Menikam Dari Belakang Menikam Diri Sendiri
Salam sejahtera buat semua,
B
ertemu semula setelah hampir seminggu aku menyepi. Banyak kekangan pada akhir2 ini untuk aku membuat entri pada blog ini. Setelah bermesyuarat 3 hari di Kuala Lumpur aku terus bercuti sempena Deepavali selama 3 hari. Hari ini aku mula bertugas kembali dan aku paksakan mata aku yang mengantuk ini untuk menyiapkan entri ini.
Semalam, seorang rakan aku ajak berjumpa. Dia menceritakan tentang rakan sekerjanya yang menikam dirinya dari jangan pandang belakang. Dia juga tak menyangka setelah sekian lama berkawan rakannya itu sanggup berbuat demikian.

Hal sebegini memang banyak berlaku dalam dunia sekarang dan bukanlah suatu perkara yang baru. Aku sendiri pun pernah mengalami dan mungkin rakan pembaca pun pernah melalui peristiwa sebegini. Pada aku mereka yang bersifat demikian bukanlah musuh yang kuat untuk kita hadapi.
Pertamanya, kita kena redha walaupun itu suatu ketentuan yang buruk untuk diri kita. Berdoa agar kebenaran terbukti suatu hari nanti dan semoga rakan kita itu menginsafi dan menyedari akan kesilapannya itu
Meminjam satu kata2 yang cukup manis dan mendalam maksudnya ” jadilah ikan di laut, semasin mana lautan tetapi tidak memberi kesan kepada ikan tersebut “
Dalam dunia blogger pula, aku tak berapa pasti wujudkah penyakit “menikam dari belakang” ini. Memuji kita dengan komen2 yang positif tetapi sebaliknya bila di belakang. Walaupun ianya menjengah rasa tidak puas hati dalam diri kita, jika kita mengetahuinya buktikan kepada diri kita sendiri kerana kepuasan dan kejayaan adalah urusan anda dan urusan diri kita sendiri.
Kejayaan orang lain hanyalah tempias kejayaan kita dan jika kita hanya berpeluk tubuh maka tempias kejayaan itu tidak akan membasahi diri kita dan secara tidak sedar kita menikam diri sendiri………………..wallahua’lam
Salam hormat

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












harap2 dijauhkan…
p.s: mahu link exchange?
drop me comment:
http://www.jomkongsi.info/blog
Wah, tajuk tikam hari ni ye selepas lama gak kao menyepi.
Pernah juga mendapat kawan sebegini, tapi ya la nak buat camner ….
Semoga ianya tidak berulang lagi …… kawan memang mudah nak cari tetapi sahabat karib tu yang susah!
Abooain’s last blog post..KUASAI 19 KEMAHIRAN – MANUAL NEWBIE
sape kene tikam ni encik afzai??
eyeman’s last blog post..$4500 for one eyes..
my friendlah eyeman….
abooain…sesekali mood tak baik datang..malas nak update
… Manusia tak dapat lari dari sifat hasad dengki. Kawan makan kawan memang banyak sangat berlaku sekarang ni… Seronok berkawn dan mempunyai ramai kawan. Tapi nak tahu kawan sejati, tuggu bila kita ditimpa musibah… masing-masing mula menjauhkan diri. Waktu lah baru kita nak kenal mana satu kawan sebenar.
kawan tikam belakang, ada kaitan dengan ‘penyakit hati’…
samdaddycool’s last blog post..Misteri … Duit masuk Maybank2u
menarik kupasan tu samdaddycool
Kat mane2 pun benda ni berlaku…
emme’s last blog post..Iklan Dulu Iklan Sekarang
ya benar emme…biar orang lain jangan diri kita yang lakukan semua ini