Klentong atau Fakta ??
Salam buat semua,
J
ika kita imbau kembali pada masa dahulu, kita banyak bergantung kepada maklumat yang disampaikan melalui buku2, majalah, juruhebah radio, siaran televisyen dan macam2 cara lagi.Sekarang, maklumat begitu mudah diperoleh pada zaman serba moden dan teknologi ini. Bukan sahaja melalui cara2 terdahulu,maklumat juga dapat disampaikan melalui SMS dan internet. Kemudahan internet tidak dapat kita sangkal lagi kerana internet memberikan kita sumber maklumat yang begitu banyak dan luas cakupannya.
Disebalik kemudahan internet, adakah kita sedar atau pun tidak…… sesiapa sahaja bisa menyebarkan maklumat di internet. Saya dan anda juga boleh berbuat sedemikian, tidak kiralah samada kita pakar, mahir, mempunyai ilmu yang meluas dalam bidang informasi tersebut atau tidak.
Di sini, maklumat yang saya maksudkan adalah berkaitan dengan ebook yang menggunakan niche ilmu mencipta pendapatan dari internetatau buat duit dari internet. Boleh dikatakan, setiap hari malah mungkin setiap minit kita akan bertemu dengan tawaran maklumat untuk mencipta pendapatan dari internet. Sekali terpandang pasti hati kita tertanya2 akan sejauh mana kesahihannya. Untuk memadamkan hati dari terus tertanya2, kita akan membaca maklumat yang ditemui sehingga ke perenggan terakhir.
Jika maklumat itu percuma, kita mungkin tidak merasakan ianya adalah suatu kerugian… tetapi jika maklumat itu berbayar, sanggupkah kita memperuntukkan wang ringgit kita untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang cuba disampaiakan.Ini kerana kebiasaannya maklumat berbayar menggunakan ayat2 power yang mampu menggoncangkan hati kita dan kebanyakannya menggunakan tajuk “Rahsia”.
Cara kita mengendali maklumat yang diperoleh, sebenarnya sangat penting.Jangan terlalu mudah percaya dan telan bulat2 apa yang dibaca. Pastikan dulu kesahihannya. Mana satu yang benar atau fakta dan yang mana satu hanyalah mitos atau klentonggg!!!.Suka saya mengajak korang semua berbincang tentang bagaimana anda membuat penilaian atau senarai semak dalam menilai dan banding beza antara “RAHSIA” fakta dan “RAHSIA” klentong.
Salam hormat

tunggul: beli banyak ebook tapi satu ilmu pun takleh pakai.
tunggul: beli banyak ebook tapi satu ilmu pun tak praktikkan.
Unggul: beli satu ebook tapi semua ilmu diamalkan.














pakcik sokong ape yang yang dicakapkan nie.. zaman skrang takyah la nak surukkan paper lagi..
Uncle G’s last blog post..Info Sempoi : Maksud Nombor Pada Tayar Kereta Anda
yup, setuju tu Afzai beli banyak ebook tapi tak praktik pun tak guna gak….
ehm..macam2 ada sekarang. Cuma kene pandai2 la selidik sana sini dulu sebelum percaya kepada sesuatu tu..
appleblogger’s last blog post..Tag: What you will do after some girl slap you?
memang kena bijak buat pilihan..kalau tak duit yg dilaburkan habis begitu sahaja
kadang-kadang aku tertanya, bagaimana mahu menentukan kesahihan & keberkesanan ebook itu. lagi2 yg berbayar.
bukan apa, takut apa yang kita dapat sebenarnya sesuatu yang sangat biasa. tapi dikenakan bayaran dengan kadar yang sangat mahal.
aku pun setuju dengan apa yang ko kata syam…mengingatkan aku pada ebook tsunami wang
Dalam era sekarang ni dah takde rahsia, semua benda boleh dicari dengan google or yahooo je. Kita je yang malas nak cari, sebab tu orang yang pandai2 ni boleh buat duit . Pandai mengambil kesempatan katakan.
Tetapi takpe la, tepuk dada tanya selera.
emme’s last blog post..Iklan Dulu Iklan Sekarang