Manual Kerja SUPER Suami-Isteri
Salam buat semua,
Kehidupan selepas bergelar suami dan isteri bukanlah sesuatu yang mudah untuk digalas. Jika silap percaturan hidup, istana yang dibina akan hancur sekelip mata sahaja. Tidak dinafikan dalam mendepani zaman ini, para suami dan isteri akan bertemu dengan bermacam-macam bentuk halangan. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja dan mempunyai anak yang ramai. Di mana-mana sahaja akan kita temui keluhan demi keluhan.
Justeru, apakah formula terbaik yang boleh diguna pakai dalam memastikan hala tuju hidup kita di dunia ini berjalan dengan baik dan juga membina kehidupan yang selesa di akhirat? Bersesuaian dengan topik tersebut, saya ingin berkongsi dengan anda semua terutamanya yang memegang jawatan suami dan isteri. Sebuah bukul yang berjudul “Manual Kerja SUPER Suami-Isteri”
Buku ini akan menyingkap petua berkesan dan sekatan yang perlu dielakkan dalam menangani masalah dan halangan seorang suami dan isteri masa kini.
Antara Topik Menarik:
* Rasulullah s.a.w Model Utama
* Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
* Bapa Penyayang
* Petua Mega
Untuk makluman lanjut dan cara pembelian, boleh rujuk di sini.
Semoga anda dapat mengenal pasti sesuatu yang bernilai dalam diri anda setelah membaca buku ini dan menjadi seorang suami/isteri “SUPER”!!
Salam hormat














macam pernah jumpa family tu… rillys wordpress kan kan kan kan…???
Menarik! Memang betul nikah kahwin ni bukan semata untuk kesedapan duniawi semata-mata malah lebih kepada tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t kepada kita.
Perlu kepada penjadualan yang bersistematik untuk memastikan agar semua amanah dan tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar.
Abooain’s last blog post..PENYAKIT DARI INTERNET!
entah Fatah….aku pun tak kenal,haha
Tanggngjawab yang bukan sahaja meliputi amanah sebagai suami atau isteri malah merangkumi juga tanggungjawab sebagai bapa atau ibu…betul tu Abooain
Walaupun saya belum berkahwin, tapi sekurang2nya persediaan rapi dari segi mental dan fizikal juga harus sy lakukan nih, plak dengan ekonomi kita sekarang nih..hehe
ehm..kene ambil port jugak ni walaupun lum kawin lagi.
appleblogger’s last blog post..Follow appleblogger at Twitter
Apa tu… tak berapa nak faham. Perkahwinan adalah amanah yang perlu dipikul untuk mengembangkan zuriat. Zuriat pula amanah yang diberi untuk dijaga dan dididik supaya menjadi pemimpin didunia dan hamba kepadaNya seterusnya.
zaman skang bukan cam zaman dulu. asal cukup kasih sayang hidup bahagia sepanjang hayat. realiti hidup kini,duit bole di ibaratkan penentu kebahagiaan,so pikir2 kan la sebelum mendirikan rumahtangga.