Tol Baru Jelapang Dirempuh
Pembaca dihormati,
Tentunya anda tahu akan Tol Jelapang yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai “Tol Maut”. Tol yang terletak di kilometer 266.3 telah banyak meragut nyawa manusia, tol tersebut akhirnya dirobohkan dan dipindahkan tidak jauh dari tempat asal. Desakan orang ramai menyuruh tol itu dipindahkan adalah berasas. Ini kerana kedudukannya selepas menuruni cerun bukit sangat membahayakan terutamanya kepada kenderaan besar seperti bas dan lori dan sebanyak 142 kemalangan telah direkodkan di situ.
Ekoran itu, beberapa bulan yang lalu, kerja2 pengubahsuaian dan pelebaran jalan begitu giat dilakukan setelah pihak berwajib bersetuju dengan cadangan pemindahan tol tersebut. Sehingga kini, tol tersebut sudah siap sepenuhnya cuma kerja2 pelebaran lebuhraya masih belum siap sepenuhnya. Pada aku, yang boleh dikatakan seringkali menggunakan laluan tersebut, kerja2 tersebut sedikit sebanyak menganggu lalu lintas.

Kiranya Plaza tol tersebut baru empat bulan dibuka bagi menggantikan ‘plaza maut’ di Jelapang. Semalam kes kemalangan pertama dicatat apabila sebuah trailer merempuh bas ekspres yang sedang berhenti untuk membayar tol menyebabkan lima penumpang cedera.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, trailer yang membawa muatan jentera berat dari Sungai Petani ke Johor Bahru itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar tembok berhampiran pondok tol sebelum merempuh bahagian belakang bas ekspres yang dalam perjalanan ke selatan bersama 29 penumpang.
Sebuah pondok kutipan tol di situ turut rosak, tetapi tiada kakitangan plaza berkenaan dilaporkan cedera.
Apakah laluan kecemasan yang dibina di sebelah tepi lebuhraya tidak berperanan untuk mengelakkan tragedi kenderaan merempuh tol?? Perlukah alternatif lain untuk mengatasi kejadian tersebut daripada terus berulang atau menjadi badi??
# ke arah sifar kemalangan. Mungkin ada antara anda yang melalui tol tersebut setiap kali anda pulang ke kampung halaman terutamanya pada musim perayaan.
Salam hormat














aik dah pindah pun masih berlaku kemalangan!?
siapa yg patut disalahkan!?
megat’s last blog post..E-Kamus, Efektif Dan Berkesan
bende dah jadi. susah nak cakap. Yang penting, jangan cuai masa memandu..ngantuk. g hotel..
titan’s last blog post..Bagaimana Beli 100 Domain dengan RM30 Sahaja..
Satu cara je nak elakkan kemalangan kat situ …… hapuskan TOL dan Plaza Tol. Habis citer!
Baru buka dah ada kes… memang keras la kawasan tu…. menjadi masalah pada kenderaan2 berat
Maizul’s last blog post..Kene Hack
megat :itu pun satu persoalan… harap tak berlaku lagi sebelum siap sepenuhnya
lalauan terus Tol Jalan Duta ke Tol Juru.
Abooain : Pasti ramai yang melompat gembira jika cadangan demo diterima
Titan : bukan masalah ngantuk…masalah sistem brek kenderaan berat yang selalu tidak berfungsi dengan baik tatkala menuruni bukit tersebut
Maizul : tempat tu memang keras…sebab banyak batu
banyak batu ke? kena servis brek elok… buang terus tol kat situ… buat demo anti tol jelapang pulak…
abdfatah’s last blog post..By: abdfatah
hohho..jgn buat rusuhan tanggal baju nak bugil dah le nnt..ekekekeke
farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..
lelaki tidak mengapa kowt…
hohoh…
err…
i mean…
separuh bogel..
hahahaha!!
humbleandmodest’s last blog post..10 Disember: Idea
separuh bugi pun takpe la..nak yg separuh gubil kat belaj bwh ea..hi hi hi..br mantop beb..muahahahah
farahaznil’s last blog post..Contest 5 : Buat duit dengan Join contest Encik Titan di Earncent.com