allah dan semoga ALLAH menerima taubatnya.

Sepertimana didalam blognya tertulis adalah tidak sama seperti mana yang kamu lihat, “Berat mata memandang Berat Lagi bahu yang Memikul”, aku yang sering datang melawatnya sebagai adik angkat dan bisnes partner amatlah berasa susah hati apabila melihatnya, tetapi Megat sentiasa menerima tetamu dan tidak kering gusi untuk ajak berbual dalam masa yang sama menahan sakit tanpa mahu memberitahu akan kesakitannya demi menjaga hati tetamu, Ibarat menahan sakit gigi dalam masa yang sama buat kerja lain, tapi yang lebih mengetahui tuan badan sendiri.

Tambahan dengan sakitnya itu, kini hanya mampu menjadi blogger sepenuh masa dan untuk mencari kerja lain dalam keadaan begitu amatlah sukar ibarat “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, begitulah perumpamaan yang dapat aku gambarkan pada anda semua.

Dengan rasa rendah diri aku memohon kepada sesiapa Blogger-blogger atau pembaca yang merasa simpati dapatlah kiranya memberi sedikit sumbangan kepada beliau seberapa yang mampu semoga segala jasa baik Tuan dan Puan akan dibalas oleh ALLAH dengan berlipat ganda hendaknya..InsyAllah.

Kepada yang ingin memberi sumbangan bolehlah merujuk No.Acc bank Megat seperti yang tertera dibawah ini :-

CIMB ACC : 0123 0015 4575 21 (FAISAL AMIRUL OTHMAN)

EMAIL : megatdotnet@gmail.com

HP NO : 012-7764422

(Kepada yang menderma sumbangan silalah hantarkan email anda serta Nama dan No.Telefon serta Jumlah wang sumbangan sebagai rujukan kepada megat, semoga kalian selalu berada dalam keRedhaan Allah)

Salam hormat

P.S. Entri di atas adalah sumbangan sahabat online kita iaitu saudara EzadBlog

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

2 Responses to “Sumbangan Ikhlas Untuk Blogger Megat.Net”

  1. titan says on: 11 November 2008 at 1:08 am

    afzai, jadi megat tak bekerja la nih? aku kompius nih..

    titan’s last blog post..I Got 5th Payment From TNX

  2. AfzaiAfandi says on: 11 November 2008 at 1:18 am

    Titan…itu aku tak berapa pasti. Setakat yang aku tahu dia bekerja.
    Mungkin bantuan ini untuk meawat kos2 perubatan dia.

    Mungkin Megat boleh jawab persoalan Titan..di sini.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Terharu, Rakan-rakan Blog Dan Pembaca Yang Prihatin | MEGAT
  2. Sumbangan anda sangat diperlukan.. | Mr Am's SySteM
  3. Mari bantu Megat.net : : SangPelangi

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress