Home » Motivasi, Perkongsian Maklumat, Perniagaan

Punca Kegagalan Kita Berbisnes – Siri Dua

Written By: AfzaiAfandi on November 5, 2008 6 Comments

Pembaca yang budiman,

Uuntuk siri kedua ini, saya akan berkongsi madu tiga lagi punca yang menyebabkan norman hakim dan abby abadi kegagalan kita berbisnes. Melalui siri satu kita telah mengenal pasti 3 punca utama kegagalan. Walaupun pada hakikatnya kegagalan perlu sebelum berjaya tetapi janganlah kegagalan sering menghantui kita.

4. Tidak mengikut trend pasaran

Kebiasaannya kita bergantung kepada satu/dua produk yang laris pada masa sekarang tetapi tidak mempunyai produk untuk masa depan. Apa yang kita perlu ingat, setiap produk pasti akan ada peningkatan permintaan dan kemudian merosot apabila trend berubah.

Mengikut satu buku yang berjudul “Baby Boomers” pada era sekarang produk yang meletup adalah produk yang berkaitan dengan kecantikan dan kesihatan. Produk sebegini bukan sahaja menghasilkan “repeat use” malah mengikut trend pasaran.

kesimpulan : perlu melihat kepada trend permintaan pasaran.

5. Akaun yang tidak teratur

Kawalan akaun sememangnya penting untuk mengetahui perjalanan keluar masuk wang bisnes kita. Kos bahan, kos pekerja, kos pengiklanan dan bermacam2 lagi perlu dicatat sebagai pendisiplinan kita dalam berbisnes. Secara tidak langsung, kita tahu berapakah jumlah yang perlu ada di dalam akaun agar kita tidak merungut kehabisan modal.

Kita sering kalah apabila bisnes yang kita lakukan kehabisan modal untuk menampung permintaan baru.

6. Kelemahan Pemasaran dan Kelemahan Diri sendiri

Inilah juga kelemahan diri saya sendiri kerana kurang konsisten dalam melakukan pemasaran dan memotivasikan diri sendiri. Kita sering mengaku kalah dan fobia untuk melakukan yang terbaik untuk bisnes kita sendiri.

“Don’t pre judge” sebelum kita melaksanakan sesuatu yang perlu kita laksanakan.

Perjalanan bisnes kita masih panjang, jadi pemasaran produk kita perlu diperluaskan agar bisnes kita terus kekal memberi pendapatan kepada kita.

Semoga korang sudi berkongsi pandangan untuk kebaikan bersama.

Salam hormat

 

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

6 Responses to “Punca Kegagalan Kita Berbisnes – Siri Dua”

  1. megat says on: 6 November 2008 at 1:18 pm

    ini mwrupakan perkara asas dalam melibatkan diri dalam perniagaan. memandangkan dunia kini bakal melahirkan lebih ramai usahawan dari internet, mereka patut bersedia dengan semua perkara yang paling asas jika hendak maju.

    terutama sekali, disiplin!

    megat’s last blog post..Semakin Sukar Menjalani Kehidupan Seharian, Semakin Perit!

  2. aman says on: 6 November 2008 at 6:54 pm

    insyaallah, jika ini semua dapat diatasi oleh seorang usahawan, mereka akan maju.. :)

    aman’s last blog post..Google Menarik Diri Daripada Perjanjian Yahoo!

  3. AfzaiAfandi says on: 6 November 2008 at 9:36 pm

    Megat :kata orang berjaya…nak memulakan sesuatu bisnes tidak sesukar untuk mengekalkan
    bisnes tersebut sampai bila2

  4. AfzaiAfandi says on: 6 November 2008 at 9:40 pm

    maju dan terus maju. Sama2lah kita ke arah tersebut :)

  5. Mohd Hafifi says on: 6 November 2008 at 10:42 pm

    aku mmg lemah dari segi pemasaran..maseh byk kena blja

    Mohd Hafifi’s last blog post..Bagaimana Memikat Hati Perempuan?

  6. AfzaiAfandi says on: 6 November 2008 at 11:08 pm

    menyedari kelemahan dan berusaha untuk belajar agar dapat memperbaiki kelemahan adalah satu cara baik berbanding berlagak pandai “bodoh sombong” :)

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress