Home » Motivasi, Perkongsian Maklumat, Perniagaan

Punca Kegagalan Kita Berbisnes – Siri Satu

Written By: AfzaiAfandi on November 3, 2008 6 Comments

Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan-NYA,

H

ari ini kita telah melangkah ke bulan November dan ini bermakna tinggal lagi satu bulan sahaja untuk kita menempuh pula tahun 2009, tahun yang dijangka lebih mencabar dan juga diramal berlakunya kegawatan ekonomi . Kebiasaannya, pada bulan ini dan bulan Disember, kepada yang berbisnes….. inilah masanya untuk menilai keseluruhan perjalanan bisnes yang dijalankan.

Jika untung bermakna berjayalah bisnes yang kita jalankan dan jika rugi sudah tentu bedah siasat menyeluruh perlu dilakukan agar kerugian akan bertukar menjadi keuntungan. Antara kegagalan yang selalu dilakukan oleh kita adalah:

1. Kurang mantop mental dan fizikal

Inilah masalah yang sering ada dalam diri kita. Tiada hala tuju dan menjalankan bisnes, tiada matlamat, turn over dan juga pelan pemasaran. Inilah perkara pokok yang penting untuk kita laksankan jika kita tidak mahu kecundang. Aku akui akan hal ini dan aku akan cuba perbaiki untuk menjadi mantop.

Hala tuju kita perlu diterjemahkan dan jangan sesekali biarkan hala tuju itu merewang2 di dalam benak fikiran ita. Jawapan standard yang ada pada orang yang tidak punyai hala tuju yang mantap ” untung sikit jer baru”, “rugi lagi”, “adalah sikit2 untungnya”.

2. Salah membelanjakan keuntungan

Satu lagi penyakit kita yang perlu dibasmi agar tidak menjadi nanah. Pada awal2 berbisnes, Kebanyakkan daripada kita suka membelanjakan keuntungan kepada kereta. Beli kereta mewah2…senang melobi,senang dapat projek dan macam2 lagi senangnya. Ubahsuai pejabat supaya nampak canggih-manggih.

Belanja gila2 untuk ubah suai rumah supaya nampak gah dimata jiran2, sedara mara, kengkawan dan apa2 aje. Sepatutnyalah, keuntungan perlu lebih mengutamakan keperluan bisnes dab bukannya bergaya keterlaluan dan jangan sampai jadi bisnes kita tak bermodal akhirnya.

3. Kurang menghargai pelanggan

Rasanya ini juga merupakan masalah terbesar dalam kita berbisnes. Ingat!!!! bisnes kita wujud kerana pelanggan kita yang membeli produk bisnes kita. So..jangan ingat kita bos dalam segala hal. Pelanggan adalah bos kita. Amat penting untuk kita melayan kerenah pelanggan sebaik mungkin agar kita tidak kehilangan pelanggan dan supaya permintaan dapat dipertingkatkan.

Jika ada penembahbaikan, amat saya alu2kan pandangan korang.Pandangan saya tidak semestinya tepat dan korang mungkin lebih banyak pengalaman dalam berbisnes dan pandangan korang mungkin boleh dijadikan panduan oleh orang lain.

Jumpa lagi dalam siri kedua.

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

6 Responses to “Punca Kegagalan Kita Berbisnes – Siri Satu”

  1. eyeman says on: 3 November 2008 at 2:04 am

    ehm..depends gak pada individu. Gagal itu normal. Tanpa gagal, ianya tidak bermakna. Hehe..

    eyeman’s last blog post..Recovery are important after eye surgery

  2. Abooain says on: 3 November 2008 at 8:52 am

    Orang yang bijak akan berusaha untuk mengelakkan diri dari kegagalan bukan sengaja mencari jalan untuk gagal dan orang yang sabar dan tidak putus asa ketika gagal ialah orang yang berakal!

    Bersetuju dengan point-point kao di atas, wahai Afzai!

    Apabila sebut berniaga ramai akan kata ikut Rasulullah s.a.w sedangkan ramai yang tidak mengetahui bagaimana kaedah Rasulullah s.a.w berniaga sama ada dari sudut akhlak, interaksi dengan pembeli, riak muka, adab-adab dan sebagainya.

    Ingatlah, Allah s.w.t pernah menghancurkan satu kaum pada suatu waktu dulu antaranya sebab kejahatan mereka dalam urusan jual beli!

    Abooain’s last blog post..3 VIDEO SKINS PRO PERCUMA!

  3. AfzaiAfandi says on: 3 November 2008 at 12:27 pm

    gagal selepas bekerja keras gagal bermaruah..tapi jangan gagal
    tanpa berbuat sesuatu untuk berjaya.Apapun kegagalan boleh dojadikan pengajaran untuk kita terus maju

  4. AfzaiAfandi says on: 3 November 2008 at 12:28 pm

    Thanks Abooain, tambahan maklumat yang bernas :)

  5. abdfatah says on: 25 November 2008 at 12:38 am

    kegagalan adalah satu pelajaran yang cukup bermakna untuk bangkit membina masa depan yang lebih cemerlang… jadi jangan sesekali takut kpd gagal… nak tahu bagaimana rasanya gagal kena berusaha laa untuk gagal… eh kena usaha dulu baru tau bila masa kita akan berdepan dengan kegagalan…

  6. mesol says on: 21 February 2009 at 9:42 pm

    kegagalan pasti datang jika kita tidak mencuba….dan terus mencuba sesuatu perkara…….kejayaaan yang dapat didahulukan dengan kegagalan2…..SATU BISNES YANG PATUT ANDA SEMUA CEBURI…..jom ke menu bisnes saya dalam blog saya….inssyaallah….

Trackbacks/Pingbacks

  1. Alhusna Gallery » PEMBAYARAN DARI LEMONADE & BACKLINKS

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress